Rabu, 25 Februari 2015

PROJEK BARU

Semakin lama aku disini, semakin menyesakkan jiwa. Masuk semula ke dalam mulut naga ini, sama seperti menyerahkan diri bulat-bulat kepada nasib. NASIB yang aku sendiri tak tahu apa kesudahannya. Setiap hari berdoa cepatlah semua ini berlalu. Kawan-kawan pun sudah ramai yang tiada. 

Cuti CNY yang lalu, aku banyak menghabiskan waktu ditepian sungai. Memancing si puyu dan haruan. Itulah satu-satunya aktiviti yang dapat menenangkan jiwa. Owhhh Mak dan Abah juga berkongsi minat yang sama. Jadi tidak kekok pun kalau aku membawa mereka bersama di tepi sungai tersebut. Cuma mereka berdua dilarang ke sungai bila tiada anak-anak atau wakil anak-anaknya tidak dapat bersama. Yelah Mak dan Abah pernah jatuh motosikal di dalam kebun sawit. Aku x mahu perkara yang sama berulang. Untuk itu aku sedang berusaha memperbaiki reban ayamnya supaya dia tidak kebosanan bila kami tiada. Bertambahlah aktiviti Mak.

Benih anak ayam baru belum sempat aku adakan. Hurmmm entah bila aku pun tak pasti.


Tiada ulasan: