Rabu, 7 September 2016

HUJAN PAGI

Hujan pagi ini. Kalau cuti memang sedap lah aku tidur. Bangun subuh, iron baju, pastu duduk kat sofa sambil tengok si bulus. Pagi tadi Oyen terperangkap dalam hujan di pintu belakang. Basah dia. Menggigil-giggil dia masa aku angkat bawa ke pintu depan. Kalau si Teja dan Yelo tak meroyan setiap kali nampak Oyen dah lama si Oyen tu duduk dalam rumah. Lebih-lebih lagi si Tejak sejak beranak kecil ni, garang bukan main lagi. Oyen duduk depan pintu pun dorang dah mula kembang bulu. Alahaiii Teja. Aku sampai pejabat jam 9.00 pagi. Aku buat tak tahu je pandangan jalang itu. Haha

Pernah satu ketika hujan pagi yang lebat. Aku tidak boleh ke pejabat. Baru jam 9 pagi ada orang gila tu dah meroyan dalam group whatapps. Mulut dia memang tidak pernah diajar untuk bercakap baik. Sudahnya aku EL separuh hari. Dari bergaduh dengan orang gila yang tidak pernah mendatangkan apa-apa keuntungan baik aku diam sahaja. Itulah yang aku buat sekarang. Muka dia berdua sekarang adalah sesuatu paling jijik yang aku kena hadap. Sebab itu aku tak pernah merasakan mangkuk berdua ini wujud di sini. Hahhahaha.

"Daripada ada untuk menambahkan dosa orang lain (mengata dalam lisan atau dalam hati) baik tak payah ada"

 

Selasa, 6 September 2016

TASBIH DIGITAL

Hari ini Kak Ros bagi aku tasbih digital. Dia mungkin tak maksudkan apa-apa, just nak bagi sahaja. Cuma akulah terdiam dan terfikir. Mulalah aku scan diri, sepanjang hidup aku yang dah 40 tahun ini, berapa banyaklah aku berzikir kepada Nya. Adalah sesekali tu lepas solat, time aku down tahap nak mati, dalam kereta masa jalan jem. Itu sahaja. Owhh kosong betul jiwa aku nih. Banyak sangat ketawa terbahak-bahak sampai syaiton pun dah mula bersarang dalam hati

Alhamdulillah, terima kasih Kak Ros. Sekurang-kurangnya pahala aku berzikir hari ini akan masuk dalam akaun akak jugak. Aaminn. Waktu-waktu lapang aku nih terisi jugak dengan aktiviti kan. Berfikiran positif. Tak adalah aku terkesan sangat dengan orang yang ada disekeliling yang menyesakkan ni. 

Aku pernah tolong dia suatu masa dulu. Aku tak pernah kesal menolong orang. Tapi aku SANGAT KESAL sebab menolong dia. Mudah-mudahan apa yang aku lalui sekarang ini merupakan sesuatu permulaan terbaik untuk aku.

 

Isnin, 5 September 2016

BUSUK HATI & CARA MERAWATNYA

Rasulullah SAW menerangkan bahwasannya ada 5 (lima) perkara yang menjadi ubat bagi hati yang KOTOR dan PERPENYAKIT, obat tersebut adalah :

  1. Membaca Al-Qur’an dan menghayati maknanya.
  2. Solat Malam (Tahajud atau Solat Hajat).
  3. Berpuasa Sunnah (Isnin-Kamis atau puasa daud (puasa selang seli)).
  4. Memperbanyak Dzikir (mengingat) kepada Allah.
  5. Bergaul hanya dengan orang-orang yang baik (sholeh). 
Itulah 5 (lima) hal/perkara yang dapat membersihkan hati kita dari kotoran-kotoran atau penyakit yang mungkin saja tumbuh di dalam hati tanpa kita ketahui dan kita sadari.

Peringatan umum ditujukan khas untuk pembaca blog ini, dan lebih-lebih lagi untuk diri sendiri yang selalu mengabaikan kepentingan menjaga hati. Anggota dalam badan kita ni yang paling mulia dan paling busuk adalah HATI. Jadi marilah kita sama-sama berusaha untuk menjaga sejumpal darah yang dipanggil HATI.  

Jumaat, 2 September 2016

KUCING & KEMBIRI

Islam adalah agama yang sempurna dan tidak ada suatu pun dalam kehidupan ini yang tidak disentuh oleh Islam. Begitu juga dengan hal memandulkan / neuter / spay / kembiri / kasi kucing peliharaan. Fatwa dan hukum yang berkaitan telah lama ditetapkan oleh ulama seluruh dunia.
 
Aku bukan pakar dalam penentuan hukum agama, tetapi aku hanya mengguna pakai apa yang telah ditentukan oleh ulama

 Jakim telah pun mengeluarkan satu ketetapan pada tahun 2002, yang menyebut :
"Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah."

Berdasarkan kepada itu, aku sedang berfikir-fikir untuk mengawal populasi anak bulus dirumah. Mereka yang ada itu tidak menyusahkan pun dan tidak akan pernah menyusahkan aku. Cuma terfikir, andainya umur aku tidak panjang, ada ke orang lain yang sanggup bangun jam 4- 5 pagi untuk merebus ikan, sejukkan dan berikan kepada mereka seperti mana yang aku buat pada Teja, Sophie dan Citra. Ada ke orang yang sanggup bangun dari lena hanya untuk mengelus kepala dan dagu mereka bila mereka memanjat katil. Ada ke???

Kalau ada alhamdulillah, dan kalau tiada mesti aku sangat bersedih untuk itu. 

Aku TIDAK RELA anak-anak bulus diperlakukan seperti gambar di atas. Aku tidak mampu untuk melindungi semua mereka, tetapi aku mampu untuk mengawal apa yang aku telah ada di rumah. 

 

Khamis, 1 September 2016

LOLI LAHIRKAN ANAK MERDEKA

Semalam si Loli telah melahirkan 2 ekor anak. Dengan kepayahan dan dengan iringan air mata aku. Sedih sangat dan insaf rasanya. Tu baru haiwan kesayangankan. Kalau manusia aku rasa mau aku pitam-pitam menahan sakit jantung. Jantina kedua anaknya itu belum diketahui lagi. Aku tidak kisahkan jantinanya yang penting Loli dan anak-anak sihat sejahtera. 

Kejadian semalam menyedarkan aku bahawa memandulkan mereka adalah satu kemestian. Dah kena berdikit-dikit duit disimpan untuk tujuan tersebut. Ramai tu nak dimandulkan. Telinga aku tidak betah mendengar rintihan setiap kali musim mengawan tiba, dan Yelo aku tidak larat lagi untuk mencuci spray nya merata-rata itu. Owhhh anak-anakku. Cari gambar Loli tak ada pula dalam pc ni. Jadi aku letakkan gambar buah hati aku si Yelo tu.