Khamis, 26 Februari 2015

HIJRAHKU

"Ada dua golongan penghuni neraka yang akubelum pernah melihatnya: Laki-laki yang tangan mereka menggenggam cambuk yang mirip ekor sapi untuk memukuli orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang dan berlenggak lenggok. Kepalanya bergoyang-goyang bak bonggol unta. Mereka itu tidak masuk syurga dan tidak pula mencium baunya. Padahal sesungguhnya bau syurga itu boleh tercium dari jarak sekian dan sekian."

Penerangan Hadis:                                                   

Hadis di atas adalah antara hadis-hadis yang memperincikan masalah aurat dalam syariat Islam. Istilah aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah fekah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan yang bukan mahram. Arahan menutup aurat ini adalah hasil dari keyakinan keagamaan dan ikatan syahadah yang termeterai dengan pengakuan lisan dan pengiktirafan dengan hati terhadap kebenaran Islam. Ia adalah hubungan yang terjalin antara manusia dengan Allah. Serta lambang penyerahan diri dan persetujuan terhadap perintah Allah S.W.T.

Aku mungkin bukan orang yang baik, bukan juga yang sempurna. SYURGA pada ku mungkin jauh untuk digapai tetapi aku tidak mahu terus ketinggalan jauh. Aku tidak pernah tahu pengakhiran aku ini dimana. Tapi aku tetap berusaha untuk berada didalam redha NYA. Sebab itu aku aku memilih untuk menyerahkan diri kepada PENCIPTA.

Jadi jangan pelik dan bertanya mengapa aku memilih untuk BERHIJRAH.

Tiada ulasan: