Khamis, 19 Januari 2012

CILI OH CILI

Tengah gilakan pokok-pokok cili. Memang niat nak tanam dirumah saja. Tapi di rumah aku tu langsung tak ada tanah. Kalau nak tanam pun kene letak dalam polibag. Hmm tapi aku tak suka dengan jiran-jiran aku tu. Kaki rembat. Sedangkan pokok cekur dalam pasu pun boleh kene kebas. Dengan pasu sekali kena rembat pulak tu. Inikan pulak pokok cili yang banyak gunanya. Memang aku kena rantai lah kot. Kalau berduit sikit letak alarm. Hehee.

Tapi memang minat dan cita-cita aku dari dulu. Nak jadi petani moden yang berjaya. Tapi tulah.........aishh. Aku memang ada plan. Tapi belum boleh cakap kat sini kit. Hehehe. Sebab aku nih ada 'kesusahan' sikit.(Keinginan dan semangat ada kemampuan TAK ADA)

Gambar di sebelah ni merupakan  benih cili yang baru bercambah lebih kurang 1 minggu. Selepas bercambah barulah benih cili tersebut dipindahkan ke polibeg yang lebih besar. Biasanya semaian cili dibuat di kawasan yang redup. Anak benih perlulah disiram setiap hari.

So langkah pertama buat masa nih aku kene semai jerlah dulu benih-benih cili nih. Agak-agak dah besar sikit baru hantar balik kampung. Oh ya sebelum tu kena siapkan dulu polibag-polibag dan susun ditempat lapang. Lepas tu bolehlah mintak tolong abah dan mak tengokkan. Laaa tak sengaja dah menyusahkan mak abah pulak aku nih. Aishh. Tapi tak apa, ini untuk dorang juga kan. Kalau banyak boleh jual. Kalau dia nak guna sendiri pun ok jer kan. Heheheee

* sumber gambar dan info : http://teknologipertanian.com








Tiada ulasan: