Rabu, 25 Januari 2017

LRT KE TEMPAT KERJA

Sejak berpindah di sini, Aku antara pengguna tegar LRT. Seronok jugak kadang-kadang tengok gelagat orang untuk ke tempat kerja. Tapi kadang-kadang yang lain aku meluat and menyampah. Daripada Ara Damansara ke Kerinci, tak banyak pun stesen yang aku kene hadap hari-hari, 8 stesen sahaja. Tapi kadang-kadang menjengkelkan.

Rata-rata kalau ditanya semua bersetuju untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam. Cepat dan mudah. Selain dapat mengelak stress super melampau dikala meredah lautan kenderaan di Federal Hiway tersebut.

Walaubagaimanapun aku beberapa perkara berikut perlulah dititik beratkan semasa menggunakan pengangkutan awam tersebut.

MANDI PAGI DAN BERWANGI-WANGILAH - Ini sangat penting ya. Ke tempat kerja, mencari REZEKI HALAL, tidak kira engkau tu ISLAM ATAU BELUM ISLAM mulakan hari baru dengan muka suci dan murni serta membahagiakan orang yang berdiri di sisi kalian. Maklumlah bila berdiri tu, secara automatik engkau akan tergantung tangan. Aroma KETIAK sangat memualkan lebih-lebih lagi kalau engkau tu jenis berbulu. Yang berdiri di sisi engkau ni pun berbulu sama dengan aroma korang tu. Terutama masa balik kerja. Erkkkk muntah hijau.

HORMAT ORANG LAIN - Memang semua orang mahu sampai awal di Pejabat, dah engkau tu bersaiz 5XL, yang dalam LRT pun dah berdiri di muka pintu, boleh pulak engkau tolak dengan perut busung engkau tu. Boleh tak ko tunggu koch yang berikutnya SETAN.


Baru aku tahu sebenarnya aku ni tidaklah besar sangat dan kalau aku berdiri dalam LRT tu tidak banyak ruang yang dipenuhi oleh aku pun. Hahahahahaa





Tiada ulasan: