Rabu, 11 Januari 2017

JUS UNTUK AKU

Pagi ini aku bangun untuk ke tempat kerja dengan seribu kepayahan. Kepala sakit belakang tengkuk tegang. Aku rasa tekanan darah naik. Ditambah pulak dengan si Loli yang bising bercakap-cakap dngan aku dan aku tak faham. Stress. Anak keciknya digongong ke sana sini membuat aku risau. Risau terpijak oleh orang-orang yang ada di dalam rumah. Penyudahnya aku buka laci baju dan letakkan ketiga-tiganya di situ. 

Aku ke klinik Dinar. SAH 168/90 tekanan darah. Aku ambik pek baru COVERAM 5mg. Malas sebenarnya nak bergantung pada DADAH tu. Jadi kepala mula ligat berfikir. Mulai hari ini aku akan minum jus timun, buah-buahan setiap malam sebelum tidur. Mudah-mudahan cepat hilang lah penyakit aku ni. Umur sudah banyak, ramai yang bergantung hidup pada aku ni. So aku kena sihat. Sihat untuk mencari rezeki untuk mereka. Terutama anak-anak bulus aku ni. 

Tiada ulasan: