Khamis, 6 September 2012

WANG RM 100 & RM1.00

Untuk sahabat-sahabat yang hampir sahaja berputus asa. "kita hanya seorang yang kerdil disini untuk melawan mereka yang cukup angkuh itu. Tetapi dalam kekerdilan kita KITA AMAT BERHARGA SEBENARNYA. Sabar ya'


Yang satu diperbuat dari kertas manakala yang satu lagi daripada polymer....sama-sama dicetak & diedarkan oleh BNM. Ketika bersamaan mereka keluar dan berpisah dari Bank dan beredar di masyarakat.
 
4 bulan kemudian mereka bertemu lagi secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda.

Kemudian diantara kedua duit tersebut terjadilah percakapan.

Yg RM100 bertanya kpd RM1.00,

"Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan bau busuk?"

RM1.00 menjawab, "Kerana Selepas aku keluar dari Bank aku terus ditangan orang2 bawahan dari Pembawa beca, Penjual sayur, penjual ikan dan ditangan pengemis"

Lalu RM1.00 Bertanya balik kpd RM100,

"Knp kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?"

Dijawabnya, "Kerana selepas aku keluar dari Bank, aku terus disambut perempuan cantik, & aku singgah ke restoran mahal, di mall & jg hotel2 berbintang serta keberadaanku selalu di jaga dan jarang keluar dari dompet"

Lalu RM1.00 bertanya lagi,

"Pernahkah engkau singgah di tempat ibadah?"

Dijawablah, "tidak pernah"

RM 1.00 pun berkata lagi,

"Ketahuilah walaupun aku hanya RM1.00, tetapi aku selalu singgah di rumah ALLAH dan ditangan anak2 yatim, bahkan aku selalu bersyukur kpd ALLAH.

Aku tidak dipandang bukan sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat"

Akhirnya menangislah RM 100 Kerana sombong dgn kehebatan, dan nilai yang tinggi tetapi tdk begitu bermanfaat selama ini.

Jadi janganlah kita pandang sebesar mana diri kita, tetapi lihatlah seberapa bermanfaat penghasilannya dipakai utk memuliakan ALLAH.

Kerana kekayaan bukanlah utk kesombongan!!

Renung-renungkanlah.. Fikir-fikirkanlah.

Tiada ulasan: