Khamis, 12 Mei 2016

MAKNA KOD PADA MINYAK PELINCIR KENDERAAN

"Maklumat ini aku cedok daripada blog orang lain untuk bacaan aku dan korang. Mudah-mudahan berguna. Aku bukan orang yang pakar dalam ilmu automotif tapi aku berusaha untuk


Setiap botol minyak pelincir  (minyak hitam) kenderaan pasti ada tertera kod-kod tertentu, sebagai contoh SAE 10W50. Apa itu SAE 10W50?

Kebiasaannya minyak pelincir enjin telah digredkan mengikut standard SAE (Socity of Automotive Engineers) iaitu sebuah badan professional bagi kejuruteraan automotif. Pengredan minyak pelincir banyak bergantung kepada indeks kelikatan atau viscosity index dimana minyak pelincir ini telah diuji pada suhu tertentu sehingga ianya tidak lagi dapat berfungsi dan melindungi enjin.

  NAMA-NAMA LAIN BERKAITAN MINYAK PELINCIR

API
American Petroleum Institute
STLE
Society of Tribologists and Lubrication Engineers
NLGI
National Lubricating Grease Institute
ILMA
Independent Lubricant Manufacturer Association
ACEA
European Automobile Manufacturer Association
JASO
Japanese Automotive Standards Organizations

W pada kod minyak pelincir bermaksud winter iaitu rating kelikatan minyak pelincir yang diuji pada suhu sejuk dan angka tanpa huruf W pula ialah minyak pelincir yang diuji pada suhu panas. Jadi 10W adalah tahap kelikatan minyak pelincir pada suhu sejuk dan 50 ialah tahap kelikatan minyak pelincir pada suhu panas. Semakin besar angka yang ditunjukkan, semakin tinggi daya tahan minyak pelincir itu terhadap kepanasan operasi enjin. Di negara bermusim sejuk, minyak pelincir yang mempunyai nilai W rendah adalah penting bagi memudahkan enjin  dihidupkan.

Setiap rating minyak pelincir mempunyai tahap ketahanan tertentu. Sekiranya ianya melepasi tahap yang ditetapkan, minyak pelincir tidak dapat bekerja sebagai pelincir (minyak pelincir menjadi cair).

SAE10W50 juga bermaksud ianya adalah minyak pelincir multi-grade kerana ianya mempunyai kadar kelikatan berubah, iaitu dari kurang likat pada suhu sejuk kepada lebih likat pada suhu panas. Sekiranya minyak pelincir hanya tertera kod SAE40 atau sebagainya, ianya adalah pelincir mono-grade kerana mempunyai kelikatan tunggal semasa suhu operasi enjin sejuk dan panas.

Sungguh pun Malaysia bukanlah negara bermusim sejuk, minyak pelincir multi-grade turut memainkan peranannya dan ianya telah menjadi standard yang telah ditetapkan oleh pengeluar kenderaan.

Bagi pengguna kenderaan yang sering kali menghadpi kesesakan lalulintas terutama di bandar-bandar besar, penggunaan minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan yang tinggi semasa suhu enjin panas adalah digalakkan. Ini kerana, apabila kenderaan terhenti-henti, sistem penyejukan enjin yang biasanya mengharapkan kepada pengaliran udara menjadi kurang cekap dan seterusnya meningkatkan suhu operasi enjin. Pada masa ini minyak pelincir akan memainkan peranan dalam membantu menyerap haba yang terhasil daripada operasi enjin. Minyak pelincir yang mempunyai gred API yang tinggi biasanya akan berfungsi dengan lebih baik.

Buat masa sekarang, minyak pelincir synthetic dan semi-synthetic adalah yang terbaik jika dibandingkan dengan minyak pelincir mineral. Kedua-dua jenis minyak ini biasanya telah dicampurkan dengan bahan addictive. Pengguna yang menggunakan minyak pelincir mineral juga boleh menambahkan addictive ini secara manual kerana terdapat pelbagai jenis addictive yang boleh didapati dipasaran. Addictive ini ada pelbagai kegunaannya seperti, anti karat, anti oksida dan lain-lain. Adalah suatu pembaziran sekiranya pengguna minyak pelincir synthetic atau semi-synthetic mencampurkan addictive pada minyak pelincir. Daripada membazir, lebih baik belanja kawan-kawan makan!

P/s: Sekadar berkongsi, perbetulkan jika ada kesilapan dimana-mana.

Tiada ulasan: