Jumaat, 23 Oktober 2015

DEMI MASA





Isnin, 19 Oktober 2015

JIKA


Walaupun masa itu, kau sudah melupakan aku................

Isnin, 12 Oktober 2015

HIJRAH TERAKHIR


Hari ini adalah merupakan hari terakhir untuk tahun ini. Selamat menyambut Maal Hijrah. Insya Allah semoga Allah terima semua amalan kita pada tahun ini & semoga tahun baru ini kita sama-sama berhijrah untuk membentuk keperibadian yg lebih sempurna, meningkatkan amal ibadat semata-mata kerana Allah swt, menjaga kedua ibu bapa dengan yang termampu kita laksanakan, membina dan mengukuh serta menjaga silaturahim antara ahli keluarga & sahabat handai dengan lebih baik. Semoga kita diberikan taufik, hidayah serta sentiasa dlm rahmat oleh Allah swt..aamiin

HIJRAHKU

Aku berhijrah ke satu tempat yang penuh dengan harapan baru dan yang tak akan kau temui. Bukan kerana BENCI, kerana kau yang memilih untuk aku pergi...

BERPISAH MATI

'Bertemu dan berpisah adat manuasia biasa
Hilang dimata tapi dihati jangan lupa
Berdoalah kita agar damai sentiasa
Semoga panjang umur dan berjumpa lagi'
- Tansri Rozali Ismail-

Sedikit pn tak terkesan dan tiada tersisa rasa sayang itu. Kau yang buat pasal kau yang menjalangkan, aku pula kena berbuat baik sebagai balasan. Hahahhaha.

Jumaat, 2 Oktober 2015

HAT YAI FLOATING MARKET

Entah bila aku nak ke sini. Harapan yang kian memudar...


Khamis, 1 Oktober 2015

PAKAIAN BARU oleh Azhan A. Kamal


Syukurlah,
Tuhan telah membukakan
Pintu hatinya untuk kembali
Menanggalkan pakaian semalam
Yang penuh terpalit noda hitam
Di almari kenangan.

Lalu bersungguhan dia menguncinya
Dengan keimanan
Agar tidak lagi terlanjur sesalan.

Syukurlah,
Termakbul doa ayah bonda
Dia kembali menyarungkan pakaian baru
Dari almari keinsafan itu
Agar segala sesuatu yang diburu
Tidak lagi tersasar seperti dulu.

Bercahayalah seraut wajah
Dia kembali melangkah penuh gagah
Di tangannya menggenggam kunci kebebasan
Dan haruman seribu kemenangan
Inilah kemerdekaan hakiki seorang insan
Dari belenggu kedurjanaan
Sebuah kehidupan yang tidak punya
Belas kasihan.
 

Azhan A. Kamal
Cyberjaya, selangor
31 Julai 2007


Sebuah sajak di blog Detik Jantung Waktu (DJW). Aku membaca berkali-kali. Cuba memahami pada yang tersurat dan tersirat.