Khamis, 26 Januari 2012

KALAULAH BETUL CERITA NIH..... AKU SUMPAH CINA NI


Mak aku selalu guna tepung cap kunci tu untuk buat bahulu. Aku suka minyak masak tu. Kalau betul benda nih memang haram dan merbahayakan kesihatan. AKU SUMPAH KAUM KERABAT CINA NI DENGAN DIA SEKALAI DAPAT SAKIT PALING KRONIK macam Ariel Sharon jahanam tu.Siut lah lu apek.

Rabu, 25 Januari 2012

OH AKU DEMAM RUPANYA

Dari tadi aku rasa cam nak cabut jer tekak aku nih dan garu-garu. Sakit tekak dan batuk-batuk. Ni dah petang begini mula lah lenguh-lenguh segala. Tadi doktor di Klinik Anggerik tu offer mc aku tak nak. Huh dah separuh hari pun kan. Ni dah menyesal. Rasa nak balik umah dan golek-golek jer. Heheee

Hmm bahana memancing 2 hari berturut-turun dalam panas. Huh taklah sampai menyesal cuma aishhh tak seronok sungguh begini. Jalan pun macam ada ombak-ombak jer. Jangan tumbang sudahlah yer. Nanti jadi lain pulak. Hehee

Jumaat, 20 Januari 2012

OMBAK RINDU BOS AKU


Hahaaaa pagi-pagi lagi aku dah gelak sorang-sorang. Lepas tu aku gelak berkumpulan. Beberapa ketika kemudia kami semua gelak-gelak. Bagus sebenarnya bekerja di sini. Selain tekanan-tekanan daripada pelbagai boses yang tidak sependapat. Tekanan kawan-kawan yang sebok mengampu juga mewarnai kehidupan kami disini. Ada juga ada hiburan lain. Jom kita gelak. Ceriakan hari anda. Pesanan ini dibawakan khas untuk anda daripada Coprprat Services GWGF. Hahahaaa

Khamis, 19 Januari 2012

CILI OH CILI

Tengah gilakan pokok-pokok cili. Memang niat nak tanam dirumah saja. Tapi di rumah aku tu langsung tak ada tanah. Kalau nak tanam pun kene letak dalam polibag. Hmm tapi aku tak suka dengan jiran-jiran aku tu. Kaki rembat. Sedangkan pokok cekur dalam pasu pun boleh kene kebas. Dengan pasu sekali kena rembat pulak tu. Inikan pulak pokok cili yang banyak gunanya. Memang aku kena rantai lah kot. Kalau berduit sikit letak alarm. Hehee.

Tapi memang minat dan cita-cita aku dari dulu. Nak jadi petani moden yang berjaya. Tapi tulah.........aishh. Aku memang ada plan. Tapi belum boleh cakap kat sini kit. Hehehe. Sebab aku nih ada 'kesusahan' sikit.(Keinginan dan semangat ada kemampuan TAK ADA)

Gambar di sebelah ni merupakan  benih cili yang baru bercambah lebih kurang 1 minggu. Selepas bercambah barulah benih cili tersebut dipindahkan ke polibeg yang lebih besar. Biasanya semaian cili dibuat di kawasan yang redup. Anak benih perlulah disiram setiap hari.

So langkah pertama buat masa nih aku kene semai jerlah dulu benih-benih cili nih. Agak-agak dah besar sikit baru hantar balik kampung. Oh ya sebelum tu kena siapkan dulu polibag-polibag dan susun ditempat lapang. Lepas tu bolehlah mintak tolong abah dan mak tengokkan. Laaa tak sengaja dah menyusahkan mak abah pulak aku nih. Aishh. Tapi tak apa, ini untuk dorang juga kan. Kalau banyak boleh jual. Kalau dia nak guna sendiri pun ok jer kan. Heheheee

* sumber gambar dan info : http://teknologipertanian.com








Rabu, 18 Januari 2012

CAKOI

Bahan-bahan :

400 g tepung ~ diayak
1 cawan air
1 sudu besar majerin ~ dicairkan
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
1 kuning telur
2 sudu kecil yis segera
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
minyak untuk menggoreng

Kaedah :

1. Satukan air, majerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis dan soda bikarbonat dalam mangkuk besar. Kacau agar sebati.

2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan di atas.
 
3. Ulikan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari. Biarkan selama setengah jam. Bekas berisi doh hendaklah dibalut di dalam beg plastik yang bersih.
 
4. Canaikan doh setebal 1/2 sm, kalau boleh dalam bentuk segiempat tepat.
 
5. Potong kepada kepingan bersaiz 1 inci.
 
6. Rendamkan lidi di dalam air. Tekankan lidi basah tersebut di atas setiap kepingan 1 inci tersebut.
 
7. Cantumkan dua kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain .
 
8. Panaskan minyak. Tarik kedua-dua hujung cakoi dan goreng hingga keperangan.

Ini resepi yang aku cedok daripada internet. Entah bila boleh mencuba hingga jadi aku pun tak pastilah. Mula-mula dulu,aku buat tak menjadi. Hehehe cakoi ku jadi kuih gunting. Mengecut dan keras. Kali kedua, pulak aku buat simple saja, tepung, mauripan, sedikit garam dan gula. Memanglah macam jadi tapi tidak sesedap mana pun. Bentuk pun tak cantik. Aku buat bulat-bulat dan panjang. Hahahaa. Tapi sebab sambal tumis aku tu kelas tahap dewa, 'cakoi' dan sambal yang aku buat tu licin. Hahahaaa. Jom kita cuba lagi nak!

Isnin, 16 Januari 2012

Mengapa Hawa Tercipta Saat Adam Tertidur


Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya. Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa.

Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebusnya dengan kehidupannya.
Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu. Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang puteri yang manja, dan seorang isteri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikhabarkan oleh Nabi Muhammad SAW,

“Jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.”
 
Maksudnya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.
 
 

Khamis, 12 Januari 2012

CUTI HALF DAY

Hari ini aku mengambil kesempatan cuti separuh hari. Yelah cuti tahun 2011 aku ada berbaki lagi 15.53 hari. Aishh syarikat dah bagi cuti tapi aku tidak menggunkannya pulak. Nampak sangat aku ini tak bagus dalam merancang cuti ni ya. Dalam borang carry forward tempohari aku meletakkan alasan untuk digunakan di waktu-waktu kecemasan. Heheeee

Cuti singkat tadi aku gunakan sebaik mungkin untuk perkara-perkara berikut;-

Awal pagi aku ke Pejabat SPR di Kompleks PKNS Shah Alam. Lengang tak ada orang weh. Aku mesti menukar tempat mengundi dengan kadar segera. Sebab aku malas nak mengundi di Bukit Beruntung. Dah faham dah aku akan duty di FELDA Gedangsa masa pilihanraya tu nanti. Jadi aku dah tukar alamat di IC dan langkah kedua aku ke Pejabat SPR. Tapi hampeh jer. Kalau pertukaran berlaku dalam bulan Januari & Februari tempoh aktifnya lepas bulan MEI 2012. Cehhh tak ada maknanya lah aku ke SPR tadi tu ya. Kempunan betul nak mengundi di Kampung. Haruslah aku berdoa nih, mintak-mintak pilihanraya nanti lepas bulan Mei 2012. Hahahaa

Aku ke Affin Bank pula. Tapi sebelum tu nak bagi tau. Toilet di Komplek PKNS kat tingkat 1 dan G sedang di baik pulih. Aku ke tingkat 2, hampeh tak jumpa toilet pulak. Nak tak nak aku kene tahan le. Aku ke Affin bank untuk check balik baki hutang rumah di Bukit Beruntung. Ituari aku keluarkan duit dari KWSP sebanyak RM10k untuk cover monthly payment. Punyalah lama sampai aku terlupa bila mula bayar semula. Sebab tulah aku ke bank tu. Tapi masih tak dapat jawapan. Jadi aku kena tunggu sampai dapat jawapan. Pegawai bank yang aku jumpa tadi tu comel, cakap pun baik jer. Macam adik aku si Nurul tu. Kalau Nurul tu sudah bekerja nanti mesti dia macam budak tadi tu kan. Hehehe so sweet.

Rabu, 11 Januari 2012

DALAM MESYUARAT TADI

Pagi tadi Bahagian Perkhidmatan Korporat bermesyuarat. Dari jam 10 pagi hingga lah mencecah jam 1 petang. Perghhh bapak lama kan. Dalam mesyuarat itu secara tak sengaja tersebutlah kisahnya tarikh 901 tu. Itu pun setelah BOSS bertanya hari ni berapa hari bulan ya. 'Owhh 901 tu jatuh hari Isnin ya'. Jadi bermulalah kisahnya cerita tersebut. Ha itu buktinya ianya disebut secara tak sengaja tau. Bukan sengaja dalam mesyuarat kami ianya dibincangkan. Heheheee

Boss becerita supaya kami ni faham dan tidak pula menggalakkan kami taksub dengan sesuatu kaum tu. Di dalam kes ini, sepatutnya ianya dibincangkan di dalam mahkamah Syariah ataupun sivil. Yang diliwat tu tiba-tiba angkat sumpah dengan alquran didalam masjid dengan menyatakan dia telah diliwat oleh sipolan. Kalau mengikut mahkamah syariah atau sivil tiada istilah angkat sumpah alquran bagai nih. Patutlah Anuar tak buat cm tuh, diakan orang yang pandai dan tahu hukum. 
Sewajarnya yang diliwat itu ke mahkamah dengan menyatakan dia telah diliwat tanpa perlu angkat sumpah. Kemudian dia dimestikan mengemukakan 4 saksi liwat tersebut terjadi. Tapi dia tiada saksi. DNA pun hancus. Saksi yang adapun amat diragui. Akhirnya kes ini boleh dikategorikan sebagai FITNAH jer lah pulak. Hmmm Itulah pasal Anuar bebas dari tuduhan.

Hanya ALLAH swt yang mengetahui... 

Aku titipkan gambar dua keluarga orang AGUNG Negara. Lu fikirlah sendiri ya

Selasa, 10 Januari 2012

KERJA BERTAMBAH

Aku dimaklumkan kerja kami disini akan bertambah. Lebih-lebih lagi melibatkan program di tempat TAUKEH. Hmmmmm. Program-program akan banyak dibuat disini hinggalah pilihanraya nanti. Bersabar lah ya. Selagi boleh bersabar. Aku memegang jawatan kordinator program merangkap PA dia sepanjang program berlangsung. Jadi Pengurus Program tu tak payah nak buat-buat muka pada aku lah ya. Aku pun tak hingin jawatan ini. Kalau nak ambil lah, akan kuberikan dengan senang hati. Haaaa

Hari ini, mata ku tersorot dengan gambar ini. Agak-agak korang berfikir sama tak macam yang aku fikirkan. Mulianya sangatkah tetamu ALLAH s.w.t yang sepasang ini.

BENGANG

Semalam dan hari ini merupakan hari paling BEST untuk memaki orang. FUCK YOU SIAL!!!

Ada orang cakap 'orang dah berumur memang macam tu'. arghhh sudahlah aku pun berumur juga tapi tak lah macam dia tu. Itu namanya BODOH melampau. Tak guna belajar sampai over the sea tapi perangai macam tu. Baik lagi budak yang sekolah pondok macam aku nih. Belajar tak tinggi tapi tak BODOH macam ko.

Memang semalam dan hari ini, dia menduduki carta SIAL kelas tertinggi. Mati jerlah senang, hidup pun kalau asyik mengampu boleh senang ker?? SIAL LAH KO NI

Selasa, 3 Januari 2012

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012

Walaupun sudah 3 hari berada di dalam tahun 2012, rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat tahun baru kepada semua teman-teman. Mudah-mudahan tahun ini adalah tahun yang bermakna buat kita semua. Tahun yang melakar kejayaan buat kita bersama. Heeee berjaya menyabarkan diri daripada boses yang pada aku aishh hanya DIA yang mengerti.

Tidak dibenarkan untuk keluar kemana-mana. Aku di office dengan muka yang tidak puas hati & SAKIT HATI!