bulan, Zainal Abidin

Selasa, 11 Disember 2018

LUTUT MAKIN SAKIT

Hari ini aku masuk office macam biasa. Pagi-pagi dah kena masuk mesyuarat Team Building untuk Wilayah Sabak Bernam dan Hulu Selangor. Masing-masing pada tarikg 13-15 Dis dan 27-29 Dis. Alahaiii dalam aktiviti tu ada slot Outdoor Challenges. Nahas tol. Aku sudah maklumkan kepada Ketua Seksyen yang kaki aku ni dah tidak sekuat dulu. Aku suka aktiviti lasak tapi tulah dia, aku dah tak sehebat dulu. Huhuuu. Masa lunch tadi aku pun ke farmasi mencari cool spray untuk di isi dalam first aid kit kami, terjumpa seuatu yang aku kira baik untuk lutut aku ni. Jadi aku beli lah dengan harapan lutut aku akan pulih dalam jangka masa 2-4 minggu. Harap-harap begitulah. Maklumlah banyak aktiviti aku terbatas sejak kebelakangan ini. Kebun-kebun abah aku tak dapat tengok. Aku tak larat nak melompat parit dan menebas bagai. Aku kan anak LELAKI TUNGGAL abah, kene kuat macam badang, kena hebat macam Hang Jebat. Alahaiii sedihnya lah lutut aku ni.

TERSEBOK TANPA SENGAJA

Beberapa hari ni aku sebok sikit. Isnin tadi baru selesai proses mendapatkan lesen GDLD bagi  115 orang  kakitangan. 7 daripadanya telah dapat kelulusan rayuan, 2 orang terpaksa mengikuti sesi tertunda.  Fuhhhh alhamdulillah semua berjalan seperti yang diharapkan walaupun tak sepenuhnya. Ada juga ura-ura nak upgrade ke lesen GDL E. Halamakkkk. Ini leceh sedikit tapi memanglah aku boleh buat cumanya prosesnya agak panjang. Dah aku harapkan latihan memandu dan apa juga latihan lain bukan di dalam bulan ramadhan. Ya Allah.... aku tak larat dah.

Semester aku bermula Ahad semalah sekaligus hari pertama aku bersua muka dengan pensyarah baru dan tugasan baru. Peninglah juga. Owhh pensyarah Kertas Perniagaan Antaraangsa tu adalah suami Dr. Haslida. Dia kata dia kenal aku masa mula-mula sesi pengenalan, mau tak terkejut aku dibuatnya. Dia kata "my wife selalu bercerita pasal kamu dekat saya." Aku terdiam dan pandang dia penuh tanda tanya. Agaknya dia faham. Wife saya Dr. Haslida lah. "Owhhhhhh" aku jawap panjang sambil tersenyum. Apalah agaknya yang Dr. Haslida cerita pasal aku pada suainya tu. Mintak-mintak biarlah benda yang baik-baik sahaja. Malu kot aku kalau dia cerita aku nih lembab part kira-kira. The best part....'awak POLIS ya' Hahahhahahaaa. Memang taklah aku nih POLIS kan. Aku nih penyamun adalah.  Lagi bagus mengaku PENYAMUN dari yang TAK NAK MENGAKU PENYAMUN kan. Hahahhaa. Suami Dr. Haslida tu orang Losong, Terengganu. Dr.Hasida pulak orang Baling, Kedah. Berkenalan di Universiti Teknologi Petronas, anak 4 orang dan tinggal di Gombak. Banyak juga yang diceritakan pada kami di dalam kelas tempohari. Mr. Hasbullah nama dia, orangnya sempoi sahaja, yang pastinya dia baik orangnya. Kalau jahat Dr. Haslida pun tak nak kan. 

Dalam kami bersembang-sembang dalam kelas tu, tiba-tiba dia cakap, Dr. Haslida ada kat kelas sebelah. Masa aku ke tandas aku tinjau-tinjau Kelas sebelah, memang betul, Dr. Haslida ada. Kelas aku habis lewat di hari pertama, bengang gila kot ditambah pulak hujan lebat. Terbayang-bayang kesesakan di Federal hiway. Masa aku nak keluar dari parking aku perasan ada sorang mamat ni duduk dalam kereta duk pandang kat aku, bila aku lalu sahaja dia angkat tangan. Ehh siapa tu....la Mr. Hasbullah rupanya. Tajam betul mata orang tua tu, dan dah kurang rupanya tinted kereta aku tu, haihhh hahahahah. Terus aku teringat balik perbualan kami tadi. Alahai kalau lah Dr. Haslida tu tahu aku admire cara penyampaian dia, mesti aku malu gila. Aku tersenyum sendiri. Aku ingat aku sorang jer yang suka bercerita pasal Dr. Haslida.... hahahhaa.

Jumaat, 7 Disember 2018

SEM BARU

Ahad 9 Disember 2018, bermulalah episod baru untuk semesta 4 bahagian 1. Fuhh. Mintak-mintak subjek ini ada keajaiban yang menarik minat untuk aku belajar lah. Baca tajuk keduanya nampak boring terok. Hahahhaha. Aku dah register online untuk dua subjek tu, maklumlah faktor usia. Lambat-lambat nanti aku lupa.

DIA KKU

Anak Loli yang baru lahir tuari ada 3, salah satunya budak nih. Dia KKU (Kucing Kurang Upaya) kedua tangannya tidak berfungsi dengan baik. Berjalan dengan megunakan siku dibahagian depan. Alhamdulillah dia boleh membawa diri dengan kecacatannya tu. Boleh makan minum dan membuang tanpa bantuan tu alhamdulillah sangatlah kan. 

Dia suka makan wetfood. Seketul loli perangai dia.

Rabu, 28 November 2018

SARAPAN PAGI, GUD MORNING KAWAN

Inilah sarapan aku, boleh dikatakan dalam sebulan bekerja cuma sekali dua sahaja yang tidak. Jadi kesimpulan nya memang ini sajalah yang tekak aku mampu nak menelannya. Encik roti bakar tu pun kategorinya sesekali dan sesekala. Dulu adalah kerajinan nak memasak dan bawa bekal bagai, sejak jadual hidup aku di rumah berubah terok, paling awal aku akan turun katil jam 6.30. Kalau tersedar awal pun aku akan berbaring santai dulu di atas tilam bersama budak-budak tu. Kucing pun macam budak kecik juga, mahu diutamakan selalu.  


DIA YANG SEKSI


Ini adalah si Luna, Anak Loli dan Yelo. 3 beradik lahirnya, si Rio, Maya dan Luna. Dia ni tak banyak bunyik macam Maya yang tak boleh nampak muka aku, asik bisning saja. Dia diam, tapi manja tetap sama. Kalau dia bising tu adalah yang dia mahukan. Bila nak tido dia akan bising sikitlah sebab dia ni tidurnya nak ditepuk-tepuk. Hahhahaha tu dia tido atas tilam aku. Kalau aku berbaring sebelah dia atau tido sebelah dia, lagi lama dia akan tido.

Yang kuning bawah tu si Yelo. Satu jer nak cakap dorang ni tido tak senonoh sikit. Dah cakap kalau nak tido tu eloknya mengiring sebelah kanan sambil tangan tu lapikkan pipi kanan. Degil, tak mau dia ngikutnya. Luna ngikut separuh jeh. Mengiring sebelah kanan tapi silapnya terkakangkang pulak.



Mohd Yelo. Bila aku cakap 'abam, tido elok sikit ma nak ambik gambo abam ni...' dia menjawap 'aaa' sambil memandang ke bawah (pandang aku) main mata dan terus alih pandangan. Hah aku snap jugak lah dengan posisinya begitu. Seksi sikitlah. Abaikan 'bebirt' dia yang kecik tu. Kucing kalau dah disunatkan memang telonya kecik cam tu. hee

Selasa, 27 November 2018

HUJAN LEBAT PAGI SELASA

Pagi tadi ke tempat kerja lambat sebab hujan. Bawak motor pun pelan-pelan santai ke LRT Ara Damansara. Dah memang lambat kan. Apa lagi ambik kesempatan lah. Heehe. Balik kerja sharp 5.30 dah depan pintu nak touch out. Hahahaha macam tulah aku hari-hari datang cepat ke datang lambat ke balik mesti ontime. Alahhhh aku buat baik tak pernah mc tak pernah datang lambat selama belasan tahun dan apa majikan terdahulu pandang..... tak nampak itu satu kebaikan weh, Jadinya aku buatlah sekadarnya sahaja sekarang nih kan. Sampai rumah aku terus rancang-rancang nak memasak.

Sambil-sambil rebuskan Citra ikan, aku pun menyediakan bahan untuk santapan diraja malam ni. Walaupun cuma nasi dan ikan sambal, itu dah cukup untuk memporak-perandakan diet nasi aku di malam hari. Hailaaa

Itu ikan sisa nabi atau ikan sebelah masak sambal tumis cili api. Memang makan banyak kalau sejuk-sejuk dan minum pulak teh o suam-suam. Perghhhh. Tapi aku makan tak boleh banyak. Kena kurangkan berat badan kalau nak lutut tu mampu menahan berat badan. Lagi pun risau jugak kalau tiba-tiba jantung aku nih terehat tanpa sengaja malam ni. Sian kat mak aku dan anak-anak aku tu. Tak ada siapa yang nak jaga dorang nanti. Ya Allah...berikan lah aku kesihatan yang baik-baik ya.


RESEPI IKAN SAMBAL SUPER SIMPLE

3 ekor ikan(tak kira ikan darat ke laut ke)
20 biji cili api(nak pedas taruk lebih)
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 asam keping

1. Tumbuk cili api, bawang merah dan bawang putih sampai lumat.
2. Dalam pada waktu yang sama goreng ikan tu (letak garam kunyit je)
3. Panaskan minyak dalam kuali
4. Tumis bahan yang ditumbuk sampai naik bau.
5. Letak air sikit.
6. Letak garam n pak aji.
7. Tunggu sampai cili tu betul-betul masak, kalau perlu tambah air tambah jer.
8. Agak-agak nak kering letak ikan goreng tadi.
9.Gaul rata.
10 Tadaaaa siap, makan panas-panas dan minumlah teh o kurang manis. Anda akan rasa perbezaannya.

Hahahaha. Tu resepi simple aku untuk makan malam ni. Cuba lah.


Ahad, 25 November 2018

DEMAM, BATUK DAN SELSEMA

Dari hari Jumaat aku tak kemana-mana. Janji nak balik kampung pun aku tak kuat. Demam, batuk dan selsema. Tergolek aku dikelilingi anak-anak. Sesekali Rio terkuis-kuis muka aku mintak dibelai. Kugagahi jugalah. Memang aku tak larat... Hari ni barulah aku boleh bangun. Kalau sebelum nih berbaring depan tv sampai besoknya lah baru aku bangun. Kencing pun kalau tak terfikir kang kalau ngompol lagi payah, memang tak bangunlah aku ni. Tengah aku tak larat tu, terdengar suara Citra sayup-sayup nak kan ikan rebus, bangun juga aku untuk rebuskan ikan untuk dia. Tulah dia rasa sayang yang aku tak mampu nak hindarkan. Sakit macam mana pun aku tetap menguruskan dorang, walaupun lepas tu aku tergolek macam kain buruk jer. Haihhh

Bilik bersepah dengan kain yang bertimbun tak lipat, tak basuh tak menjadi apa  pada aku ni, tapi kalau biskut dorang kehabisan, walau pun terpaksa memandu ke petshop uihhhh laratlah pulak... ajaib sungguh


Khamis, 22 November 2018

AJAL

Awal-awal pagi kami di Seksyen Latihan dikejutkan dengan berita kematian suami seorang pengurus di sini. Terkejut sangat, perkara pertama terfikir dalam kepala, lepas nih siapa yang akan menghantar dan ambil Kak Liza di tempat kerja. Abang dah tiada.... terfikir-fikir. Jam 8 pagi aku ke Kelana Jaya menziarah Kak Liza dan arwah yang dijadualkan untuk dimandikan, kafan dan solatkan  di sana. Kak Liza duduk di kerusi sambil dikelilingi beberapa orang kawan terdekat. Tiada apa yang dibualkan hanya duduk sambil memandang kiri dan kanan. Duduk membatu. Masih terkejut barangkali. Abang meninggal dalam tido katanya sambil memeluk aku ketika bersalaman tadi. Sebak sungguh. Sebab aku tahu petang semalam Abang ada datang ambik Kak Liza seperti biasa.


AJAL

“Dan tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi di langit dan di bumi, melainkan (tercatat) dalam Kitab yang jelas (Luh Mahfuz)” (QS: An-Naml (27) :75)

Dalam kitab itu sudah tertulis 4 perkara iaitu AJAL, REZEKI, KEHIDUPAN DAN JODOH kita. Allah sudah mencatatnya disana dan tidak ada yang boleh mengubahnya kecuali dengan izin dan kehendak Allah itu sendiri. Izin dan kehendak Allah itu juga tidak akan kita dapatkan kecuali kita mengusahakannya untuk merubahnya. Sesuai dengan firman Allah:

“Baginya (manusia) ada malaikat-malaikat yang selalu menjaganya bergiliran, dari depan dan dari belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap susuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia.” (QS. Ar-ra’d(13):11)

Tiada siapa pun yang pernah ingat akan perjanjian-perjanjian itu. 

Rabu, 21 November 2018

OSTEOARTHRITIS (Radang Sendi Lutut)

Pagi ini ke tempat kerja seperti biasa. Macam orang tempang. Makin sakit pulak lutut kanan ni. Betul kata Doktor di Poliklinik Dinar tu, "nanti sakita lutut akak ni akan berpindah ke sebelah kiri pulak". Memang pon. Sebab aku banyak bebankan kaki kiri untuk bergerak. hurmmmm. 

Tengah bertanyakan Encik Google untuk cari Glucosamine atau Chondroitine yang sesuai dengan aku. Lutut nak pakai lama kan, kenalah berusaha untuk menyelamatkannya. Tak nak lah aku bergantung harap dengan tongkat kemudian hari. Sayangilah lutut anda.

MAK MASIH DI HOSPITAL SLIM RIVER

Semalam mak ditinggalkan bersendirian di Hospital. Risau juga sebenarnya. Ada aku meminta adik-adik yang lain temankan Mak di sana, tapi masing-masing berkeberatan. Aku terpaksa balik ke Shah Alam kerana hari ini aku sudah bertugas semula. Hurmmm. Mok tak boleh teman kan Mak sebab Abah di rumah pula berseorangan. Nanti dia hidupkan api dapur lepas tu terlupa anak tutup. Cuakk. Yang lain-lain, aku tidak berapa nak haraplah. Adik beradik ni, masa kecik-kecik, masa susah memang dia adik kita. Tapi kalau dah besar dah tua dan ada pandangan sendiri-sendiri memang susah nak dibentuk. Untuk mendapatkan keserasian tu, baik aku diam kan sahaja apa yang aku tak suka dorang buat tu. Kalau Mak dan Abah pun tak boleh nak cakap apa, aku ada kuasa apa lagi kan. Langkah terbaik, ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut diam. Perhatikan saja. 

Sedih kan bila kita tengok orang tua kita yang selalu bercakap-cakap dengan kita, yang selalu bersama kita tiba-tiba terbaring macam tu. Kalau lah aku masih bercuti.... 

Isnin, 19 November 2018

TEMAN EMAK DI HOSPITAL SLIM RIVER

Hari ini aku check in di Hospital Slim River. Teman Mak di sini. Mak tekanan darahnya rendah sangat, jantungnya pun turut tidak berfungsi dengan baik.2 stand yang di pasang di IJN tempohari dah mula tersumbat balik kotnya. Buah pinggang pun dah mula tidak berapa sihat. Yelah dah berumur nih, segalanya berubah, sedikit demi sedikit mula tidak gagah, tidak seperti muda dulu kan. Macam tu jugak lah dengan aku ni. Tadi sebelum balik kampung aku temankan Kak Ila yang dah beberapa hari demam tidak kebah-kebah ke Klinik. Aku juga berjumpa Doktor untuk sakit lutut aku yang sangat menyeksa tu. Bukan main detail lagi dia explain pasal lutut tadi. Aku nih sangat tak istikomah nak makan ubat-ubat, apa lagi lah supplement. Dia kata aku sepatutnya dah mula makan supplement tu sebab umur pun dah banyak. Siap check sama ada aku nih dah monopos ke belum. Kesimpulannya, lutut aku grease dah kurang. Fuhhhh


TINGGALKAN SI BULUS DIRUMAH

Kalau dulu aku kalau balik kampung akan bawak Mohd Yelo sekali. Sejak dia pernah hilang pada Aidilfitri beberapa tahun sudah (2 hari 2 malam) aku trauma gila-gila. Hilang suasana Raya aku masa tu. Bengkak-bengkak mata aku di pagi raya. Kacau tol. Nasib baik jumpa, alhamdulillah. Hehehe muka ganas tapi kucing hilang nangis tak ingat dunia. Hahahaha

Ahad, 18 November 2018

PEPERIKSAAN HARI KEDUA

Alhamdulillah selesai sudah sesi peperiksaan untuk November 2018. Semester baru akan bermula pada 9 Disember 2019. Ada 2 lagi sesi peperiksaan untuk 3 subjek, iaitu pada 16 & 17 Februari 2019 dan 5 Mei 2019. Lepas tu abislah pendidikan aku di UMCCED. Apa aku nak buat lagi lepas ni aku sendiri tak pasti. 

Hari ini aku kena ke Klinik untuk melakukan x ray lutut. Sangat mencabar tadi masa mendaki tangga ke dewan peperiksaan di tingkat 2 Universiti Malaya, dan lebih mencabar masa nak turun lepas tamat masa peperiksaan tadi. Aduhaiii lutut. Sangat tak kompromi. Faktor usia agaknya. Dulu masa muda-muda sangat bekerja keras agaknya lutut ni ya. Sekarang dia dah mula minta perhatian lah dia. 

Sabtu, 17 November 2018

PEPRIKSAAN HARI PERTAMA

Meremang bulu tengkok bila kertas soalan dibenarkan buka oleh pengawas peperiksaan tadi. Adoilaaa soalan. Menitis air mata meneliti soalan-soalan tu. Tapi sebab kontrol macho aku gagahi juga. Banyaklah kertas-kertas UM bergumpal-gumpal atas meja aku tadi. Satu kerja pulak pengawas peperiksaan mengutip. Hambik ko. Soalan yang keluar tidak seperti yang diharapkan. Banyak pulak soalan berkaitan falsafah yang terbit. Menangis otak aku memikir tadi. Ahlamdulillah aku mampu menjawap semua soalan yang wajib dijawap. Betul salah aku serahkan kepada tangan-tangan yang memeriksa kertas jawapan aku itu nanti. 

Owhhh Dr Haslida tiada hari ni. Jadinya tak dapatlah aku bermain mata untuk mendapatkan kesohehan jawapan aku tadi. Sangat mengecewakan. Lepas habis waktu peperiksaan tadi aku terus memujuk hati untuk balik rumah. Sesampai sahaja dirumah anak-anak kesayangan aku menjemput di depan pintu macam biasa.... kelaparan lah agaknya tu. Loli seperti biasa nak cio-cio nyer Maya bising tak tentu hala nak dipeluk-peluk lah tu. Bergegas aku merebuskan ikan untuk si Citra yang tak sihat tu. Selesai bagi makan dorang baru aku boleh duduk mengadap TV. Fuhhh ada cerita hindi weh Calte-Calte....Lupa sekejap pasal soalan akaun yang menguris hati dan jawapan-jawapan aku yang sangat menyeksa diri tadi. Ya Allah a
bantulah aku. 

Dr Haslida menghantar pesanan di group whatapps tadi bertanyakan pasal peperiksaan hari ni. Aku spontan menjawap "menangis jawap tadi dr". Rasa macam mengadu kat mak sendiri pulak. Hehehehe. Disampuk dengan ketua kelas kami. Aku membacanya tanpa riaksi. Agak lama termenung aku baca sekali lagi.... tergelak pulak aku dengan ayatnya yang "berlapang dada dan belas kesian". Sah-sah kami jawap dengan jawapan yang super ke laut tadi tu. Haihhhh.

Esok kertas Etika dan Undang-undang Perniagaan pula. Alahaiiii


Jumaat, 16 November 2018

TALAPIA MERAH MASAK LEMAK KENCUR

Hari ni aku memask sambil buat ulangkaji. Membantu kawan-kawan disaat akhir sebelum hari penentuan tersebut. Serabut juga ..... Menu hari ini ikan Talapia Merah Masak Lemak Kencur. Perghhh. Kalau dah jawa tu jawa lah jugak tak payah nak berlakon ala-ala mat salleh makan keju n steak. Hahahaha. Tapi aku masih menuntut janji sesiapa yang nak blanja aku kt Chilis tu. Hahahaha. 

Menu ni sebenarnya sedap kalau Ikan Keli. Tapi sebab menghormati agama adik angkat keluarga kami tu yang tak boleh makan ikan tak bersisik aku tukar lah kepada ikan talapia. Kalau ikan keli aku sanggup berdiang kt api untuk pangang ikan tu dulu. Setiap suapan akan mengingatkan aku kt Embah Wedok dan Mak aku. Huhuhuuuu

Aku letaklah kat sini macam mana aku masak ikan ni ya. Mana lah tahu korang nak cuba nanti.

Bahan-bahan

1/2 kg Ikan(keli atau talapia)
20 biji cili api *
6 biji bawang merah kecik *
4 biji bawang putih *
4 biji kencur*
Daun kencur di hiris nipis
Separuh biji santan kelapa

Bahan dengan * dibelend

Ikan dipangang dengan daun pisang. Letak garam kunyit jer. Agak2 kering buang daun pisang dan panggang lagi sapai kering. Settle. Letak tepi

1. Tumis bahan blend tadi dengan minyak sampai naik bau.
2. Masukkan santan cair.
3. Agak-agak dah kering sikit masukkan santan pekat kacau jangan sampai terpecah minyak
4. Letak ikan dengan hirisan kencur tadi. Letak garam n pak aji sikit. Selesai...

Selamat mencuba.

Ehhh KENCUR tu dalam bahasa JAWA. Kalau dalam bahasa Melayu orang panggil CEKUR. Hahahahah lupa lak aku nk terjemahkan. Sori

Hehehe






Khamis, 15 November 2018

CUTI PEPERIKSAAN


Aku mula bercuti hari ini 15 - 21 November 2018. Peperiksaan aku bermula Sabtu 17 Nov 2018 dengan subjek Prinsip Akaun. Mudah-mudahan apa yang Dr. Haslida ajar akan kekal dalam ingatan hingga aku selesai menjawap peperiksaan dan satu sesi ulangan test lepas exam tu. Untuk dapatkan A aku kena bekerja teruk sedikitlah. Semester lepas Financial Management aku kelaut. Bapak down wehh.

Subjek Etika tu pun aku kena score gila-gila. Aduhaiiiii. Makan tak kenyang tidur tak lena mandi tak terasa basah.... itu memang betul. Aku fahamlah bila orang cakap situasi tu. Mintak-mintak dua-dua subjek ni aku scorelah. Aaminnn



Masa-masa kecemasan inilah, kawan aku yang sorang tu gatal tangan duk check kan saman POLIS kereta aku si putih melepak tu. Adoiii 3 saman sudah sangkut dan meringankan poket aku pada hari yang sama. Alahaiiii. Tapi tak apa lah asalkan kisahnya tidak berpanjang-panjangan kendian hari. RM600 terbang begitu sahaja disebabkan kau putih oiii. Moral of the story, rajin-rajinlah periksa status saman anda ya.

Speeding TIDAK ADA KOMPAUN. Ingat tu ya

Rabu, 14 November 2018

TRAINING DI INFO TRECK, AMCORP MALL

Hari ni aku berada di Info Teck, Amcorp Mall PJ. Bermula jam 8.00 pagi - 5.30 petang. Ada training Pivotal di situ. Aku sebagai wakil Unit Latihan & Pembangunan Air Selangor selaku coordinator training. Bercakap di depan kakitangan syarikat memberitahu serba ringkas tentang training yang mereka hadiri untuk hari ini. Benda ni semua orang di dalam Unit Latihan Air Selangor kena buat. Tidak ada sesiapa pun pernah mengelak untuk bercakap di depan orang ramai. Taklah susah mana pun. Aku memilih untuk bercakap dengan cara aku sendiri. Tak perlu meniru-niru orang hingga memplastikan diri. Owhh tidak. Cara aku bercakap menggunakan bahasa dan intonasi yang simple, sesekali aku buat lawak. Aku mahu peserta aku yang hadir hari ini terhibur dan selesa. Walau tidak banyak sedikit pun jadilah.


Itulah antara sebab kukuh kenapa aku sangat admire kat Dr Haslida, dalam penyampaian ilmunya bahasanya jelas dan teratur, lembut, tiada kesombongan, walaupun kadang-kadang masa bercakap terkeluar slang Kedahnya. Hahahaa. Dulu masa awal-awal penyertaan aku di dalam unit ini memang agak kekok. Sekarang aku tiada masalah. In Sha Allah. Alhamdulillah, sempat aku membuat beberapa latihan permasalah akaun masa dorang semua berada dalam bilik latihan. 


Tepat memeg A lah. Cantik. Tapi tulah dia, toilet dan surau berkongsi dengan orang awam di Mall tersebut. Tak selera aku membuat urus niaga di situ. Heee. Tengoklah tu, cat di dinding yang berwarna warni pn dah cantik. 


Slip menduduki peperiksaan untuk hujung minggu ini dah keluar. Bergetar jantung aku. Entahlah kenapa. Doakan aku yang baik-baik jer ya.

Isnin, 12 November 2018

ISNIN YANG LAPANG



Rutin harian untuk orang yang bekerja di pejabat macam aku dari jam 8.30 - 5.30 sangatlah terikat dengan tugas-tugas harian. Istilah 'Monday Blues" tu biasa dah kat aku ni. Hahahha tapi hari ini, isninku yang sangat berlapang-lapang(bosses semua tak ada di pejabat).... yahoooo. So kesempatan yang sedikit nih aku gunakan untuk menelaan sebagai persiapan untuk exam hujung minggu nih. Aduhhh berdebar-debar oii. 

Menelaah buku-buku untuk peperiksaan itu sifat yang sangat baik dan terpuji, cuma menelaah menggunkan waktu pejabat itu sangat tidak beretika. Hahahha tu peringatan untuk diri sendiri, walaupun orang lain sebok layan youtube Gegar Vaganza...  Matlamat tidak menghalalkan cara, cewahhh.

SI MAYA KESAYANGANKU

Atas tu gambar anak aku yang super duper manja tak hingat donia. Pantang dia nampak muka aku, bisingnya bukan main lagi. Tah apa lah dia carutkan aku ni. Mana ada aku mesti ada dia. Yang tak tahan bila aku tak layan dia, dia boleh kuis muka aku, gigit dagu tanda bengang maksima. Oiii kucing nih kadar selfish dia tinggilah. Gamba tu diambil masa aku tengah berbaring tengok tv, terlelap dia, lama lak tu. Alahaiii si Maya anaknya Mohd Yelo. Kalau Mak aku nampak situasi macam nih dia pulak bising. Samalah cam Maya jugak... seb baik Mak aku tak duduk sekali dengan aku.  

HARI YANG PARAH

Bermula jumaat jam 7.00 sampai ke jam blog ini ditulis, aku masih mengadap buku-buku. Kadang-kadang apa yang aku baca masuk bukan main deras, kadang-kadang masuk macam siput dan kadang-kadang yang lain tak masuk-masuk langsung. Kenalah aku baca berulang-ulang. Memanglah kalau dah berumur nih, agak susah nak lekat apa yang dibaca. 

Berkesempatan menelefon Mak di Kampung tadi, alhamdulillah Mak & Abah sihat. Seperti biasa aku suka bertanya, hari ni mak gaduh dengan abah pasal apa? hahahahaha. Kadang-kadang mak aku jawap, kadang-kadang dia tak jawap tapi gelak bukan main lagi. Nampak tak aku nih sebenarnya prihatin. hahaha

Owhhh gamba abam encem atas tu bukan anak aku ya walaupun muka dia seiras dengan Mohd Yelo. Tu gambar yang aku dapat dari Pak Google.Hhehehe


ANAK BULUS.

Semalam si Momot selamat melahirkan anak seramai 6 ekor. Menjadikan anak-anak kesayangan hamba ini 29 ekor. Fuhhh




Jumaat, 9 November 2018

AKU STUDENT UMCCED.

Bila dah lama sangat tidak menulis, otak pun tepu. Idea pun hilang. Tengelam timbul jer rasanya.

Sejak jadi student di UMCCED ni barulah aku tahu nilai MASA. Betul lah orang cakap masa itu emas. Macam mana aku nak bahagikan masa untuk Mak & Abah, anak-anak bulus, kerja, dan yang tangga teratas tentulah BELAJA. Fuhh dugaan. Time nak exam masa tulah berlaku ERP. Akak lori nih rasa nak semput pun ada.

Aku ada suka dengan sorang pensyarah UMCCED ni. Memang aku admire dia tahap dewa. Cara dia bercakap, cara dia pandang orang.... fuhhhh. Dr. Haslida Abu Hasan pensyarah subjek Akaun. Memang aku tak suka subjek tu. Tapi sebab dia, semuanya sebab dia.... Memang best dia nih. Tak banyak yang aku tahu pasal dia, selalu aku doakan dia baik-baik sahaja.

Anak Bulus

Sehingga ke hari ini, jumlah anak bulus aku dah menjejak ke angka 23 ekor. Itu belum termasuk anak si momot yang belum lahir. Huhuuuu gigih betul ma dorang nih. Sayang dorang ketat-ketat.