Khamis, 6 April 2017

AKTIVITI CITARASA

Masuk kali ini sudah 2 kali aku mencuba resepi berikut. Hailaaa. Tak menjadi. Adalah tu kesilapan dimana-mana. Jadi petang ini aku akan cuba untuk kali yang ketiga sebelum aku cuti rehat untuk beberapa bulan dan mencuba resepi lain pula.


Hahahaha. Alahai apam kukus pisang. Kenapa engkau tidak segebu nyang diharapkan.

APAM PISANG

Bahan2nya:
250g pisang berangan (5 biji saiz sedang)
270g tepung gandum, diayak
1 sk baking soda, diayak
1/2 sk baking powder, diayak
Secubit garam
90g gula perang
140g susu pekat manis
100g minyak jagung
2 biji telur, gred A


Cara2 membuatnya:

1. Ayak tepung gandum, baking soda dan baking powder. 

2. Blend semua bahan lain hingga sebati. 

3. Tuangkan ke dalam tepung dan gaul sebati. Tutup dan biarkan selama 20 minit.

4. Panaskan air dalam pengukus hingga mendidih pada api sederhana. Sediakan acuan      apam & sapukan dengan sedikit minyak.

5. Tuang adunan 3/4 penuh dalam acuan. Kukus selama lebih kurang 15 minit guna api sederhana. Jika suka apam yang merekah, kukus guna api tinggi. <-- acuan kecil
Kukus 40 minit <-- acuan besar

Mintak-mintak kali ni jadilah. Aaminn

nota kaki: MAYA dah sihat, LUNA pun dah mula sihat, tinggal RIO yang terseliuh ditangan. 

Tiada ulasan: