Selasa, 30 Ogos 2016

BORING




Malas cakap banyak.

Isnin, 29 Ogos 2016

SIKECIL BERUSIA 32 HARI

Hari ini genaplah si cilik yang berempat itu berusia 32 hari. Aku merekodkan umur mereka di dalam google calendar. Takut terlupa, bila dia lahir, bila dia mula buka mata dan telinga. In Sha Allah nanti nak rekod jadual ke klinik juga.
Hari ini si cilik itu sudah boleh berjalan keluar bilik. Tadi masa disingki ada sesuatu yang menjilat kaki. Aku tengok dihujung kaki ada si Manja. Hahahhaa. Lepas ini mata kena lebih tajam memerhati pergerakan di kecil yang berempat ini. Si Benji dah pandai memanjat katil. Oscar selalu skodeng aku bila aku bersiap selepas mandi. Si Zoro tidak peduli pun apa yang berlaku disekitarnya asyik berlari ke sana sini. Walaupun jalannya tak berapa betul, lariannya sangat comel.

Walaupun sesetengah orang memandang aku seperti membuang masa. Tetapi aku tidak pernah peduli. Si Yelo, Loli, Sopie, Citra, Teja, Zoro, Oscar, Benji, Manja dan si Oyen. Sepuluh ekor semuanya, mereka adalah keluarga aku. Keluarga kecil aku. Susah ke senang ke, aku tetap ada untuk mereka. Walaupun si Oyen hanya duduk di luar pintu, makan nya tetap aku sediakan. Dialah yang setia menunggu aku setiap kali terdengar bunyi moto aku dari jauh. Sesekali aku masukkan si Oyen di dalam rumah. Tapi kehadirannya tidak disenangi Yelo dan Teja. Dan Oyen sendiri tidak selesa bila berada di dalam rumah. Mahunya tidak, si Yelo sering memarahinya. Langkah terbaik dan sebelum ada yang tercedera, ada baiknya aku keluarkan Oyen. Bukan tak sayang, tetapi aku sangat sayangkan dia. Huhuuuuu

 

Rabu, 24 Ogos 2016

KARMA ITU ADA

Ingat tak ada satu ketika dulu, sekitar tahun 2009-2010 aku kan pernah ditempatkan di SYABAS. Setahun aku ber boss kan ORANG GILA yang aku panggil nama manja dia OG. Macam-macam hal aku dikenakan. Katanya OG tu orang hebat, tahu serba serbi. Kalau lah dia sudah berada di sesuatu tempat tu, korang tak perlukan papan tunjuk arah atau info apa pun berkenaan tempat itu. Hatta jalan ke tandas berapa langkah pun dia tahu. Hebat kan OG tu.

Semalam pagi, aku terkejut tiba-tiba dia berada di sini, Menara MRCB Shah Alam. Dia ditempatkan bersama kumpulan orang yang di Jabatan RE-SKILLING. Wahhh orang SEHEBAT itu berada di situ????? Dari semalam dia nampak aku tapi tidak menyapa aku. Aku biarkan sahaja dan buat tak tahu. Tapi nak gelaklah. HAHAHAHAHAA

Tak nak KOMEN apa, tak nak cakap apa. Sebab aku pun belum tentu lagi duduknya dimana. Alhamdulillah kalau sudah terkeluar daripada Unit Perempuan Gila tu. Tapi satulahkan kalau BERANI keluarkan satu EMAIL mengatakan aku bukan lagi dibawah unit Transport ini. Apa guna jadi BOSS kalau PENAKUT. Hahahahaha 

AKU TUNGGU SATU LAGI KARMA.

Selasa, 23 Ogos 2016

4 KENIT YANG LASAK

Si Kenit yang berempat tu sudah tidak betah duduk dalam sangkar. Walaupun aku sudah 'upgrade' letak 2 keping mozek dalam sangkar tersebut kotlah panas beralaskan baldu empuk. Itu pun tidak dihiraukan. Hahaha. Seronok kot dapat merayau dalam bilik yang tidak seluas mana tu. Merembet di kaki katil, disebalik juntaian bucu cadar seronok agaknya. Tak kisahla, asalkan mereka bahagia. Dan janganlah ada kaki-kaki yang terpijak bulus kecil itu hendaknya.

Selain berkeliaran di dalam bilik, mereka juga dah pandai bergurau sesama sendiri. Saling mencakar, saling mengigit dan menjilat.

Owhh seperkara lagi, BENJI tu betina rupanya. Hahahaa

 


CITRA & SOPHIE

Berkawan baik dan boleh bermain bersama. Alhamdulillah. Kesan jahitan pada mata si Citra dah mula kering.
Aktif dan Lasak. Cuma kalau dia bermain kejar-kejaran, si Citralah yang akan melanggar semua yang ada di depannya. Termasuklah kaki sofa. Mata sebelah kan, so tidak FOKUS.

Jumaat, 19 Ogos 2016

HAMPA

Hari ini jenuh aku mengodek tab mak mok. Lenovo Tab 2 A7-30. Tidak boleh download POKEMON GO. Hampa sangat. Ishhh.

Dalam hati "kena beli Iphone jugak ni". Hehehee sanggup pulak.

Khamis, 18 Ogos 2016

POKEMON GO UNTUK FARIS

Ini adalah ubat darah tinggi yang aku makan setiap pagi selepas sarapan. Sebelum ini ubat lain, nampak macam tak memberi kesan kat aku Doktor tu tukarkan ubat. AIA cover banyak kan. So Doktor bagilah ubat yang mahal sikit. Huhuuu. Mahal macam mana pun dan bagus macam mana sekali pun kalau ubat tu tidak istiqomah makannya tidak membawa sebarang perubahan pun. Hahahah

Sejak kebelakangan ini aku masih patuh pada jadual makan ubat tu, alhamdulillah. Cuma selalu tersasar bila cuti Sabtu & Ahad. 

Sebab Azura tiada disisi. Dia selalu tanya "ko dah makan ubat?"
hahaha choiii mengharap orang ingatkan rupanya. Hehee 


Disebabkan aku BEKERJA MAKAN GAJI BUTA (sebab pompuan gila tu tak bagi kerja) aku menawarkan diri untuk membantu anak Kak Kay (si Faris) main POKEMON GO. Hahaha nak main sendiri punya tak dapat. Sebab aku pakai handphone cap ayam jeh. Setiap kali Kak Kay bercerita pasal kegembiraan Faris bila check status game nya aku sangat gembira. Aku kan memang suka buat orang lain gembira. Satu kepuasan aku rasa. Walaupun hanya mainkan game. Nak bersedekah duit aku tak mampu sangat, jadi aku sedekahlah masa dan sedikit kederat untuk dia.     

Rabu, 17 Ogos 2016

TEKANAN DARAH

Tekanan Darah (Hypertension)
Tekanan darah tinggi atau hypertension juga dikenali sebagai “silent killer” atau pembunuh senyap kerana ia tidak memberikan tanda-tanda symptom atau amaran seperti sakit gigi ataupun sakit belakang. Sekiranya tidak dirawat, ia boleh membawa risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan demensia.

Faktor-faktor yang mempengaruhinya termasuklah faktor seperti sejarah keluarga, umur, etnik dan gaya hidup seseorang tersebut.

  • Tekanan darah yang sihat adalah pada paras 120/80 mm Hg atau lebih rendah.
  • 140/90 mm Hg digunakan sebagai indikator untuk tekanan darah tinggi, tidak mengira usia seseorang itu. Angka pertama adalah tekanan sistolik iaitu tekanan apabila jantung mengalirkan darah ke seluruh tubuh anda.Angka kedua ialah tekanan diastolik iaitu tekanan ketika dalam keadaan rehat.

7 Langkah Kurangkan Tekanan Darah Tinggi
  

Kurangkan berat badan: Dah sepatutnya aku kurangkan berat badan ni. Tak bermaksud sampai jadi model lah. Dalam carta atas tu aku kena kurangkan lebih kurang 33kg. Hehehe. Persoalanya mampu ke aku ni.

Bersenamlah dengan kerap: Dah kena selalu bawak Yelo jalan-jalan ni. Main kejar-kejar sekitar Kg Melayu Subang. Hahahaha

Kurangkan pengambilan garam: Ini macam susah sikit nak buat. Yelah tekak aku ni melayu. Ikan masin memanjang. Termasin dalam masakan itu perkara biasa. Huhuu

Jangan merokok: Hahhaha no komen

 
Kurangkan Stres. Kerja tak stres pun. Tapi mangkuk tu yang buat aku STRES

Amalkan diet yang lebih baik. Makan macam biasa tapi pastikan SEIMBANG.  

Jangan leka: Monitor tekanan darah lebih kerap. Hahhaha



YELO & TEJA


 
 Entah apalah yang disembangkan berdua tu. Berbalas-balas bunyik yang aku tidak faham. Yang aku faham cuma 'menggatal'.



Selasa, 16 Ogos 2016

SI KECIL BERMATA SATU

GADIS BERMATA SATU
Inilah CITRA. Gambar diambil semalam. Matanya yang terkeluar tu telah dibuang. Alhamdulillah dia tetap aktif. Masih mahu makan dan minum susu. 

Buat masa ini dia diletakkan di dalam sangkar dengan tujuan untuk mengajar dia menggunakan pasir. Maklumlah dia kan gadis jalanan, mungkin tak biasa. Tapi budak kecik ni KREATIF, dia memang pandai menggunakan pasir tu. Bukan hanya kencing dan berak, tetapi sebagai tilam jugak. Hahaa

Terjemahan firman Allah swt: Surah Al Ikhlas ayat 2 :
 "Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat"
 

Isnin, 15 Ogos 2016

BERTABAH

Dalam hidup ini kadang-kadang terasa lelah, berehatlah. Kadang-kadang putus asa, beristifarlah. Tak semestinya apa yang kita mahu kita akan dapat. Mungkin bukan di sini, tetapi di sana. In Sha Allah.

Seorang sahabat memberikan doa ini untuk aku amalkan. Terima kasih. Mudah-mudahan apa yang aku lalui ini akan segera berakhir. Kerana sabar aku ada hadnya. Kian lama kian menipis dan menghilang. Ya Allah..


Bila balik rumah melihat si Teja dengan anak-anaknya cukup membahagiakan. Kasih seorang ibu. Walau hanya seekor haiwan. Sangat menginsafkan.

Teja akan makan setiap kali selepas menyusukan anaknya yang berempat itu. Nampak macam buruk lantak, tapi aku faham. Dia perlukan banyak makanan untuk memenuhi keperluan anak-anak kecil yang masih bergantung sepenuhnya pada susu.

si CITRA
Mata kanan telah dibuang. Terima kasih kepada Ibu Angkat mereka itu yang banyak membantu. Kos rawatan mata si Citra agak meruntun poket. Yelah tengah bulan kan. Citra masih ligat, alhamdulillah dia mahu bergurau dengan Sophie. Si Yelo n Loli masih marah-marah bila aku suakan Citra pada mereka. Elehhh tak lama tu. Hehehhe. Cuma si Teja masih belum aku cuba.

Jumaat, 12 Ogos 2016

BERUSAHA




Aku sedang cuba berusaha untuk tidak menyebut atau mengata ORANG GILA tersebut. Tapi jujur aku cakap, kalau di pejabat memang susah. Rata-rata kawan di Pejabat akan merunggut, menyebut dan mengata. Aku tidak bercakap tetapi mendengar pun dapat juga sahamnya.

Aku memasang niat dalam hati. Aku tak mahu melihat, mendengar dan menyebut apa sahaja berkaitan dengan dia mulai hari ini.Hahahaha sampai bila agaknya.

Khamis, 11 Ogos 2016

UBAT KENCING MANIS


POKOK CERI Kampung. Aku percaya semua orang pernah makan buah ini. Korang tahu tak, air rebusan daun pokok ini boleh mengurangkan kandungan gula dalam darah kita. PERCAYALAH.

Adalah satu hari tu, Ika (adik aku yang bekerja di FELDA Technoplant Kg Soeharto) telah terpilih untuk mendapat kemudahan kuarters di FELDA tersebut. Aku, Mak dan Mak Mok datanglah menziarah dia setelah seminggu dia berpindah. Aku terpandang pokok ini dan teringat apa yang pernah tertulis di dinding laman sosial aku. UBAT TURUNKAN KENCING MANIS.

Mak dan Mak Mok memang teruk bacaan gulanya. Mak siap injet kat perut dan makan ubat hari-hari. Mak Mok makan ubat setiap hari. Yelah ditambah pula masa bulan puasa tu, sebulan minum manis masa berbuka puasa. Kemudian, aidilfitri datang pulak dengan pelbagai hidangan meletop. Memang parahlah gula dalam badan. Jadi aku pun sarankan kepada mereka untuk mencuba. Alhamdulillah, seperti yang dikatakan. Memang berkesan. Mak Mok beritahu aku kandungan gula dalam badannya menurun. Cuma Mak aku tu, agak susah sedikit. Tak istiqomah kalau tiada yang memantau. Minumlah air rebusan daun pokok ini seminggu dalam 2-3 kali dan banyakkan minum air kosong. In Sha Allah, berkesan.


 

Rabu, 10 Ogos 2016

BUAH HATIKU

Dengan susah payah aku dapat snap gambar anak-anak si Teja yang 4 beradik tu. Asal pegang anak dia, si kecil itu akan berbunyi kuat dan si Teja pun berlari mendapatkan anaknya. Tak boleh nak pegang lama-lama. Nanti si Teja tanya 'huh huh huh....' walaupun bunyiknya cuma begitu, aku faham dia cukup tak selesa kalau ada orang pegang anak dia. Anak-anak si Teja lepas kenyang minum susu.

Semalam aku dengan nina dan bantuan kawan-kawan melalui aplikasi whatapps telah menamakan si cilik yang berempat tu.



 Nampak tak gambar si Teja tengah marah bawah si Benji tu. hahahahaaa

Isnin, 8 Ogos 2016

PASAR MALAM LEPAS RAYA

Semalam, 7 Ogos 2016. Dengan rasminya aku memulakan semula peniagaan keropok lekor dan otak-otak di Pasar Malam Taman Bukit Subang, setelah bercuti selama lebih kurang dua bulan setengah. Alhamdulillah. Walaupun proses jual beli agak perlahan, orang masih mengenali kami. Van sipencari rezeki sudah mula merajuk-rajuk mintakan perhatian kami. Hehehe

Sesampai sahaja di tapak pasar malam semalam, aku nampak ada sebuah kedai menjual keropok yang sama. Owhhhh AJK memasukkan orang baru. Aku tak kisah pun. Kalau ada rezeki kami tetap akan berjaya menjual seperti biasa. Rezeki ALLAH swt tu datangnya pelbagai kan. Otak-otak memang tiada siapa boleh menjual dengan harga 60 sen. Kalau ada yang boleh menjual dengan harga lebih rendah dari kami bermaksud orang tu sedang bersedekah lah. Hahahaaa



Apa pun aku gembira semalam.

Owhh kucing yang cedera matanya yang berada dibawah jagaan Ika telah sampai di tangan aku. Si Citra. Matanya terjojol keluar. Rata-rata blog mengatakan penyakit seperti itu akan menyebabkan kucing kehilangan sebelah mata. Citra mungkin perlu dibedah. Apa pun aku akan tahu keputusannya hari ini. Iaitu selepas dibawa ke Vet.

Aku bukan orang kaya, tetapi jiwa aku yang kaya untuk membantu makhluk allah ini dengan apa cara sekali pun. Aku yakin setiap bantuan dan sedekah aku itu akan diterima allah swt. Dirumah, aku masih menyalurkan makanan kepada kucing-kucing yang datang bertandang di perkarangan rumah. Hanya biskut kucing jenama vitapet perasa ocean fish yang aku boleh hidangkan. Cuma sesekali ikan rebus/goreng dicampur nasi. Si oyen, si wanita disembur cat, kembar loli lain warna, si jep ekor pendek, si hitam pembawa nyamuk itulah kucing-kucing yang selalu singgah di rumah untuk makan. Sesekali, aku sangat rindu kepada Lady Gaga dan Lady D. Dah lama sangat tidak datang ke rumah untuk makan. Harap mereka berdua sihat-sihat sahaja. Aaminn. 

sumber gambar: Encik Google

Jumaat, 5 Ogos 2016

KESAYANGAN HAMBA

Yelo. Masa aku dapat dia ni umurnya sudah mencecah 4 bulan. Yelo dan Milo(arwah). Aku memilih untuk tidak bercerita tentang MILO. Bukan sebab tidak suka, sebab air mata akan tumpah bila mengenangnya. Masih terasa sehingga hari ini. Kecuaian aku kerana tidak arif tentang penjaan kucing. So aku ambil langkah tidak bercerita. Si Teja yang melahirkan 4 anak semalam tu, inilah gerangan SUAMI misteri nya. hahahaha

Ini antara gambar yang sempat aku snap semalam. Aku bersyukur dengan kehadiran 4 ekor kesayangan baru ini. Alhamdulillah. Tak ada nama lagi.



Khamis, 4 Ogos 2016

GADIS KAMPUNG SI TEJA


Beberapa bulan selepas pindah di Menara MRCB, aku berkenalan dengan si Teja. Kucing jalanan yang sentiasa kelaparan. Dia akan meminta belas ehsan kepada siapa sahaja yang lalu lalang dari Plaza Alam Sentral ke Menara MRCB menggunakan lift kargo. Termasuklah aku. Sejak hari itu, aku membeli dan menyimpan makanan kucing di pejabat. Rutin harian aku memerhati dia makan 3 kali sehari. jam 9, jam 12 dan jam 4.30 petang.

Hinggalah pada satu hari itu, si Teja cedera di lengan dan kaki. Aku nekad membawanya balik rumah untuk dirawat dan beri perlindungan yang sewajarnya. Dia tidak secantik kucing orang lain yang berbulu panjang. Dia biasa-biasa sahaja.

29/07/2016 si Teja bersalin. Dapatlah aku cucu 4 ekor. Alhamdulillah.

Selasa, 2 Ogos 2016

DOWN

Sejak kebelakangan ini, aku banyak masa untuk menulis. Yelah kerja aku telah diambil alih secara total oleh orang kanan BIMBO. So aku lepak katak jelah. AKU DIPETISEJUKAN. Hahahaaa. Ini hakikat bekerja dengan sesorang yang kita boleh labelkan dengan S.T.U.P.I.D.

 Kalaulah.....
Syarikat Air Selangor ini wat satu offer. Semua kakitangan yang berumur 40 tahun ke atas layak untuk VSS tahun ini. Aku rasa akulah orang pertama minta. Bayaran pampasan dan hadiah tidak perlulah sampai 2.6b. Cukup sekadar untuk langsaikan perkara dibawah ni:-

a). Rumah Taman Bahtera - 90k (lebih kurang)
b). Kereta MYvi tahun 2011 - 40k (lebih kurang)
c). Rumah Bukit Beruntung - 10k (lebih kurang)
d). Pinjaman peribadi tebus tanah FELDA Abah - 10k (lebih kurang)
c). Duit simpanan dan belanja untuk aku, mak, abah dan mak mok di kampung - 10k
JUMLAH: 160k lebih kurang lah

Aku memang plan nk balik duduk kampung jeh. Aku tak perlukan hiburan dah, hidup pun tinggal berapa lama jeh kan. Makan untuk aku cukup rm5 sehari. Nak sedap sikit aku meragaslah cari pucuk ubi ke pucuk daun-daun apa lah asal boleh kenyang.Itu sahaja kehidupan simple yang aku inginkan. Asal aku boleh mengadap bulus kesayangan dan ada masa untuk aku memancing, bercucuk tanam dan beramal ibadat sudah memadai. Hailaaaa

Manalah tahu rezeki aku kan. Tolong doakan aku.....

 

 

 
 




Isnin, 1 Ogos 2016

KUCING JIRAN BERGELUT MAUT


"Hari ini 1 Ogos 2016. Hari Isnin aku menolak malas motor buruk untuk ke tempat kerja. Lama juga aku memanaskan enjin Suzuki RGV tua tu. Dah agak panas aku pun bergerak. Untuk keluar dari kawasan rumah aku berhenti seketika sebab abang depan rumah tu baru balik kerja. Orang yang lalu lalang memperlahankan kenderaan masing-masing untuk bagi laluan pada abang tu.

Agaknya gembira sangat kucing yang ada bawah pokok kelapa tu nampak 'ayahnya' balik kerja terus meluru untuk melintas, serentak dengan itu datang sebuah motosikal yang dipandu agak laju tidaksempat memperlahankan kenderaan terus mengilis badan kucing tersebut. Kucing tersebut mengelupur dengan mulut berdarah.

Aku yang berada di sisi jalan itu terkedu. Aku tengok motosikal itu terus bergerak laju meninggalkan sekujur tubuh yang sedang bergelut dengan maut.

Aku tanpa peduli bahaya, terus ke arah kucing yang mengelupur itu. Aku baringkan dia di atas rumput sambil mengusap kepala dan badannya. Air mata menitik.

Tuan kucing terus berlari kepada aku."

Hari ini aku ke pejabat dengan kesan darah ditangan dan air mata. Dalam perjalanan aku membayangkan kalau lah yang terbaring tadi tu si Yelo atau Loli atau Teja atau Opie, apa tindakan aku agaknya. Menangis sudah tentu.

 Jadi, saranan Anun supaya semua anak-anak bulus kesayangan aku terus dikurung dalam rumah dengan daun pintu tertutup dan grill berjaring terkunci rapat tidak salah. Untuk keselamatan mereka juga. Itulah NYAWA kepada aku.