Isnin, 8 Ogos 2016

PASAR MALAM LEPAS RAYA

Semalam, 7 Ogos 2016. Dengan rasminya aku memulakan semula peniagaan keropok lekor dan otak-otak di Pasar Malam Taman Bukit Subang, setelah bercuti selama lebih kurang dua bulan setengah. Alhamdulillah. Walaupun proses jual beli agak perlahan, orang masih mengenali kami. Van sipencari rezeki sudah mula merajuk-rajuk mintakan perhatian kami. Hehehe

Sesampai sahaja di tapak pasar malam semalam, aku nampak ada sebuah kedai menjual keropok yang sama. Owhhhh AJK memasukkan orang baru. Aku tak kisah pun. Kalau ada rezeki kami tetap akan berjaya menjual seperti biasa. Rezeki ALLAH swt tu datangnya pelbagai kan. Otak-otak memang tiada siapa boleh menjual dengan harga 60 sen. Kalau ada yang boleh menjual dengan harga lebih rendah dari kami bermaksud orang tu sedang bersedekah lah. Hahahaaa



Apa pun aku gembira semalam.

Owhh kucing yang cedera matanya yang berada dibawah jagaan Ika telah sampai di tangan aku. Si Citra. Matanya terjojol keluar. Rata-rata blog mengatakan penyakit seperti itu akan menyebabkan kucing kehilangan sebelah mata. Citra mungkin perlu dibedah. Apa pun aku akan tahu keputusannya hari ini. Iaitu selepas dibawa ke Vet.

Aku bukan orang kaya, tetapi jiwa aku yang kaya untuk membantu makhluk allah ini dengan apa cara sekali pun. Aku yakin setiap bantuan dan sedekah aku itu akan diterima allah swt. Dirumah, aku masih menyalurkan makanan kepada kucing-kucing yang datang bertandang di perkarangan rumah. Hanya biskut kucing jenama vitapet perasa ocean fish yang aku boleh hidangkan. Cuma sesekali ikan rebus/goreng dicampur nasi. Si oyen, si wanita disembur cat, kembar loli lain warna, si jep ekor pendek, si hitam pembawa nyamuk itulah kucing-kucing yang selalu singgah di rumah untuk makan. Sesekali, aku sangat rindu kepada Lady Gaga dan Lady D. Dah lama sangat tidak datang ke rumah untuk makan. Harap mereka berdua sihat-sihat sahaja. Aaminn. 

sumber gambar: Encik Google

Tiada ulasan: