Isnin, 1 Ogos 2016

KUCING JIRAN BERGELUT MAUT


"Hari ini 1 Ogos 2016. Hari Isnin aku menolak malas motor buruk untuk ke tempat kerja. Lama juga aku memanaskan enjin Suzuki RGV tua tu. Dah agak panas aku pun bergerak. Untuk keluar dari kawasan rumah aku berhenti seketika sebab abang depan rumah tu baru balik kerja. Orang yang lalu lalang memperlahankan kenderaan masing-masing untuk bagi laluan pada abang tu.

Agaknya gembira sangat kucing yang ada bawah pokok kelapa tu nampak 'ayahnya' balik kerja terus meluru untuk melintas, serentak dengan itu datang sebuah motosikal yang dipandu agak laju tidaksempat memperlahankan kenderaan terus mengilis badan kucing tersebut. Kucing tersebut mengelupur dengan mulut berdarah.

Aku yang berada di sisi jalan itu terkedu. Aku tengok motosikal itu terus bergerak laju meninggalkan sekujur tubuh yang sedang bergelut dengan maut.

Aku tanpa peduli bahaya, terus ke arah kucing yang mengelupur itu. Aku baringkan dia di atas rumput sambil mengusap kepala dan badannya. Air mata menitik.

Tuan kucing terus berlari kepada aku."

Hari ini aku ke pejabat dengan kesan darah ditangan dan air mata. Dalam perjalanan aku membayangkan kalau lah yang terbaring tadi tu si Yelo atau Loli atau Teja atau Opie, apa tindakan aku agaknya. Menangis sudah tentu.

 Jadi, saranan Anun supaya semua anak-anak bulus kesayangan aku terus dikurung dalam rumah dengan daun pintu tertutup dan grill berjaring terkunci rapat tidak salah. Untuk keselamatan mereka juga. Itulah NYAWA kepada aku.







Tiada ulasan: