Khamis, 12 Januari 2012

CUTI HALF DAY

Hari ini aku mengambil kesempatan cuti separuh hari. Yelah cuti tahun 2011 aku ada berbaki lagi 15.53 hari. Aishh syarikat dah bagi cuti tapi aku tidak menggunkannya pulak. Nampak sangat aku ini tak bagus dalam merancang cuti ni ya. Dalam borang carry forward tempohari aku meletakkan alasan untuk digunakan di waktu-waktu kecemasan. Heheeee

Cuti singkat tadi aku gunakan sebaik mungkin untuk perkara-perkara berikut;-

Awal pagi aku ke Pejabat SPR di Kompleks PKNS Shah Alam. Lengang tak ada orang weh. Aku mesti menukar tempat mengundi dengan kadar segera. Sebab aku malas nak mengundi di Bukit Beruntung. Dah faham dah aku akan duty di FELDA Gedangsa masa pilihanraya tu nanti. Jadi aku dah tukar alamat di IC dan langkah kedua aku ke Pejabat SPR. Tapi hampeh jer. Kalau pertukaran berlaku dalam bulan Januari & Februari tempoh aktifnya lepas bulan MEI 2012. Cehhh tak ada maknanya lah aku ke SPR tadi tu ya. Kempunan betul nak mengundi di Kampung. Haruslah aku berdoa nih, mintak-mintak pilihanraya nanti lepas bulan Mei 2012. Hahahaa

Aku ke Affin Bank pula. Tapi sebelum tu nak bagi tau. Toilet di Komplek PKNS kat tingkat 1 dan G sedang di baik pulih. Aku ke tingkat 2, hampeh tak jumpa toilet pulak. Nak tak nak aku kene tahan le. Aku ke Affin bank untuk check balik baki hutang rumah di Bukit Beruntung. Ituari aku keluarkan duit dari KWSP sebanyak RM10k untuk cover monthly payment. Punyalah lama sampai aku terlupa bila mula bayar semula. Sebab tulah aku ke bank tu. Tapi masih tak dapat jawapan. Jadi aku kena tunggu sampai dapat jawapan. Pegawai bank yang aku jumpa tadi tu comel, cakap pun baik jer. Macam adik aku si Nurul tu. Kalau Nurul tu sudah bekerja nanti mesti dia macam budak tadi tu kan. Hehehe so sweet.

Tiada ulasan: