Selasa, 14 Ogos 2012

KAD RAYA JJ 2012

Kad raya tersempoi yang aku download dari iternet ini ditujukan kahs untuk kawan-kawan yang membaca blog JJ ini. 

Tahun ini umah mak beraya tampa Kak Ida sekeluarga. Sedih juga, tapi tak apalah. Dia berhajat untuk beraya di Rawang tahun ini. Senang nak menziarah kubur arwah Abang Imb di sana. Akan ku adakan jugak rombongan dari Gedangsa ke Rawang nanti. Kalau tiap-tiap tahun boleh beraya di Sungai Besar, kalau aku lajak kan sedikit ke Rawang, apalah salahnya kan. Hahahaaa.

Seperti yang aku cadangkan tahun lalu. Tahun ini baju kedua aku jubah. Masa aku mencuba, si Umairah secara tak sengaja meluahkan keinginan. 'Kita pun nak sangat pakai jubah macam Cik Ta, kalau dapat nak warna maroon'. Aishhh harus aku mencari juga untuk dia. Tapi aku tak suka warna maroon. Kalau ada saiz budak ketot tu, akan ku belikan juga nanti. 

Tahun ini beraya sesempoi yang boleh. Tak ada rancangan-rancangan yang pelik. Cuti Raya bermula 17 - 27 Ogos. Hahahaaa Rehat-rehat saja dirumah.

Tiada ulasan: