Jumaat, 21 Disember 2012

JUMAAT YANG TIADA KIAMAT

Huh ada sesetengah kaum tu mengatakan 21/12/2012 akan berlaku kiamat. Dikhabarkan dari negara yang jauh itu, sedang menyimpan makanan, minuman dan keperluan asas yang lain. Tiada apa-apa berlaku pun hari ini. Mungkin mereka tengah menanti dengan debaran yang hebat tu.Alahaii. Simpanlah banyak mana makanan pun, bila kiamat yang sebenarnya terjadi nanti, sempat ke nak makan minum bagai. huhhh. Sungguh tak faham.

Heeeee dari semalam aku sudah mula mengintai pekerjaan di internet. Umur macam aku ni peluangnya amatlah tipis. Tapi rezeki allah swt tiada siapa dapat menyangkal. Ada satu tawaran tu, macam seronok saja. "Driver Peribadi Wanita diperlukan" heheheeee. 

mode: tengah mengemaskan barang-barang peribadi untuk dibawak balik ke rumah.
  

Tiada ulasan: