Kalau kita tak nak orang moody dengan kita macam tu jugaklah dengan ORANG LAIN
Jumaat, 27 Februari 2015
Khamis, 26 Februari 2015
HIJRAHKU
"Ada dua golongan penghuni neraka yang
akubelum pernah melihatnya: Laki-laki yang tangan mereka menggenggam cambuk
yang mirip ekor sapi untuk memukuli orang lain dan wanita-wanita yang
berpakaian namun telanjang dan berlenggak lenggok. Kepalanya bergoyang-goyang
bak bonggol unta. Mereka itu tidak masuk syurga dan tidak pula mencium baunya.
Padahal sesungguhnya bau syurga itu boleh tercium dari jarak sekian dan
sekian."
Penerangan
Hadis:
Hadis
di atas adalah antara hadis-hadis yang memperincikan masalah aurat dalam
syariat Islam. Istilah aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti
keaiban. Manakala dalam istilah fekah pula aurat diertikan sebagai bahagian
tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan yang
bukan mahram. Arahan menutup aurat ini adalah hasil dari keyakinan keagamaan
dan ikatan syahadah yang termeterai dengan pengakuan lisan dan pengiktirafan
dengan hati terhadap kebenaran Islam. Ia adalah hubungan yang terjalin antara
manusia dengan Allah. Serta lambang penyerahan diri dan persetujuan terhadap
perintah Allah S.W.T.
Aku mungkin bukan orang yang baik,
bukan juga yang sempurna. SYURGA pada ku mungkin jauh untuk digapai tetapi aku
tidak mahu terus ketinggalan jauh. Aku tidak pernah tahu pengakhiran aku ini
dimana. Tapi aku tetap berusaha untuk berada didalam redha NYA. Sebab itu aku
aku memilih untuk menyerahkan diri kepada PENCIPTA.
Jadi jangan pelik dan bertanya
mengapa aku memilih untuk BERHIJRAH.
Rabu, 25 Februari 2015
PROJEK BARU
Semakin lama aku disini, semakin menyesakkan jiwa. Masuk semula ke dalam mulut naga ini, sama seperti menyerahkan diri bulat-bulat kepada nasib. NASIB yang aku sendiri tak tahu apa kesudahannya. Setiap hari berdoa cepatlah semua ini berlalu. Kawan-kawan pun sudah ramai yang tiada.
Cuti CNY yang lalu, aku banyak menghabiskan waktu ditepian sungai. Memancing si puyu dan haruan. Itulah satu-satunya aktiviti yang dapat menenangkan jiwa. Owhhh Mak dan Abah juga berkongsi minat yang sama. Jadi tidak kekok pun kalau aku membawa mereka bersama di tepi sungai tersebut. Cuma mereka berdua dilarang ke sungai bila tiada anak-anak atau wakil anak-anaknya tidak dapat bersama. Yelah Mak dan Abah pernah jatuh motosikal di dalam kebun sawit. Aku x mahu perkara yang sama berulang. Untuk itu aku sedang berusaha memperbaiki reban ayamnya supaya dia tidak kebosanan bila kami tiada. Bertambahlah aktiviti Mak.
Benih anak ayam baru belum sempat aku adakan. Hurmmm entah bila aku pun tak pasti.
Selasa, 24 Februari 2015
Selasa, 10 Februari 2015
KERDILNYA KITA
Di bumi ALLAH swt ini, kita hanyalah insan kerdil yang daif. Tiada apa-apa pun yang akan kekal bersama. Janganlah kita bermegah dengan ehsan ALLAH yang sedikit itu. Zuhud dan bersederhana adalah yang terbaik. Kamu mungkin kaya-raya di sini, tetapi belum tentu kaya DISANA.
Isnin, 9 Februari 2015
NURUL DAN KUCING
Setelah kehilangan Cik Tam pertengahan tahun 2014 yang lalu. Semua orang dalam rumah tu sebenarnya dalam diam tanam azam nak mencari galang gantinya. Pernahlah ada penggantinya satu ketika dulu, namun tetaplah tak sama. Manjanya, bijaknya, lucunya dan segala sesuatu tentang Cik Tam masih terpaku kuat dalam ingatan. Walaupun dia hanyalah kucing biasa yang comot yang HITAM PEKAT.
Nurul ada beberapa kali minta supaya membeli kucing baru. Namun harganya sungguh tidak berbaloi. Antara RM 350 - 600 seekor. Kalau MAK tahu dia mintak aku belikan kucing, mesti kena bebel. Hahahaha Nurul.... bukan sahaja perbelanjaan kuliah dan perubatannya mintak ditaja, kucing pun boleh main mintak saja. Kalau aku dulu jangan haraplah. Bermanja-manjalah dengan si kucing kurap yang datang singgah, kalau bernasib baik adalah kucing yang sudah terlanjur singgah dan tunggulah dia beranak....
Jumaat, 6 Februari 2015
Khamis, 5 Februari 2015
SYUKUR DENGAN APA ADANYA
Aku tak pernah berdoa untuk jadi orang kaya macam sesetengah orang tersebut. Tetapi aku selalu berdoa bila aku bila aku perlukan sesuatu itu, rezeki ku ada. Alhamdulillah ALLAH s.w.t mendengar doa aku. Terima kasih ALLAH.
Kalau diberinya pilihan antara rumah banglo dan ran ini, aku akan memilih ran ini. Aku kan sangat bersederhana dan menerima apa adanya.
Langgan:
Catatan (Atom)