bulan, Zainal Abidin

Selasa, 11 Disember 2018

LUTUT MAKIN SAKIT

Hari ini aku masuk office macam biasa. Pagi-pagi dah kena masuk mesyuarat Team Building untuk Wilayah Sabak Bernam dan Hulu Selangor. Masing-masing pada tarikg 13-15 Dis dan 27-29 Dis. Alahaiii dalam aktiviti tu ada slot Outdoor Challenges. Nahas tol. Aku sudah maklumkan kepada Ketua Seksyen yang kaki aku ni dah tidak sekuat dulu. Aku suka aktiviti lasak tapi tulah dia, aku dah tak sehebat dulu. Huhuuu. Masa lunch tadi aku pun ke farmasi mencari cool spray untuk di isi dalam first aid kit kami, terjumpa seuatu yang aku kira baik untuk lutut aku ni. Jadi aku beli lah dengan harapan lutut aku akan pulih dalam jangka masa 2-4 minggu. Harap-harap begitulah. Maklumlah banyak aktiviti aku terbatas sejak kebelakangan ini. Kebun-kebun abah aku tak dapat tengok. Aku tak larat nak melompat parit dan menebas bagai. Aku kan anak LELAKI TUNGGAL abah, kene kuat macam badang, kena hebat macam Hang Jebat. Alahaiii sedihnya lah lutut aku ni.

TERSEBOK TANPA SENGAJA

Beberapa hari ni aku sebok sikit. Isnin tadi baru selesai proses mendapatkan lesen GDLD bagi  115 orang  kakitangan. 7 daripadanya telah dapat kelulusan rayuan, 2 orang terpaksa mengikuti sesi tertunda.  Fuhhhh alhamdulillah semua berjalan seperti yang diharapkan walaupun tak sepenuhnya. Ada juga ura-ura nak upgrade ke lesen GDL E. Halamakkkk. Ini leceh sedikit tapi memanglah aku boleh buat cumanya prosesnya agak panjang. Dah aku harapkan latihan memandu dan apa juga latihan lain bukan di dalam bulan ramadhan. Ya Allah.... aku tak larat dah.

Semester aku bermula Ahad semalah sekaligus hari pertama aku bersua muka dengan pensyarah baru dan tugasan baru. Peninglah juga. Owhh pensyarah Kertas Perniagaan Antaraangsa tu adalah suami Dr. Haslida. Dia kata dia kenal aku masa mula-mula sesi pengenalan, mau tak terkejut aku dibuatnya. Dia kata "my wife selalu bercerita pasal kamu dekat saya." Aku terdiam dan pandang dia penuh tanda tanya. Agaknya dia faham. Wife saya Dr. Haslida lah. "Owhhhhhh" aku jawap panjang sambil tersenyum. Apalah agaknya yang Dr. Haslida cerita pasal aku pada suainya tu. Mintak-mintak biarlah benda yang baik-baik sahaja. Malu kot aku kalau dia cerita aku nih lembab part kira-kira. The best part....'awak POLIS ya' Hahahhahahaaa. Memang taklah aku nih POLIS kan. Aku nih penyamun adalah.  Lagi bagus mengaku PENYAMUN dari yang TAK NAK MENGAKU PENYAMUN kan. Hahahhaa. Suami Dr. Haslida tu orang Losong, Terengganu. Dr.Hasida pulak orang Baling, Kedah. Berkenalan di Universiti Teknologi Petronas, anak 4 orang dan tinggal di Gombak. Banyak juga yang diceritakan pada kami di dalam kelas tempohari. Mr. Hasbullah nama dia, orangnya sempoi sahaja, yang pastinya dia baik orangnya. Kalau jahat Dr. Haslida pun tak nak kan. 

Dalam kami bersembang-sembang dalam kelas tu, tiba-tiba dia cakap, Dr. Haslida ada kat kelas sebelah. Masa aku ke tandas aku tinjau-tinjau Kelas sebelah, memang betul, Dr. Haslida ada. Kelas aku habis lewat di hari pertama, bengang gila kot ditambah pulak hujan lebat. Terbayang-bayang kesesakan di Federal hiway. Masa aku nak keluar dari parking aku perasan ada sorang mamat ni duduk dalam kereta duk pandang kat aku, bila aku lalu sahaja dia angkat tangan. Ehh siapa tu....la Mr. Hasbullah rupanya. Tajam betul mata orang tua tu, dan dah kurang rupanya tinted kereta aku tu, haihhh hahahahah. Terus aku teringat balik perbualan kami tadi. Alahai kalau lah Dr. Haslida tu tahu aku admire cara penyampaian dia, mesti aku malu gila. Aku tersenyum sendiri. Aku ingat aku sorang jer yang suka bercerita pasal Dr. Haslida.... hahahhaa.

Jumaat, 7 Disember 2018

SEM BARU

Ahad 9 Disember 2018, bermulalah episod baru untuk semesta 4 bahagian 1. Fuhh. Mintak-mintak subjek ini ada keajaiban yang menarik minat untuk aku belajar lah. Baca tajuk keduanya nampak boring terok. Hahahhaha. Aku dah register online untuk dua subjek tu, maklumlah faktor usia. Lambat-lambat nanti aku lupa.

DIA KKU

Anak Loli yang baru lahir tuari ada 3, salah satunya budak nih. Dia KKU (Kucing Kurang Upaya) kedua tangannya tidak berfungsi dengan baik. Berjalan dengan megunakan siku dibahagian depan. Alhamdulillah dia boleh membawa diri dengan kecacatannya tu. Boleh makan minum dan membuang tanpa bantuan tu alhamdulillah sangatlah kan. 

Dia suka makan wetfood. Seketul loli perangai dia.