Jumaat, 21 Disember 2012

JUMAAT YANG TIADA KIAMAT

Huh ada sesetengah kaum tu mengatakan 21/12/2012 akan berlaku kiamat. Dikhabarkan dari negara yang jauh itu, sedang menyimpan makanan, minuman dan keperluan asas yang lain. Tiada apa-apa berlaku pun hari ini. Mungkin mereka tengah menanti dengan debaran yang hebat tu.Alahaii. Simpanlah banyak mana makanan pun, bila kiamat yang sebenarnya terjadi nanti, sempat ke nak makan minum bagai. huhhh. Sungguh tak faham.

Heeeee dari semalam aku sudah mula mengintai pekerjaan di internet. Umur macam aku ni peluangnya amatlah tipis. Tapi rezeki allah swt tiada siapa dapat menyangkal. Ada satu tawaran tu, macam seronok saja. "Driver Peribadi Wanita diperlukan" heheheeee. 

mode: tengah mengemaskan barang-barang peribadi untuk dibawak balik ke rumah.
  

Khamis, 20 Disember 2012

PATAH HATI

Sakitnya hati aku ni dengan kejadian demi kajadian sejak semalam sampai hari ini. Mungkin berlarutan sampai esok, sebab si remous hitam pekat tu akan masuk esok. Ya allah demi tuhan, aku tidak halalkan kederat aku ini untuk mereka yang tidak berhati perut.

Rabu, 19 Disember 2012

JADI BOSS HATI KENA BAIK BAI!


Sila lah baca ya. Appraisal paling hot akhir tahun. Appraisal aku ni yang sign orang lain dan yang bagi markah org lain. Terasa macam aku nih hampehh sangat.











Selasa, 18 Disember 2012

TIADA TERIMA KASIH

Kadang-kadang kesibukan tahap babun nih menjadikan kita manusaia yang tiba-tibe hilang punca. "nak buat yang mana satu dulu nih" ditambah pulak dengan sikap sesetengah boss yang SIOT aishh susah nak dinyatakan disini. Nanti ada yang tersentap.

Aku telah ditugaskan semula di Shah Alam, setelah 6 bulan bertungkus lumus di Nadi of Malaysia itu. Selama 6 bulan yang menyiksakan hidup aku. dan bolehlah aku labelkan sebagai '6 jahanam' hahahaa. Lepas solat subuh dah keluar rumah parking di Stesyen LRT Taman Bahagia, tidur dalam LRT, sampai di KLCC jalan macam banduan dicelah-celah manusia yang berjalan laju. Adoiii tak nak ingat. Akhirnya beberapa minggu sebelum dikembalikan disini, aku terpaksa dikejarkan ke wad kecemasan. Stress melampau sampaikan sendi-sendi aku tak dapat berfungsi dengan normal. Itulah bahayanya STRESS.

Anugerah yang aku dapat selama tempoh 6 bulan tersebut, macam tak ada apa-apa. Tapi aku puas hati kerana KPI PERIBADI aku tercapai dan dorang semua sudah boleh duduk di pejabat baru. Kalau aku tidak buat apa-apa, dorang pasti TIADA DI SITU. Ingat tu ya BOSS....

Sesetengah kawan pejabat di sini menganggap aku adalah percubaan yang gagal dan sebab itu aku dikembalikan di sini. Namun suara-suara jalang itu hanya mampu berbunyi di belakang pandangan ku sahaja. Kalau dekat-dekat tidak bersuara nampaknya. Haaaaa. Ada aku peduli??? sedikit pun TIDAK. Kerja disini sungguh 'multitasking'. Tercungap-cungap juga aku memenuhi kehendak. Tetapi alhamdulillah aku masih berada di tahap OK.