Rabu, 8 Ogos 2012

19 HARI DALAM BULAN RAMADHAN

Pejam celik- pejam celik sudah masuk 19 hari kita berpuasa ya. Alhamdulillah masih diberinya kekuatan untuk menjalankan ibadah ini walaupun dh 5 hari terkantoi tak sengaja. Heeeee

Aku sudah memulakan duty seperti biasa. Pagi-pagi lepas sahur memandu kereta ke LRT station Taman Bahagia. Naik LRT terus tidur. Sedar-sedar ehh dah sampai KLCC. Lepas tu jalan malas-malas menyusuri tasik KLCC. Kadang-kadang singgah berehat dibangku kayu di depan Mandarin Oriental walaupun tak penat. Hahaha bukan apa, aku malas sampai awal di pejabat. Sebab ada orang yang tak boleh nampak muka aku. Ada saja nak order kerja. Macam hampehh.

oh ya renovation tingkat 15 & 16 Etiqa Twin Tower 1 sudah selesai dan semua kakitangan telah dipindahkan dengan jayanya. Bunyi macam senang saja duty aku ni kan. Tapi untuk memastikan kejayaan ini, banyak yang terpaksa aku korbankan. Masa dan duit. Walaupun boss aku cakap boleh claim, tapi aku rasa sungguh tak berbaloi. Setakat ini aku sudah bercuti sakit 7 hari. Tahap kesihatan pun sudah mula menurun. Dah tahap-tahap makcik aku ni rupanya. Aishh. Sekarang ini renovation tinggal tingkat 17 Pejabat Korporat sahaja yang masih belum bermula. Aku sedikit susah hati. Ada orang seperti lepas tangan dan hanya menanti pujian dari Encik BOSS. Siut jer. Lantak ko lah, ada aku kesah.

Tapi hari ini aku berpuas hati. Antara 4 orang committee renovation aku selalu dimarahi bagaikan aku ini bukan manusia. Tapi hari ini ada orang lain yang kena marah. Hahahaa rasakanlah ya. Orang kata doa dibulan mulia ini mustajab, salah tak kalau aku nih berdoa agar dia diberinya petunjuk supaya menghargai insan-insan kerdil yang bertungkus lumus bekerja untuk memastikan kemahuannya dipenuhi dengan sempurna. Doa untuk kedua orang tuaku memang selalu dihati. Kesihatannya, ketenangan hatinya, rezekinya dan segala yang baik-baik untuk orang tuaku dan orang-orang yang aku kasihi. Terutama si Nurul yang akan menghadapi peperiksaan SPM tahun ini.


Tiada ulasan: