Rabu, 30 September 2015

YANG PERGI

Sekuat mana cuba memiliki, tetap gagal untuk dimiliki. Terima kasih si pencari rezeki untuk keringat yang tumpah sekian lama. Satu-satu pergi meninggalkan aku....


Selasa, 29 September 2015

HATI YANG NEKAD

Beberapa hari kebelakangan ini puas aku berfikir. Dan hari ini, aku serahkan hidupku kepada yang MAHA KUASA. Bukan kerana aku sudah berputus asa, tetapi kerana aku sudah NEKAD.
 
Aku tak pasti apa yang menanti aku esok. Datanglah apa sahaja, pasti aku bisa hadapi.

Bila yang tinggal hanya jasad....

Ahad, 27 September 2015

MUHASABAH DIRI

Sekadanr ingatkan diri sendiri dan rakan-rakan.

Sabtu, 26 September 2015

MENJAGA HATI

Jagalah hati orang yang ada disekelilingmu hari ini. Walaupun bukan mudah tetapi berusahalah dengan bersungguh-sungguh. Kerana hati yang disakiti itu kadangkala sakitnya tak dizahirkan.

Jumaat, 25 September 2015

ORANG YANG BERMASALAH

Satu lagi kaka-kata untuk ingatkan diri sendiri. Lumrah hidup memang BEGITU.

Khamis, 24 September 2015

RINDU YANG TIBA

Aku cuba untuk 'tidak'. Dan aku akui, semua itu gagal. Wahai ALLAH swt, bantulah aku selalu......

Rabu, 23 September 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2015

AidilAdha, mengingatkan kita tentang konsep pengorbanan seorang ayah bersama anaknya dalam melaksanakan perintah Allah s. w. t. Peristiwa Nabi Ibrahim a. s. diuji dengan perintah menyembelih anaknya Nabi Ismail a. s. Peristiwa pengorbanan ini dirakamkan oleh Allah s. w. t. di dalam surah As-Saffat, ayat 102 hingga 109. Antaranya Allah menyatakan:
 
Maksudnya: Maka tatkala anaknya itu sampai ke peringkat umur yang membolehkan dia berusaha bersama-sama dengannya, Nabi ibrahim berkata: "wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi, bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapat mu. Anaknya Ismail menjawab, wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya Allah ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".
 
Dari ayat-ayat tersebut Allah menceritakan, bagaimana keimanan yang tinggi yang dimiliki oleh Nabi Ibrahim a.s. dapat melaksanakan perintah Allah, sekalipun terpaksa mengorbankan jiwa anak kesayangannya Ismail a.s.
 
 
 
Aidiladha tahun 2015 ini membawa seribu erti buat aku. Tuntutan pengorbanan yang orang lain tak akan nampak dan tak akan tahu sampai bila-bila. 
 
'Kalau kau menjadi aku, Aku yakin kau akan mengerti'


- Anita Sujak -


Isnin, 21 September 2015

ADA BETULNYA

Sambil duduk-duduk seorang diri petang ni, aku mula teringat pada sepotong kata -kata ini. Jadilah apa pun yang kau mahukan. Aku dah penat.....

Ahad, 20 September 2015

MAJLIS FARRA

Hari ini, sorang lagi adik aku telah diikat. Hahahaha Farra bertunang hari ini. Aku dapat sepasang baju lagi. Aku tetap jadi bendul yang dilangkah-langkah itu. Hahahaha. Tapi alhamdulillah. Rezeki dia kawin awal utk hidup dengan suami. Rezeki aku kawin lewat untuk bermanja-manja lebih lama dengan mak dab abah. Alhamdulillah. Terima kasih ALLAH.

Sabtu, 19 September 2015

BELAJAR

Terjumpa ungkapan ini dalam pencarian en google. hurmmmm

Khamis, 17 September 2015

SEMALAM YANG HANGAT


sebelum engkau ke mari
tiada resah tiada khuatir

menjelang kemesraanku
yang di rindu hanya syahdu

mengapa itu
mahu jadi teman mahu jadi kekasih
selamanya...

 

aku bukan lagi mainan dulu
telah kucampakkan kau ke mana
ke lautan hitam yang ku tahu
pasti kita tak jumpa

semalam itu semalam
hari ini aku hidup dalam dunia yang aman
kenangan kita lucutkan kita bakar sama-sama
pengalaman hidup seksa....



Selasa, 15 September 2015

SAKURA

 Apalah gunanya tempat yang cantik kalau kalau mata dah buta dan hati pun dah mati. Kalau kau jadi aku, aku YAKIN kau akna mengerti

Isnin, 14 September 2015

SHAH ALAM JEREBU

Shah Alam sehingga jam 7.00 pagi tadi bacaan IPU jerebu 145. Itu jam 7.00 pagi sekarang dah jam 9.00 pagi. Belum ada maklumat terkini dari mana-mana sumber pun. Rasanya macam semakin teruk. Sakit kepala, sakit tekak mula dan sakit mata. Aishh cepatlah semua ini berlalu. Semuanya makin menghimpit kesihatan diri.


JEREBU DALAM HATI
Semakin lama semakin menjengkelkan. Dulu kita layan orang baik-baik, sekarang orang layan kita macam anjing kurap. 

Jumaat, 11 September 2015

MAKLUMAT DARIPADA WHATAPPS 1







 - SUMBER MAKLUMAT DARIPADA GROUP WHATAPPS -

Jom kita MIGRATE overseas ramai-ramai.Duduk sini pun tak jadi apa pun. lalallaa


Rabu, 9 September 2015

BUKTI

Dalam lembah yang gelita tak nampak wajah
Apatah nak ku melangkah merangkak pun payah

Percik api menyala bagai satu petanda
Jauh mana kan aku damba

Dalam jiwa yang cedera tak nampak cinta
Apatah nak ku gembira tersenyum pun paksa

Bibit kasihmu dinda susah mana pun aku
Akan menyusurinya...

Airmata ku tahan mengalir lesu dalam kalbu
Dingin lalu membeku menjadi bukti luhur niatku

Dalam hidup yang gelora tak nampak dosa
Apatah nak bercinta merindu pun dera

Kerdip sinar di mata bagai satu petanda
Sukar mana kan aku puja


- FIQ -
 
' SELAMAT TINGGAL '
 

Selasa, 8 September 2015

TAK AKAN ADA LAGI

Aku merindukan genggaman itu
Yang menguatkan saat diri tak lagi mampu
Membawa keteduhan dalam pikiran yang sedu
Mendatangkan rasa yakin kala hati dilanda ragu

Rasa cinta ini hanya dapat aku simpan
Hanya dengan setetes pena aku torehkan
Dengan selembar kertas aku ceritakan
Tak perlu lagi mulut ini mengungkapkan

Harapan bersamamu kini telah sirna
Kenangan dan diriku kini tinggal bersama
Tak ada lagi canda tawa saat berdua
Hanya air mata yang mampu berbicara

Tak perlu lagi disesali
Biarkan hati melangkah bersama ironi
Biarkan perasaanku tetap kekal dan abadi
Walau dirimu tak pernah ku miliki