Rabu, 18 Januari 2012

CAKOI

Bahan-bahan :

400 g tepung ~ diayak
1 cawan air
1 sudu besar majerin ~ dicairkan
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
1 kuning telur
2 sudu kecil yis segera
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
minyak untuk menggoreng

Kaedah :

1. Satukan air, majerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis dan soda bikarbonat dalam mangkuk besar. Kacau agar sebati.

2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan di atas.
 
3. Ulikan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari. Biarkan selama setengah jam. Bekas berisi doh hendaklah dibalut di dalam beg plastik yang bersih.
 
4. Canaikan doh setebal 1/2 sm, kalau boleh dalam bentuk segiempat tepat.
 
5. Potong kepada kepingan bersaiz 1 inci.
 
6. Rendamkan lidi di dalam air. Tekankan lidi basah tersebut di atas setiap kepingan 1 inci tersebut.
 
7. Cantumkan dua kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain .
 
8. Panaskan minyak. Tarik kedua-dua hujung cakoi dan goreng hingga keperangan.

Ini resepi yang aku cedok daripada internet. Entah bila boleh mencuba hingga jadi aku pun tak pastilah. Mula-mula dulu,aku buat tak menjadi. Hehehe cakoi ku jadi kuih gunting. Mengecut dan keras. Kali kedua, pulak aku buat simple saja, tepung, mauripan, sedikit garam dan gula. Memanglah macam jadi tapi tidak sesedap mana pun. Bentuk pun tak cantik. Aku buat bulat-bulat dan panjang. Hahahaa. Tapi sebab sambal tumis aku tu kelas tahap dewa, 'cakoi' dan sambal yang aku buat tu licin. Hahahaaa. Jom kita cuba lagi nak!

Tiada ulasan: