Rabu, 11 Januari 2012

DALAM MESYUARAT TADI

Pagi tadi Bahagian Perkhidmatan Korporat bermesyuarat. Dari jam 10 pagi hingga lah mencecah jam 1 petang. Perghhh bapak lama kan. Dalam mesyuarat itu secara tak sengaja tersebutlah kisahnya tarikh 901 tu. Itu pun setelah BOSS bertanya hari ni berapa hari bulan ya. 'Owhh 901 tu jatuh hari Isnin ya'. Jadi bermulalah kisahnya cerita tersebut. Ha itu buktinya ianya disebut secara tak sengaja tau. Bukan sengaja dalam mesyuarat kami ianya dibincangkan. Heheheee

Boss becerita supaya kami ni faham dan tidak pula menggalakkan kami taksub dengan sesuatu kaum tu. Di dalam kes ini, sepatutnya ianya dibincangkan di dalam mahkamah Syariah ataupun sivil. Yang diliwat tu tiba-tiba angkat sumpah dengan alquran didalam masjid dengan menyatakan dia telah diliwat oleh sipolan. Kalau mengikut mahkamah syariah atau sivil tiada istilah angkat sumpah alquran bagai nih. Patutlah Anuar tak buat cm tuh, diakan orang yang pandai dan tahu hukum. 
Sewajarnya yang diliwat itu ke mahkamah dengan menyatakan dia telah diliwat tanpa perlu angkat sumpah. Kemudian dia dimestikan mengemukakan 4 saksi liwat tersebut terjadi. Tapi dia tiada saksi. DNA pun hancus. Saksi yang adapun amat diragui. Akhirnya kes ini boleh dikategorikan sebagai FITNAH jer lah pulak. Hmmm Itulah pasal Anuar bebas dari tuduhan.

Hanya ALLAH swt yang mengetahui... 

Aku titipkan gambar dua keluarga orang AGUNG Negara. Lu fikirlah sendiri ya

Tiada ulasan: