Selasa, 16 April 2013

CINTAI PARA ULAMA



Beberapa bulan kebelakangan ini aku suka mendengar ceramah Ustaz Azhar Idrus. Bukan itu sahaja aku suka juga mendengar ceramah oleh Ustaz Haslin. Seronok, buat aku tergelak. Itu kalau aku boring dan bila aku tak tahu nak buat apa waktu makan tengahari di Pejabat. Selain itu aku suka tengok cerita kartun tom and jerry. hahahaaa.

Antara yang aku ingat :

1. Kalau nak kire kekuatan, pasti orang kata laki la yang paling kuat. tapi ramai yang tak tau orang pompuan sebenarnya lagi kuat. jiwa hati mereka kuat. laki marah, tunduk...diam..sabar..kena tinggal suami, sabar..anak nangis malam..sabar..suami bangun nak gi kerja,isteri lagi awai bangun..masak siap untuk suami. Ni la kekuatan orang perempuan yang mana laki harini pandang mudah. Hurmmm memang pun. Ramai jer yang ambik kesempatan dekat kaum hawa ni. Kadang-kadang kesian kadang-kadang marah pun ada. 

2. Lelaki suka cakap besar di kedai-kedai kopi terutamanya bab dalam selimut - Kononnya dia lah yang hebat, main berjam-jam. Hakikatnya hurmmm. Lelaki asia paling lama menjimak isterinya hanya 30 minit, itu pun tak ramai yang mampu. Lelaki yang macho badan berketul-ketul, misai boleh gulung cam tanduk kerbau, sekali main 3 minit jer. Hahahahaa

4. Wuduk dalam bogel - Ambil wuduk boleh telanjang bulat, kalau dalam bilik lah. Jangan pulak berwuduk di kolah masjid atau surau dengan telanjang bulat sampai nampak 'angry bird'. Itu dah haram. hahaaaa

5. Tak salah kalau kita membuka aurat - maksudnya selagi orang lain tak nampak itu tidak berdosa. Contohnya bogel sambil mesin rumput di keliling rumah. Hahahaa tapi kena pastikan awak tu duduk dalam hutan yang dah komfom tak ada orang lain tengok. Heeee

Macam-macam lagi yang aku sendiri pun dah tak berapa nak ingat, tapi kadang-kadang bila aku ingat, aku gelak golek-golek. Kalau ada masa boleh lah dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus ni. Tak rugi. Boleh jadi terapi jiwa. Tengok saja di youtube, senang kan.

  

Tiada ulasan: