Isnin, 30 Julai 2012

HARI YANG TAK BEST

Hahahaa punyalah dah lama tak menulis. Sampai Blog bertukar setting pun tak tahu.  Hambik aku, terkial-kial.

Bahagian belakang leher membawak ke belikat sebelah kanan sakit melampau. Semalam tampal koyok. Bangun pagi koyok melekat kat baju Sakit tu tetap tak berubah pun. Tetap ada dan bertambah sakit pulak tu. Huhhh

Hari ini nak balik cepat, nak baring kat lantai dan suruh kawan aku tu pijak-pijak. Baru puas ati aku nih. Nak tunduk sakit, nak pandang kanan sakit, mendongak sakit. Aishhhh SAH esok aku mc. hahahaa

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA 2012

Salam ramadhan al mubarak buat semua pembaca blog ini. Dah lama tidak menulis terasa kekok sangat. Heeee. Bukan tidak mahu menulis cuma kekangan kerja di pejabat tidak mengalakan. 

Sejak berkerja jauh ini letih sendi-sendi banyak menganggu. Maklumlah umur pun kian berlalu pergi. Hari bekerja, aku adalah penunggu setia LRT. Kalau kene datang kerja Sabtu dan Ahad baru berkereta. Maklum sajalah, Kuala Lumpur jalannya bukan aku sorang yang pakai. Tidak sanggup aku meredah lautan kereta di jalan raya. Baik aku naik LRT dan tidur-tidur ayam saja kan. Heee

Selamat berpuasa ya kawan-kawan. Semoga ramadhan ini memberikan kita 1001 makna buat kita di dalam meneruskan hidup ini.