Jumaat, 2 September 2016

KUCING & KEMBIRI

Islam adalah agama yang sempurna dan tidak ada suatu pun dalam kehidupan ini yang tidak disentuh oleh Islam. Begitu juga dengan hal memandulkan / neuter / spay / kembiri / kasi kucing peliharaan. Fatwa dan hukum yang berkaitan telah lama ditetapkan oleh ulama seluruh dunia.
 
Aku bukan pakar dalam penentuan hukum agama, tetapi aku hanya mengguna pakai apa yang telah ditentukan oleh ulama

 Jakim telah pun mengeluarkan satu ketetapan pada tahun 2002, yang menyebut :
"Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah."

Berdasarkan kepada itu, aku sedang berfikir-fikir untuk mengawal populasi anak bulus dirumah. Mereka yang ada itu tidak menyusahkan pun dan tidak akan pernah menyusahkan aku. Cuma terfikir, andainya umur aku tidak panjang, ada ke orang lain yang sanggup bangun jam 4- 5 pagi untuk merebus ikan, sejukkan dan berikan kepada mereka seperti mana yang aku buat pada Teja, Sophie dan Citra. Ada ke orang yang sanggup bangun dari lena hanya untuk mengelus kepala dan dagu mereka bila mereka memanjat katil. Ada ke???

Kalau ada alhamdulillah, dan kalau tiada mesti aku sangat bersedih untuk itu. 

Aku TIDAK RELA anak-anak bulus diperlakukan seperti gambar di atas. Aku tidak mampu untuk melindungi semua mereka, tetapi aku mampu untuk mengawal apa yang aku telah ada di rumah. 

 

Tiada ulasan: