"Maklumat ini aku cedok daripada blog orang lain untuk bacaan aku dan korang. Mudah-mudahan berguna. Aku bukan orang yang pakar dalam ilmu automotif tapi aku berusaha untuk
Setiap botol minyak pelincir
(minyak hitam) kenderaan pasti ada tertera kod-kod tertentu, sebagai
contoh SAE 10W50. Apa itu SAE 10W50?
Kebiasaannya minyak pelincir enjin telah digredkan mengikut
standard SAE (Socity of Automotive
Engineers) iaitu sebuah badan professional
bagi kejuruteraan automotif. Pengredan minyak pelincir banyak bergantung kepada
indeks kelikatan atau viscosity index
dimana minyak pelincir ini telah diuji pada suhu tertentu sehingga ianya tidak
lagi dapat berfungsi dan melindungi enjin.
NAMA-NAMA
LAIN BERKAITAN MINYAK PELINCIR
|
API
|
American Petroleum Institute
|
STLE
|
Society of Tribologists and Lubrication Engineers
|
NLGI
|
National Lubricating Grease Institute
|
ILMA
|
Independent Lubricant Manufacturer Association
|
ACEA
|
European Automobile Manufacturer Association
|
JASO
|
Japanese Automotive Standards Organizations
|
W pada kod minyak pelincir bermaksud winter iaitu rating
kelikatan minyak pelincir yang diuji pada suhu sejuk dan angka tanpa huruf W
pula ialah minyak pelincir yang diuji pada suhu panas. Jadi 10W adalah tahap
kelikatan minyak pelincir pada suhu sejuk dan 50 ialah tahap kelikatan minyak
pelincir pada suhu panas. Semakin besar angka yang ditunjukkan, semakin tinggi
daya tahan minyak pelincir itu terhadap kepanasan operasi enjin. Di negara
bermusim sejuk, minyak pelincir yang mempunyai nilai W rendah adalah penting
bagi memudahkan enjin dihidupkan.
Setiap rating
minyak pelincir mempunyai tahap ketahanan tertentu. Sekiranya ianya melepasi
tahap yang ditetapkan, minyak pelincir tidak dapat bekerja sebagai pelincir
(minyak pelincir menjadi cair).
SAE10W50 juga bermaksud ianya adalah minyak pelincir multi-grade kerana ianya mempunyai kadar
kelikatan berubah, iaitu dari kurang likat pada suhu sejuk kepada lebih likat
pada suhu panas. Sekiranya minyak pelincir hanya tertera kod SAE40 atau
sebagainya, ianya adalah pelincir mono-grade
kerana mempunyai kelikatan tunggal semasa suhu operasi enjin sejuk dan panas.
Sungguh pun Malaysia bukanlah negara bermusim sejuk, minyak
pelincir multi-grade turut memainkan
peranannya dan ianya telah menjadi standard
yang telah ditetapkan oleh pengeluar kenderaan.
Bagi pengguna kenderaan yang sering kali menghadpi kesesakan
lalulintas terutama di bandar-bandar besar, penggunaan minyak pelincir yang
mempunyai kadar kelikatan yang tinggi semasa suhu enjin panas adalah
digalakkan. Ini kerana, apabila kenderaan terhenti-henti, sistem penyejukan
enjin yang biasanya mengharapkan kepada pengaliran udara menjadi kurang cekap
dan seterusnya meningkatkan suhu operasi enjin. Pada masa ini minyak pelincir
akan memainkan peranan dalam membantu menyerap haba yang terhasil daripada
operasi enjin. Minyak pelincir yang mempunyai gred API yang tinggi biasanya
akan berfungsi dengan lebih baik.
Buat masa sekarang, minyak pelincir synthetic dan semi-synthetic adalah yang terbaik jika
dibandingkan dengan minyak pelincir mineral.
Kedua-dua jenis minyak ini biasanya telah dicampurkan dengan bahan addictive. Pengguna yang menggunakan minyak
pelincir mineral juga boleh
menambahkan addictive ini secara manual kerana terdapat pelbagai jenis addictive yang boleh didapati dipasaran.
Addictive ini ada pelbagai
kegunaannya seperti, anti karat, anti oksida dan lain-lain. Adalah suatu
pembaziran sekiranya pengguna minyak pelincir synthetic atau semi-synthetic
mencampurkan addictive pada minyak
pelincir. Daripada membazir, lebih baik belanja kawan-kawan makan!
P/s: Sekadar berkongsi, perbetulkan jika ada kesilapan
dimana-mana.