Selasa, 31 Disember 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2014

Pejam celik pejam celik dah masuk tahun 2014. Wahhh cepat sungguh. Itulah nilai masa sekarang nih. Umur ku..... 'life begin at 40th' gitu hahahhaha.
2014 ini cabaran untuk hidup di bumi Malaysia amat hebat. Semua barang-barang keperluan untuk hidup meningkat.BARANG UNTUK MENERUSKAN HIDUP YA. Bukan barang-barang untuk berlazat-lazat. contoh cincin BAPAK MAHAL, handbag BRANDED. Hiburan MINDA K-POP dan lain-lain. Semua itu ENGKAU JER YANG HADAP. Rakyat Malaysia meludah pada benda-benda tak BERKEPENTINGAN macam itu. Yang menambah parah di hati, GAJI kami masih lagi di takuk MISKIN BANDAR.  Korang peduli apa kan????

Owhhh penghujung tahun 2013 yang lalu, rakyat Malaysia dihiburkan dengan JAWAPAN BODOH oleh orang kepercayaan yang DIUNDI atau TERUNDI dalam PRU yang lepas. Buat pertama kali, aku berbangga jadi rakyat malaysia yang TAK SEKOLAH TINGGI tapi LEBIH BIJAK DARIPADA KORANG.


Sabtu, 20 April 2013

DUIT MINYAK MUSIM PILIHAN RAYA

Heboh dikatakan sahabat handai bahawa bahawa orang Negeri Selangor yang balik mengundi di Selangor tiada peruntukan duit minyak. Aduihhh sadis betul. Apa dorang ingat aku nih tuang minyak kereta dengan bayar tol tu, pakai daun ke? apa daaaa. 

Mode: tak puas ati and malas nak pergi ngundi.

Selasa, 16 April 2013

CINTAI PARA ULAMA



Beberapa bulan kebelakangan ini aku suka mendengar ceramah Ustaz Azhar Idrus. Bukan itu sahaja aku suka juga mendengar ceramah oleh Ustaz Haslin. Seronok, buat aku tergelak. Itu kalau aku boring dan bila aku tak tahu nak buat apa waktu makan tengahari di Pejabat. Selain itu aku suka tengok cerita kartun tom and jerry. hahahaaa.

Antara yang aku ingat :

1. Kalau nak kire kekuatan, pasti orang kata laki la yang paling kuat. tapi ramai yang tak tau orang pompuan sebenarnya lagi kuat. jiwa hati mereka kuat. laki marah, tunduk...diam..sabar..kena tinggal suami, sabar..anak nangis malam..sabar..suami bangun nak gi kerja,isteri lagi awai bangun..masak siap untuk suami. Ni la kekuatan orang perempuan yang mana laki harini pandang mudah. Hurmmm memang pun. Ramai jer yang ambik kesempatan dekat kaum hawa ni. Kadang-kadang kesian kadang-kadang marah pun ada. 

2. Lelaki suka cakap besar di kedai-kedai kopi terutamanya bab dalam selimut - Kononnya dia lah yang hebat, main berjam-jam. Hakikatnya hurmmm. Lelaki asia paling lama menjimak isterinya hanya 30 minit, itu pun tak ramai yang mampu. Lelaki yang macho badan berketul-ketul, misai boleh gulung cam tanduk kerbau, sekali main 3 minit jer. Hahahahaa

4. Wuduk dalam bogel - Ambil wuduk boleh telanjang bulat, kalau dalam bilik lah. Jangan pulak berwuduk di kolah masjid atau surau dengan telanjang bulat sampai nampak 'angry bird'. Itu dah haram. hahaaaa

5. Tak salah kalau kita membuka aurat - maksudnya selagi orang lain tak nampak itu tidak berdosa. Contohnya bogel sambil mesin rumput di keliling rumah. Hahahaa tapi kena pastikan awak tu duduk dalam hutan yang dah komfom tak ada orang lain tengok. Heeee

Macam-macam lagi yang aku sendiri pun dah tak berapa nak ingat, tapi kadang-kadang bila aku ingat, aku gelak golek-golek. Kalau ada masa boleh lah dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus ni. Tak rugi. Boleh jadi terapi jiwa. Tengok saja di youtube, senang kan.

  

Isnin, 15 April 2013

DUIT BARU & PRU13


Aku membacanya di fb. Hurmm banyak lagi yang rakyat jelata tak tahu dan kerajaan yang konon-kononya telus itu maasih ligat berusaha untuk menipu. Walhal nyawa sudah dihujung tanduk pun, masih lagi cari akal. Wahhh

"Wang baru ini telah digunakan pada Julai 2012 sebelum Hari Raya tahun lepas. Dan tahu kenapa wang baru ini dilancarkan hampir menjelang Hari raya..?Sebabnya pada masa itu penerimaan orang ramai untuk menggunakannya yang dianggap sebagai duit raya.. Bila raya mestilah semuanya nak baru baju baru, seluar baru, dan duit raya pun nak jugak baru.

TETAPI,
 
Disebalik percetakan wang baru ini yang sebenarnya Kerajaan sudah tiada duit untuk menghadapi PRU-13. Antara sebabnya kerajaan telah banyak memberikan gula2 pada orang ramai antaranya:-

1 – BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia ) dimana peruntukan keseluruhan kempen
ini berjumlah RM2.6 billion.
2 – Melaksanakan kempen BB1M (Baucer Buku 1 Malaysia) dimana peruntukan untuk pelajar IPTA/IPTS sebanyak RM260 juta.
3 – Dan banyak lagi gula2 yang diberikan yang bertujuan sebagai kempen
sebelum PRU-13
 
Ini yang jelas nampak dimana duit itu pergi, yang tidak nampak itu dikira lain pula. Akan tetapi mengapa hanya sejak akhir-akhir ini sahaja bantuan sedemikian diberikan,.? Bagi yang melihatnya dengan mata hati akan memahaminya kerana mereka ingin terus berkuasa dalam pilihanraya yang akan menjelang tidak lama lagi. Cuma disini pernahkah anda berfikir dengan cara apakah sebenarnya kerajaan mendapatkan wang untuk berbelanja apatah lagi dengan mudahnya memberikan gula-gula tersebut kepada orang ramai?
Antaranya, cetakkan wang yang bersandarkan pada hutang. 

Bagaimana tuh..?

Begini, dengan cetakkan wang baru itu, hutang baru pun akan wujud. Sudah jadi kebiasaan bila ada si pembuat hutang mesti ada si pembayar. Bila kerajaan yang membuat hutang..siapa pulak yang membayarnya..? Dah tentulah rakyat. 

Bagaimana rakyat membayarnya..?
 
Daripada cukai2 yang terkumpul, dengan kenaikan harga barangan, kenaikan harga bahan bakar, dan lain2. Bila dikira hutang yang dibuat oleh kerajaan sudah mencecah sebanyak RM605 billion dan jika dibahagikan dengan jumlah rakyat Malaysia yang berjumlah 29.1 juta orang purata bagi setiap seorang yang perlu menangung hutang kerajaan hampir berjumlah RM20,790.00/seorang. Jumlah ini akan bertambah daripada masa ke semasa dan hutang ini
tidak akan habis dibayar sehingga runtuhnya sistem wang kertas. Nantikan selepas PRU-13 tidak kira Kerajaan BN menang atau Kerajaan PR menang kenaikan harga bahan bakar, kenaikan harga barangan keperluan dan kenaikan kadar cukai tetap juga naik.
 
Disebab apa..?
 
Disebab sistem wang kertas itu membuatkan manusia terus diperhambakan dan kekayaan beredar pada golongan tertentu Yang kaya akan kekal kaya dan terus bertambah kekayaannya dan yang miskin akan kekal terperangkap dalam kemiskinan dan akan bertambah miskin. Bagi mereka yang melihat dengan hanya mata luaran apa yang mereka nampak hanya wang kertas berwajah baru, cantik dan cuba untuk mendapatkannya itu sahaja. Hanya mereka yang menggunakan kedua matanya akan dapat melihat kebenaran.
Kebenaran yang bagaimana..? Kebenaran yang kita semua adalah hamba kepada sistem ciptaan Dajjal. Dalam sistem ini kita seperti dilahirkan kedalam sebuah penjara yang kita tidak rasa, hidu ataupun sentuh. Sampai sudah masa kita semua bangun daripada tidur sedar tentang realiti yang berlaku."

- Hahahaa pangkah jangan tak pangkah - 

Sabtu, 13 April 2013

PENGAKUAN YANG HEBAT

"Mustapa Ali Letak Jawatan Berkuat Kuasa Serta Merta"

"Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali hari ini umum perletakan jawatan beliau berkuatkuasa serta merta. Tindakan ini dilakukan beliau ekoran penyebaran meluas video seks beliau dengan seorang pelacur dari timur tengah di salah sebuah hotel di ibu kota.

Tindakan ini dilakukan beliau ekoran penyebaran meluas video seks beliau dengan seorang pelacur dari timur tengah di salah sebuah hotel di ibu kota.
“Saya akui yang saya merupakan pelaku dalam klip video tersebut dan kejadian tersebut berlaku 2 tahun yang lepas dan saya ingin tegaskan, perlakuan saya tidak menggambarkan perjuangan PAS kerana ia adalah kesilapan peribadi saya”.
Menjawab soalan wartawan, adakah kejadian ini didalangi pihak tertentu yang mahu menjatuhkan beliau, Mustafa menegaskan yang beliau tidak suka membuat tuduhan dan jika terbukti ada dalang disebalik kejadian ini, beliau akan menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa."
 
Super hebat fenomena PRU13 kali ini. Lepas satu, satu video seks disebarkan alam siber. Yang pastinya perilaku nya tetap orang sendiri. ISLAM DAN MELAYU. Bangga betul dapat menjatuhkan sesama bangsa. SUPER HEBAT lah. MELAYU MEMANG PERANGAINYA MACAM INI. Daridapa zaman keris sampailah sekarang. Entah bila nak berubah, patutlah tak maju-maju.
 
Zina memang salah, tanyalah siapa sahaja hatta budak darjah 1 pun, jawapannya mesti sama, tapi aku lebih RESPEK pemimpin yang MENGAKU dan dengan gentleman cakap ini bukanlah perjuangan parti tetapi adalah kesilapan sendiri. Respek lah bro. Daripada sesetengah orang tu, yang memang terang-terang BERLAZAT-LAZAT tapi tak reti-reti nak mengaku. Bukan sahaja PARTI yang tanggung, tapi semua orang ditimpa bala.  

Rabu, 10 April 2013

UNDI ITU HAK KITA

Melalui fb aku dapat info ini. Yelah sejak aku mula mengundi aku pun terfikir. Katanya undi adalah rahsia. Tapi kenapa nombor siri kertas undi aku di tulis di tepi no kad pengenalan aku. Nak kantoikan aku ke? Rupanya benda nih SALAH. Sebenarnya pekerja SPR atau sesiapa sahaja tak boleh menulis apa-apa di kertas atau pun kertas undi kita. Kalau korang nak lebih jelas boleh ke fb aku. Hak kita untuk BANTAH kalau dorang buat juga.

Untuk makluman korang, kertas undi kita tu akan di simpan selama 6 bulan. Dan kalau ada mana-mana wakil parti kiranya nak tahu si polan tu undi siapa, dalam tempoh 6 bulan dari tarikh membuang undi, dorang boleh semak semula. INI TIDAK BETUL.

Korang jangan takut, dalam bilik membuang undi tu, ada saksi yang akan mendengar bantahan kita. Mereka terdiri daripada orang-orang dari parti yang bertanding. Dorang mesti tolong punyalah.

Jangan takut ya. Kalau korang boleh bukak, sila cuba buka link yang aku sertakan tu. Jangan MENIDAKAN HAK ANDA. Aku bukan bercakap merlandaskan kepada parti yang aku sokong, tetapi atas HAK AKU SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA. Aku adalah ORANG AWAM.

TQ to NGO nih, korang memang NGO yang sebenarnya.


https://www.facebook.com/pages/Kumpulan-Aktivis-Mahasiswa-Independen-KAMI/236898443035167







Selasa, 9 April 2013

DEMAM KEMPEN 2013

Tiap-tiap hari, media cetak dan media elektronik sebok membantu orang-orang BIRU berkempen untuk merebut hati rakyat di seluruh negara. Memburuk-burukan satu sama lain dengan berniat untuk menjatuhkan pihak yang satu lagi. 

Aku yang bukanlah nerminat sangat bila masuk hal-hal berpolitik ni. Tapi kalau TV siarannya asik cakap benda yang bukan-bukan hampir tiap-tiap hari, lama-lama aku pun naik muak dan rimas. Aishhh cepat lah semua benda ni berlalu. Tapi yang peliknya kumpulan satu lagi tu tidak pulak dipeduli oleh media cetak dan media elektronik. Pelik, nampak macam berat sebelah saja. Tak gentleman lah BRO. Hahahaaaa

Macamanapun, aku lebih meminati golongan ulama. Yalah aku juga harus membuat satu anjakan paradigma ke arah yang lebih positif. Aku lebih cintakan kata-kata ulama daripada yang cakap ikut lemak sahaja. Hurmmm

 

Isnin, 8 April 2013

PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH swt


Aku tengok berita TV3 hari ini. Masih lagi 'ulama-ulama kita' menyangkal penggunaan kalimah ALLAH oleh penganut agama lain.

Ambil masa untuk tengok link ini. 'Kalau dalam hati kita nih ISLAM nya semantap, kita tak akan hairan kenapa penganut agama lain ini sebok sangat nak guna kalimah ALLAH. Kerana, secara tak langsung mereka mereka mengiktiraf ISLAM kita.' ALHAMDULILLAH terima kasih Brother Shakirin.




http://www.exootlab.com/app/4298/?aid=4298&cstate=183171164113&page_id=129930450497730

Selasa, 15 Januari 2013

AKU TUKANG BUAT T-SHIRT BAJET

Aku dah memulakan bisness baru. Kepada sesiapa yang nak buat t-shirt murah-murah. Marilah tempah kat aku. Terbaru dan buat pertama kali adik aku si ANUN tempah 250 helai t-shirt. Hehehee aku charge tak mahal pun rm11.50 sehelai. Kalau banyak boleh lah nego lagi. Kalau korang nak t-shirt untuk apa juga function marilah tempah kat aku ya. Nak kawin tu nak bagi penanggah ke. Atau apa-apa saja majlis pun boleh. Heheehee ini contoh ya

.









Isnin, 14 Januari 2013

KRISIS AIR LAGI

Rata-rata semua kawan-kawan kene kerahan tenaga. "sukarelawan" ataupun "sukar mau melawan" hahahaaa. Tak pelah, sekurang-kurangnya dapat pahala sebab tolong orang. Tapi niatlah 'mahu ikhlas'. Huh kalau dah kene maki tu ikhlas pun dah hilang rasanya. Huh apa-apa sajalah ya, kiranya masih termampu oleh kederat. Aku dan kawan-kawan yang dari kumpulan kecil ini akan berkhidmat pada 17 Jan 2013 sebelah pagi. Mintak-mintak tak ada apa yang tak elok berlaku lah. Sebab kami ni orangnya memang kuat semangat tapi lebih kuat melawan semula. Kalau kena maki, maka makian lah jawapan nyer. Kalau kekerasan fizikal, komform keluar segala silat-silat yang ada. Waaaaa poyo nyer.


KERJA
Aku semakin huru-hara di sini. Pejabat kecil tapi kena beroperasi macam pejabat besar, macamlah orangnya ramai. Semua kena letak atas kepala. Penat dan rasa tak berbaloi pun ada. Tapi buat apa sahaja kerja kenalah ikhlas kan. Owh ya resume tak sempat update lagi. Sekarang tengah giat mencari bisness sambilan. hehehee