Selasa, 20 Januari 2015

NASIB SI PENGEMBALA

Dah bertahun aku jadi penternak lembu. Walaupun aku jarang-jarang tengok lembu tu tapi bukanlah bererti aku tak ambik tahu langsung. Tetap ambik tahu. Ada masa dulu tiap-tiap bulan aku bayar tukang bela tu gaji bulanan RM 400 sebagai upah menjaga anak-anak angkat tersebut. Setahun dua selepa itu sudah berenti pulak. Kami sepakat untuk menjalankan SISTEM PAWAH pulak. Iaitu, bila lembu aku beranak dua ekor, sekor tukang jaga ambik, sekor lagi aku ambik.
Untung atas anginlah tukang jaga tu kan. Makin lama makin payah pulak. Bilangan lembu yang dulunya kian bertambah makin berkurangan, dan akhirnya senyap dan terus sepi. Tahu-tahu lembu aku habis dan apa pun tak dapat. Hatta tahinya juga tidak dapat dikesan. Kurang ajar betul yang berjanji hendak menjaga lembu-lembu kami tu. Duit modal hangus begitu sahaja. Aku malas nak bising-bising, tapi dalam hati aku nih menyumpah sakan. Dan pengajaran terbaik untuk yang songlap lembu aku tu, DUDUKLAH LOKAP TU BAIK-BAIK YA.


JANUARI 2015 ni, aku nak memulakanya semula. LEMBU ATAU KAMBING. Biarlah berdikit-dikit asal ada. Buat masa ini aku tengah merencana untuk ternakan dua haiwan tersebut(bergantung kepada kelulusan MAK aku). Bukan menjadi masalah pun kalau aku digelar 'gembala lembu' atau 'gembala kambing'. 


Hurmm comel jer kambing nih..


Tiada ulasan: