Jumaat, 3 Ogos 2012

AKU MC - CUTI REHAT

Dari hari selasa membawak ke hari jumaat, aku mc dan berehat-rehat saja dirumah. Boring tahap babun tua. Hari Khamis tu aku langsung yak boleh bangun sebab otot belakang ni ha kejang. Terpaksa dipapah ke KPJ Section 20. Kenelah inject dibontot. Hahaha terponteng lah puasa aku disitu. 

Dah tua macam tulah ya. 

Tapi dah petang tu ala-ala robot aku beratur untuk tukar duit raya. Ha dapatlh sikit. Memang sikit pun bajet tahun ini. Tapi alhamdulillah. Duit baru ni agak cantik, warna pun cantik-cantik. Mana-mana kekawan yang nak tukar duit raya. Silalah ke maybank Subang Perdana. Dorang mula mengagih-agihkan duit baru tu 2 August lalu. Insyallah korang sempat dapat.

Bonus yang sikit dan hampir setahun dinantikan itu disinilah perginya. Bukan untuk aku seorang. Tapi untuk yang lain-lain dalam keluarga aku juga. Aishhh bila lah gaji aku nak naik mencanak-canak nih. Kalau setiap tahun hanya 2 - 4 % jer nainya. Kira punya kira, minyak moto sebulan pun GAGAL derrr. Kerja pun dah berbelas tahun. Boss aku jer bergaji lebat. Staff kemarau pun wat tak endah jer. aishhhh.

Tiada ulasan: