Jumaat, 6 November 2015

JALAN PULANG


Hari ini, aku temui semula 'diriku' yang bertahun menghilang. Alhamdullilah aku masih kuat untuk mencari jalan pulang walaupun sendirian. 

Terima Kasih kerana menyedarkan aku. Alhamdulillah aku masih berkesempatan untuk mengumpul bekalan bila nanti aku harus kembali ke kampung halaman.

Aku sangat yakin yang kau TIDAK AKAN PERNAH sakit kerana mengenangku. Kau tak perlu curiga untuk itu. TERIMA KASIH SAHABATKU.


HALALKAN makan dan minumku serta MAAFKAN apa juga salahku pada mu. 

Aku hanyalah anita sujak, yang banyak berdosa.



 


Khamis, 5 November 2015

AKU INGIN PERGI


Selasa, 3 November 2015

DARI MENARA MRCB

Ya ALLAH, dikala aku hilang segala harapan untuk hidup, sedarkanlah aku bahawa kasihmu lebih besar nilainya daripada perasaan HAMPAKU ini, dan rancanganmu jauh lebih baik daripada IMPIANKU ini.


Menara MRCB: 
Pemandangan MALAM 










 
 Masjid Negeri:
Pemandangan MALAM
 

Jumaat, 23 Oktober 2015

DEMI MASA





Isnin, 19 Oktober 2015

JIKA


Walaupun masa itu, kau sudah melupakan aku................

Isnin, 12 Oktober 2015

HIJRAH TERAKHIR


Hari ini adalah merupakan hari terakhir untuk tahun ini. Selamat menyambut Maal Hijrah. Insya Allah semoga Allah terima semua amalan kita pada tahun ini & semoga tahun baru ini kita sama-sama berhijrah untuk membentuk keperibadian yg lebih sempurna, meningkatkan amal ibadat semata-mata kerana Allah swt, menjaga kedua ibu bapa dengan yang termampu kita laksanakan, membina dan mengukuh serta menjaga silaturahim antara ahli keluarga & sahabat handai dengan lebih baik. Semoga kita diberikan taufik, hidayah serta sentiasa dlm rahmat oleh Allah swt..aamiin

HIJRAHKU

Aku berhijrah ke satu tempat yang penuh dengan harapan baru dan yang tak akan kau temui. Bukan kerana BENCI, kerana kau yang memilih untuk aku pergi...

BERPISAH MATI

'Bertemu dan berpisah adat manuasia biasa
Hilang dimata tapi dihati jangan lupa
Berdoalah kita agar damai sentiasa
Semoga panjang umur dan berjumpa lagi'
- Tansri Rozali Ismail-

Sedikit pn tak terkesan dan tiada tersisa rasa sayang itu. Kau yang buat pasal kau yang menjalangkan, aku pula kena berbuat baik sebagai balasan. Hahahhaha.

Jumaat, 2 Oktober 2015

HAT YAI FLOATING MARKET

Entah bila aku nak ke sini. Harapan yang kian memudar...


Khamis, 1 Oktober 2015

PAKAIAN BARU oleh Azhan A. Kamal


Syukurlah,
Tuhan telah membukakan
Pintu hatinya untuk kembali
Menanggalkan pakaian semalam
Yang penuh terpalit noda hitam
Di almari kenangan.

Lalu bersungguhan dia menguncinya
Dengan keimanan
Agar tidak lagi terlanjur sesalan.

Syukurlah,
Termakbul doa ayah bonda
Dia kembali menyarungkan pakaian baru
Dari almari keinsafan itu
Agar segala sesuatu yang diburu
Tidak lagi tersasar seperti dulu.

Bercahayalah seraut wajah
Dia kembali melangkah penuh gagah
Di tangannya menggenggam kunci kebebasan
Dan haruman seribu kemenangan
Inilah kemerdekaan hakiki seorang insan
Dari belenggu kedurjanaan
Sebuah kehidupan yang tidak punya
Belas kasihan.
 

Azhan A. Kamal
Cyberjaya, selangor
31 Julai 2007


Sebuah sajak di blog Detik Jantung Waktu (DJW). Aku membaca berkali-kali. Cuba memahami pada yang tersurat dan tersirat.



 

Rabu, 30 September 2015

YANG PERGI

Sekuat mana cuba memiliki, tetap gagal untuk dimiliki. Terima kasih si pencari rezeki untuk keringat yang tumpah sekian lama. Satu-satu pergi meninggalkan aku....


Selasa, 29 September 2015

HATI YANG NEKAD

Beberapa hari kebelakangan ini puas aku berfikir. Dan hari ini, aku serahkan hidupku kepada yang MAHA KUASA. Bukan kerana aku sudah berputus asa, tetapi kerana aku sudah NEKAD.
 
Aku tak pasti apa yang menanti aku esok. Datanglah apa sahaja, pasti aku bisa hadapi.

Bila yang tinggal hanya jasad....

Ahad, 27 September 2015

MUHASABAH DIRI

Sekadanr ingatkan diri sendiri dan rakan-rakan.

Sabtu, 26 September 2015

MENJAGA HATI

Jagalah hati orang yang ada disekelilingmu hari ini. Walaupun bukan mudah tetapi berusahalah dengan bersungguh-sungguh. Kerana hati yang disakiti itu kadangkala sakitnya tak dizahirkan.

Jumaat, 25 September 2015

ORANG YANG BERMASALAH

Satu lagi kaka-kata untuk ingatkan diri sendiri. Lumrah hidup memang BEGITU.

Khamis, 24 September 2015

RINDU YANG TIBA

Aku cuba untuk 'tidak'. Dan aku akui, semua itu gagal. Wahai ALLAH swt, bantulah aku selalu......

Rabu, 23 September 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2015

AidilAdha, mengingatkan kita tentang konsep pengorbanan seorang ayah bersama anaknya dalam melaksanakan perintah Allah s. w. t. Peristiwa Nabi Ibrahim a. s. diuji dengan perintah menyembelih anaknya Nabi Ismail a. s. Peristiwa pengorbanan ini dirakamkan oleh Allah s. w. t. di dalam surah As-Saffat, ayat 102 hingga 109. Antaranya Allah menyatakan:
 
Maksudnya: Maka tatkala anaknya itu sampai ke peringkat umur yang membolehkan dia berusaha bersama-sama dengannya, Nabi ibrahim berkata: "wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi, bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapat mu. Anaknya Ismail menjawab, wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya Allah ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".
 
Dari ayat-ayat tersebut Allah menceritakan, bagaimana keimanan yang tinggi yang dimiliki oleh Nabi Ibrahim a.s. dapat melaksanakan perintah Allah, sekalipun terpaksa mengorbankan jiwa anak kesayangannya Ismail a.s.
 
 
 
Aidiladha tahun 2015 ini membawa seribu erti buat aku. Tuntutan pengorbanan yang orang lain tak akan nampak dan tak akan tahu sampai bila-bila. 
 
'Kalau kau menjadi aku, Aku yakin kau akan mengerti'


- Anita Sujak -


Isnin, 21 September 2015

ADA BETULNYA

Sambil duduk-duduk seorang diri petang ni, aku mula teringat pada sepotong kata -kata ini. Jadilah apa pun yang kau mahukan. Aku dah penat.....

Ahad, 20 September 2015

MAJLIS FARRA

Hari ini, sorang lagi adik aku telah diikat. Hahahaha Farra bertunang hari ini. Aku dapat sepasang baju lagi. Aku tetap jadi bendul yang dilangkah-langkah itu. Hahahaha. Tapi alhamdulillah. Rezeki dia kawin awal utk hidup dengan suami. Rezeki aku kawin lewat untuk bermanja-manja lebih lama dengan mak dab abah. Alhamdulillah. Terima kasih ALLAH.

Sabtu, 19 September 2015

BELAJAR

Terjumpa ungkapan ini dalam pencarian en google. hurmmmm

Khamis, 17 September 2015

SEMALAM YANG HANGAT


sebelum engkau ke mari
tiada resah tiada khuatir

menjelang kemesraanku
yang di rindu hanya syahdu

mengapa itu
mahu jadi teman mahu jadi kekasih
selamanya...

 

aku bukan lagi mainan dulu
telah kucampakkan kau ke mana
ke lautan hitam yang ku tahu
pasti kita tak jumpa

semalam itu semalam
hari ini aku hidup dalam dunia yang aman
kenangan kita lucutkan kita bakar sama-sama
pengalaman hidup seksa....



Selasa, 15 September 2015

SAKURA

 Apalah gunanya tempat yang cantik kalau kalau mata dah buta dan hati pun dah mati. Kalau kau jadi aku, aku YAKIN kau akna mengerti

Isnin, 14 September 2015

SHAH ALAM JEREBU

Shah Alam sehingga jam 7.00 pagi tadi bacaan IPU jerebu 145. Itu jam 7.00 pagi sekarang dah jam 9.00 pagi. Belum ada maklumat terkini dari mana-mana sumber pun. Rasanya macam semakin teruk. Sakit kepala, sakit tekak mula dan sakit mata. Aishh cepatlah semua ini berlalu. Semuanya makin menghimpit kesihatan diri.


JEREBU DALAM HATI
Semakin lama semakin menjengkelkan. Dulu kita layan orang baik-baik, sekarang orang layan kita macam anjing kurap. 

Jumaat, 11 September 2015

MAKLUMAT DARIPADA WHATAPPS 1







 - SUMBER MAKLUMAT DARIPADA GROUP WHATAPPS -

Jom kita MIGRATE overseas ramai-ramai.Duduk sini pun tak jadi apa pun. lalallaa


Rabu, 9 September 2015

BUKTI

Dalam lembah yang gelita tak nampak wajah
Apatah nak ku melangkah merangkak pun payah

Percik api menyala bagai satu petanda
Jauh mana kan aku damba

Dalam jiwa yang cedera tak nampak cinta
Apatah nak ku gembira tersenyum pun paksa

Bibit kasihmu dinda susah mana pun aku
Akan menyusurinya...

Airmata ku tahan mengalir lesu dalam kalbu
Dingin lalu membeku menjadi bukti luhur niatku

Dalam hidup yang gelora tak nampak dosa
Apatah nak bercinta merindu pun dera

Kerdip sinar di mata bagai satu petanda
Sukar mana kan aku puja


- FIQ -
 
' SELAMAT TINGGAL '
 

Selasa, 8 September 2015

TAK AKAN ADA LAGI

Aku merindukan genggaman itu
Yang menguatkan saat diri tak lagi mampu
Membawa keteduhan dalam pikiran yang sedu
Mendatangkan rasa yakin kala hati dilanda ragu

Rasa cinta ini hanya dapat aku simpan
Hanya dengan setetes pena aku torehkan
Dengan selembar kertas aku ceritakan
Tak perlu lagi mulut ini mengungkapkan

Harapan bersamamu kini telah sirna
Kenangan dan diriku kini tinggal bersama
Tak ada lagi canda tawa saat berdua
Hanya air mata yang mampu berbicara

Tak perlu lagi disesali
Biarkan hati melangkah bersama ironi
Biarkan perasaanku tetap kekal dan abadi
Walau dirimu tak pernah ku miliki


Khamis, 20 Ogos 2015

SERABUT


Dalam hati aku ada 1001 perkara nak diluahkan. Tapi yang terkeluar dari mulut aku buat masa ini cuma satu perkataan.... 


Selasa, 10 Mac 2015

RASA BANGGA



Kenyataan Balas Sultan Brunei Terhadap Media Barat Yang Mengancamnya. CNN dan media Barat kini sibuk mengancam Brunei sebab perlaksanaan undang-undang Syariah. Mereka memboikot semua hotel dan kepentingan Brunei. Berikut adalah jawapan kerajaan Brunei kepada mereka.


Dalam negara2 kamu, kamu mengamalkan kebebasan bersuara, kebebasan media, kebebasan beragama dan lain2. Ianya di dalam perlembagaan kamu, ianya sistem politik kamu, identiti negara kamu, hak kamu, aturan cara hidup kamu.


Dalam negara saya, kami mempraktikkan kemelayuan, islamik, sistem monarki dan kami akan mula mengamalkan undang2 islam, undang2 syariah. Islam berada di dalam perlembagaan kami, identiti negara kami, hak kami, aturan cara hidup kami.


Kami mungkin menjumpai kelopongan2 dalam undang2 dan sistem keadilan kamu dan kamu mungkin menjumpai kelopongan2 pada kami pula, akan tetapi ini adalah negara kami. sepertimana kamu mengamalkan hak kamu untuk gay dan lain2. Kamu lakukannya untuk dunia ini yang kamu diami sekarang, sedang kami mengamalkan hak kami menjadi muslim untuk dunia ini dan dunia selepasnya. 


Ini adalah negara islam yang mengamalkan undang2 islam. mengapa tidak kamu risaukan anak2 kamu yang ditembak di sekolah2 kamu, penjara kamu yang gagal menempatkan org2 yg tertuduh, kadar ketinggian jenayah dan DUIs, kadar bunuh diri dan pengguguran yang tinggi dan apa2 yang patut dirisaukan DISANA. banyak agama yang menentang homoseksualiti, ianya bukan sesuatu yang baharu. Saat kamu mendengar bahawa islam dan muslim membuat pendirian dan meneguhkan kepercayaan mereka, kamu menghakimi, kami memboykot, kamu katakan ianya salah, ianya bodoh, ianya kejam.

Sekali lagi, pergilah kpd kebimbangan yang kamu patut tumpukan pada yang telah saya beritahu sebelum ini. Tidak salahkah membenarkan senjata2 membunuh, tidak salahkah membenarkan bayi yang belum lahir dibunuh, tidak salahkah membenarkan gaya hidup yang membawa pd AIDS dan kerencatan pada generasi baru?


Mengapa terlalu risaukan tentang apa yang terjadi disini di dalam negara islam sedang kamu tidak pun membuka mata tentang apa yg berlaku di Syria, bosnia, rohingnya, palestin, dan lain2. Ribuan terbunuh disana dan kamu masih tidak peduli, tiada seorang terbunuh disini dibawah undang2 syariah, dan kamu kecoh menggembar-gemburkan ia, walaupun penduduk di sini yang secara langsung terkesan darinya, menerimanya dengan aman. Hukuman mungkin sedikit keras tak bermakna ianya mudah untuk dilaksana. Di sana ada proses2 yang perlu dijalani sebelum boleh disabit bersalah. Kami baik2 saja dengannya, malah gembira.
 
SUMBER FACEBOOK : Petikan tersebut tidak diubah suai -Original speech

Isnin, 9 Mac 2015

SAKIT HATI


Sakit hati, bengang, rasa hilang sabar semua itu berkecamuk menjadi satu dalam kepala. 
AKU BOSAN


Jumaat, 27 Februari 2015

CIK MOODY



Kalau kita tak nak orang  moody dengan kita macam tu jugaklah dengan ORANG LAIN

Khamis, 26 Februari 2015

HIJRAHKU

"Ada dua golongan penghuni neraka yang akubelum pernah melihatnya: Laki-laki yang tangan mereka menggenggam cambuk yang mirip ekor sapi untuk memukuli orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang dan berlenggak lenggok. Kepalanya bergoyang-goyang bak bonggol unta. Mereka itu tidak masuk syurga dan tidak pula mencium baunya. Padahal sesungguhnya bau syurga itu boleh tercium dari jarak sekian dan sekian."

Penerangan Hadis:                                                   

Hadis di atas adalah antara hadis-hadis yang memperincikan masalah aurat dalam syariat Islam. Istilah aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah fekah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan yang bukan mahram. Arahan menutup aurat ini adalah hasil dari keyakinan keagamaan dan ikatan syahadah yang termeterai dengan pengakuan lisan dan pengiktirafan dengan hati terhadap kebenaran Islam. Ia adalah hubungan yang terjalin antara manusia dengan Allah. Serta lambang penyerahan diri dan persetujuan terhadap perintah Allah S.W.T.

Aku mungkin bukan orang yang baik, bukan juga yang sempurna. SYURGA pada ku mungkin jauh untuk digapai tetapi aku tidak mahu terus ketinggalan jauh. Aku tidak pernah tahu pengakhiran aku ini dimana. Tapi aku tetap berusaha untuk berada didalam redha NYA. Sebab itu aku aku memilih untuk menyerahkan diri kepada PENCIPTA.

Jadi jangan pelik dan bertanya mengapa aku memilih untuk BERHIJRAH.

Rabu, 25 Februari 2015

PROJEK BARU

Semakin lama aku disini, semakin menyesakkan jiwa. Masuk semula ke dalam mulut naga ini, sama seperti menyerahkan diri bulat-bulat kepada nasib. NASIB yang aku sendiri tak tahu apa kesudahannya. Setiap hari berdoa cepatlah semua ini berlalu. Kawan-kawan pun sudah ramai yang tiada. 

Cuti CNY yang lalu, aku banyak menghabiskan waktu ditepian sungai. Memancing si puyu dan haruan. Itulah satu-satunya aktiviti yang dapat menenangkan jiwa. Owhhh Mak dan Abah juga berkongsi minat yang sama. Jadi tidak kekok pun kalau aku membawa mereka bersama di tepi sungai tersebut. Cuma mereka berdua dilarang ke sungai bila tiada anak-anak atau wakil anak-anaknya tidak dapat bersama. Yelah Mak dan Abah pernah jatuh motosikal di dalam kebun sawit. Aku x mahu perkara yang sama berulang. Untuk itu aku sedang berusaha memperbaiki reban ayamnya supaya dia tidak kebosanan bila kami tiada. Bertambahlah aktiviti Mak.

Benih anak ayam baru belum sempat aku adakan. Hurmmm entah bila aku pun tak pasti.


Selasa, 24 Februari 2015

RENUNGAN BERSAMA


Abstrak: Yang INDAH tu biasanya sukar untuk dicapai

Selasa, 10 Februari 2015

KERDILNYA KITA


Di bumi ALLAH swt ini, kita hanyalah insan kerdil yang daif. Tiada apa-apa pun yang akan kekal bersama. Janganlah kita bermegah dengan ehsan ALLAH yang sedikit itu. Zuhud dan bersederhana adalah yang terbaik. Kamu mungkin kaya-raya di sini, tetapi belum tentu kaya DISANA.

Isnin, 9 Februari 2015

NURUL DAN KUCING

Setelah kehilangan Cik Tam pertengahan tahun 2014 yang  lalu. Semua orang dalam rumah tu sebenarnya dalam diam tanam azam nak mencari galang gantinya. Pernahlah ada penggantinya satu ketika dulu, namun tetaplah tak sama. Manjanya, bijaknya, lucunya dan segala sesuatu tentang Cik Tam masih terpaku kuat dalam ingatan. Walaupun dia hanyalah kucing biasa yang comot yang HITAM PEKAT.


Nurul ada beberapa kali minta supaya membeli kucing baru. Namun harganya sungguh tidak berbaloi. Antara RM 350 - 600 seekor. Kalau MAK tahu dia mintak aku belikan kucing, mesti kena bebel. Hahahaha Nurul.... bukan sahaja perbelanjaan kuliah dan perubatannya mintak ditaja, kucing pun boleh main mintak saja. Kalau aku dulu jangan haraplah. Bermanja-manjalah dengan si kucing kurap yang datang singgah, kalau bernasib baik adalah kucing yang sudah terlanjur singgah dan tunggulah dia beranak.... 

Jumaat, 6 Februari 2015

KERETA ORANG



Kalaulah aku dapat memiliki kereta ini. Hari-hari aku gilap!!


Khamis, 5 Februari 2015

SYUKUR DENGAN APA ADANYA



Aku tak pernah berdoa untuk jadi orang kaya macam sesetengah orang tersebut. Tetapi aku selalu berdoa bila aku bila aku perlukan sesuatu itu, rezeki ku ada. Alhamdulillah ALLAH s.w.t mendengar doa aku. Terima kasih ALLAH.

Kalau diberinya pilihan antara rumah banglo dan ran ini, aku akan memilih ran ini. Aku kan sangat bersederhana dan menerima apa adanya.






























Selasa, 20 Januari 2015

NASIB SI PENGEMBALA

Dah bertahun aku jadi penternak lembu. Walaupun aku jarang-jarang tengok lembu tu tapi bukanlah bererti aku tak ambik tahu langsung. Tetap ambik tahu. Ada masa dulu tiap-tiap bulan aku bayar tukang bela tu gaji bulanan RM 400 sebagai upah menjaga anak-anak angkat tersebut. Setahun dua selepa itu sudah berenti pulak. Kami sepakat untuk menjalankan SISTEM PAWAH pulak. Iaitu, bila lembu aku beranak dua ekor, sekor tukang jaga ambik, sekor lagi aku ambik.
Untung atas anginlah tukang jaga tu kan. Makin lama makin payah pulak. Bilangan lembu yang dulunya kian bertambah makin berkurangan, dan akhirnya senyap dan terus sepi. Tahu-tahu lembu aku habis dan apa pun tak dapat. Hatta tahinya juga tidak dapat dikesan. Kurang ajar betul yang berjanji hendak menjaga lembu-lembu kami tu. Duit modal hangus begitu sahaja. Aku malas nak bising-bising, tapi dalam hati aku nih menyumpah sakan. Dan pengajaran terbaik untuk yang songlap lembu aku tu, DUDUKLAH LOKAP TU BAIK-BAIK YA.


JANUARI 2015 ni, aku nak memulakanya semula. LEMBU ATAU KAMBING. Biarlah berdikit-dikit asal ada. Buat masa ini aku tengah merencana untuk ternakan dua haiwan tersebut(bergantung kepada kelulusan MAK aku). Bukan menjadi masalah pun kalau aku digelar 'gembala lembu' atau 'gembala kambing'. 


Hurmm comel jer kambing nih..


Rabu, 14 Januari 2015

MALAIKAT KU


Tak tahu nak tulis apa, tak tahu nak update apa. Tapi buat masa nih aku memang rasa sungguh tak seronok.