Rabu, 9 September 2015

BUKTI

Dalam lembah yang gelita tak nampak wajah
Apatah nak ku melangkah merangkak pun payah

Percik api menyala bagai satu petanda
Jauh mana kan aku damba

Dalam jiwa yang cedera tak nampak cinta
Apatah nak ku gembira tersenyum pun paksa

Bibit kasihmu dinda susah mana pun aku
Akan menyusurinya...

Airmata ku tahan mengalir lesu dalam kalbu
Dingin lalu membeku menjadi bukti luhur niatku

Dalam hidup yang gelora tak nampak dosa
Apatah nak bercinta merindu pun dera

Kerdip sinar di mata bagai satu petanda
Sukar mana kan aku puja


- FIQ -
 
' SELAMAT TINGGAL '
 

Tiada ulasan: