Rabu, 25 Januari 2017

LRT KE TEMPAT KERJA

Sejak berpindah di sini, Aku antara pengguna tegar LRT. Seronok jugak kadang-kadang tengok gelagat orang untuk ke tempat kerja. Tapi kadang-kadang yang lain aku meluat and menyampah. Daripada Ara Damansara ke Kerinci, tak banyak pun stesen yang aku kene hadap hari-hari, 8 stesen sahaja. Tapi kadang-kadang menjengkelkan.

Rata-rata kalau ditanya semua bersetuju untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam. Cepat dan mudah. Selain dapat mengelak stress super melampau dikala meredah lautan kenderaan di Federal Hiway tersebut.

Walaubagaimanapun aku beberapa perkara berikut perlulah dititik beratkan semasa menggunakan pengangkutan awam tersebut.

MANDI PAGI DAN BERWANGI-WANGILAH - Ini sangat penting ya. Ke tempat kerja, mencari REZEKI HALAL, tidak kira engkau tu ISLAM ATAU BELUM ISLAM mulakan hari baru dengan muka suci dan murni serta membahagiakan orang yang berdiri di sisi kalian. Maklumlah bila berdiri tu, secara automatik engkau akan tergantung tangan. Aroma KETIAK sangat memualkan lebih-lebih lagi kalau engkau tu jenis berbulu. Yang berdiri di sisi engkau ni pun berbulu sama dengan aroma korang tu. Terutama masa balik kerja. Erkkkk muntah hijau.

HORMAT ORANG LAIN - Memang semua orang mahu sampai awal di Pejabat, dah engkau tu bersaiz 5XL, yang dalam LRT pun dah berdiri di muka pintu, boleh pulak engkau tolak dengan perut busung engkau tu. Boleh tak ko tunggu koch yang berikutnya SETAN.


Baru aku tahu sebenarnya aku ni tidaklah besar sangat dan kalau aku berdiri dalam LRT tu tidak banyak ruang yang dipenuhi oleh aku pun. Hahahahahaa





Khamis, 19 Januari 2017

CUTI SAKIT YANG PANJANG


12-18.01.2019. Aku cuti sakit sebab DENGGI. Hurmm baru tahu macam mana rasanya. Tapi aku nak bagitau, untuk umur macam aku ni kalau kena demam ni memang ambik masa sikit kot nak pulih. Bisa-bisa pada sendi-sendi dan gatal-gatal pada kulit. Sangat mengharu-birukan hidup.

Masih tidak sihat tapi sebab sudah rimas dengan keadaan duduk baring yang tidak kena, ku gagahi DIRI.

Rabu, 11 Januari 2017

JUS UNTUK AKU

Pagi ini aku bangun untuk ke tempat kerja dengan seribu kepayahan. Kepala sakit belakang tengkuk tegang. Aku rasa tekanan darah naik. Ditambah pulak dengan si Loli yang bising bercakap-cakap dngan aku dan aku tak faham. Stress. Anak keciknya digongong ke sana sini membuat aku risau. Risau terpijak oleh orang-orang yang ada di dalam rumah. Penyudahnya aku buka laci baju dan letakkan ketiga-tiganya di situ. 

Aku ke klinik Dinar. SAH 168/90 tekanan darah. Aku ambik pek baru COVERAM 5mg. Malas sebenarnya nak bergantung pada DADAH tu. Jadi kepala mula ligat berfikir. Mulai hari ini aku akan minum jus timun, buah-buahan setiap malam sebelum tidur. Mudah-mudahan cepat hilang lah penyakit aku ni. Umur sudah banyak, ramai yang bergantung hidup pada aku ni. So aku kena sihat. Sihat untuk mencari rezeki untuk mereka. Terutama anak-anak bulus aku ni. 

Selasa, 10 Januari 2017

PROJEK BELAKANG RUMAH BAHAGIAN 2

Minggu lepas dapat anak pandan yang mak kirim dari kampung. Jadi tinggal nak tanam serai. Serai yang aku cucuk ke tanah tidak nampak macam boleh hidup. Jadi kena cari benih baru dengan teknik baru. Ishhh. Dan yang terbaru aku nak tanam pokok tomato. Sebab, aku suka makan tomato.

Alahai tomato, sedapnya korang bertiga ni.

Isnin, 9 Januari 2017

JUS KESIHATAN



minum 3 sudu setiap pagi sebelum sarapan. (simpan dalam peti ais).
untuk melegakan saluran tersubat (injap jantung).

Khamis, 5 Januari 2017

PROJEK BELAKANG RUMAH


Sekarang ini aku tengah mengisi masa lapang dengan projek berkebun. Setakat hari ini aku sudah ada Pokok Cekur, Cili Api, Kari, Kunyit, Terung Bulat dan Petai. Hehehe

Aku tengah cari anak pokok serai dan pandan. Padahal kat kampung bukan main banyak lagi pokok tu. Tapi bisalah aku kan PELUPA. Dan jarang balik kampung jugak. Kiranya itu next projek lah. (atas tu bukan gambar pokok sebenar belakang rumah aku ya)... hehe


Rabu, 4 Januari 2017

PEMBUKA TIRAI 2017


Selamat Tahun Baru 2017 semua. Mudah-mudahan semuanya baik-baik sahaja.