Rabu, 31 Ogos 2011

SALAM MERDEKA RAYA

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1432H kepada semua sahabat-sahabat yang membaca entry aku ini. Tiada kata, tiada bahasa. Ini adalah antara hasil gambar-gambar yang aku ambil bersempena dengan Hari Lebaran ini. Silalah menjamu mata ya.












Isnin, 22 Ogos 2011

RAMADHAN YANG KE 22

Aku masih berpuasa hingga ke hari ini. Insyallah. Masuk hari ini dah 22 hari kita berpuasa ya. Hmm alhamdulillah.

Aku banyak kerja pulak disaat-saat akhir (24 - 28 Ogos 2011 - masih bekerja). Hmm adatlah. Aku selalu kena bekerja keras dikala nafas dah sampai hujung nyawa. Harap-harap bila sampai janji aku nanti, aku tak nak lah kalut ribut dihujung nyawa jugak. Hahaha

SELAMAT HARI RAYA 2011

Mengambil kesempatan entry yang ini, ingin sekali aku titipkan ucap selamat buat kalian. Bimbang aku tidak berkesempatan nanti. Buat semua kawan-kawan pesara kerajaan (sebab dapat duit raya RM500 sama rege dengan pencen jer) yang sudi melawat 'pages JJ' ini, aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mudah-mudahan Aidilfitri kali ini adalah Aidilfitri terindah buat kalian semua. Hargai setiap sesuatu dan apa sahaja yang masih berada disisi kita hari ini. Supaya suatu hari nanti kita tak terdera dengan kenangan.

Juga jangan dipersia-siakan ramadhan ini, dan minggu ini adalah minggu yang terakhir (terutama kehausan sebab shopping sakan). Tak pasti, kita ni akan dapat berjumpa dengan ramadhan ditahun-tahun akan datang. 

Ada 'sesuatu' yang amat merungsingkan hati. Dan aku berusaha untuk abaikan semua. Bukan nak riak, bukan nak angkuh..... 'Firasat aku selalunya tepat, percayalah'

Isnin, 15 Ogos 2011

RAMADHAN YANG KE 15

Hmmm alhamdulillah kalau sempat habis puasa hari nih dah 15 hari aku berpuasa tanpa kepayahan dan kesusahan pun. Hahaha yelah walaupun dah 2 kali tidak terbangun sahur. Sedar-sedar saja dah jam 6.50 pagi. Ehhhh sempat lagi minum kotttt. Hahaha bengong.

Konti-konti radio tempatan tengah gila pasang lagu-lagu raya. Yelah baru tamat 'edah' sah-sahlah menggilanya lain macam. Hahaha aku mendengarnya melalui telefon bimbit saja. Itupun dikala 'line clear'.

Hari ini BOSS AKU MENGHANJING... sebab dia dapat surat tunjuk sebab, tak pasal-pasal aku disalahkan. Dengan muka ala-apa 'bapok chow kit' dia melempar surat tunjuk sebab tersebut dalam 'in tray'. Aishhhh betul lah orang puasa nih cepat marah. Aku pulak rasa nak lempar penumbuk aku nih kat dia. Nama aku tidak ditulis untuk mewakilinya menghadiri apa-apa mesyuarat sepanjang dia bercuti, tiba-tiba aku nak dipersalahkan. Rasanya hari nih aku kurang pahala puasa.......tapi sebab geram aku nam mencarut jugak. 'LAN&AU betul!!!' ".....kan saya dah cakap dengan awak untuk ganti saya masuk mesyuarat ni." entah bila masa dia bercakap dengan aku, aku pun tak tahu. Dan bebudak lain yang ada disini pun remark benda yang sama. 'bila pulak dia suruh????' arghhh aku bengang.

Hari ni aku tidak berhati perut, tiada belas ehsan. Tapi bila dah dengar lagu raya nih, aku sedikit 'cool down'. Hehehehe  

Jumaat, 12 Ogos 2011

SELAMAT HARI LAHIR MAK...

Semalam adalah merupakan hari lahir Mak aku. Si Ika yang sms suruh aku call dan cakap selamat hari lahir Mak. Hmmm teruk betul aku ni rupanya ya. Itu pun aku boleh tak ambil pot. Masa bercakap dengan mak tadi. "alahai itu cuma tarikh yang tiada membawa apa-apa maksud pun" selamba saja mak bersuara. Aishh dalam maksudnya tu.

Ituari aku MC, tekanan darah aku ni dah mula tak menentu. Kejap turun kejap nanti naik balik. Aku rasa macam aku nih sihat sangat hari ni, tapi kadang-kadang aku boleh nampak bintang-bintang setiap kali pejam mata. Hmm tah apa-apa tah. Semalam lepas buka aku klinik yang terletak di Pekan Kampung Baru Subang, tekanan darah dah berkurangan. Itu sajalah klinik panel yang aku tahu selepas Darul Ehsan Medical Centre (DEMC). Yang lain-lain aku tak pernah ambil tahu pun.

Penyakit lama, susah nak lelap sudah kembali. Aku selalu terjaga tengah malam merenung siling dengan mata terkedip-kedip. Golek kiri-golek kanan, lepas tu tak tau nak tergolek sebelah mana lagi. Termenung, berfikir dan termanggu sendiri..

KERJA
Aku telah ditugaskan untuk mengumpul laporan-laporan sambutan HARI PENEROKA yang telah dianjurkan diseluruh negara. Aku perlu membaca dan banyak bahagian perlu diedit. Hahaha part yang paling aku menyampah sebenarnya. Aku sudah menerima laporan-laporan yang aku perlukan tu bermula hari Isnin yang lalu. Cuma beberapa orang yang masih tidak menyerahkannya termasuk 'boss aku'. Lepas tu boleh sound-sound aku lagi 'jangan le letak nama aku belum bagi laporan lagi'. Hahahahahaha..........aku nih boleh kompromi sangat ker. M A N G K U K melampau!!!!!!!!!!!!    


Selasa, 9 Ogos 2011

HATI YANG TIADA HARGA

"Ingin kupergi jauh darimu agar kukenal erti rindu ini
Ingin aku menyelami jiwamu agar kukenal dirimu kasih
Ingin aku membenci dirimu tapi kebencian tiada padaku
Walau apa yang kau sangkakan aku tetap cinta padamu"
Alleycats-seribu bintang

Berkali-kali mendengar lagu ini, barisan liriknya semakin didengar semakin itu ia terkesan dihati.  Hal-hal hati adalah sesuatu yang sangat subjektif. Terpulang pada individu untuk mentafsir sendiri. Setiap 'kita' dihadirkan dengan pelbagai perasaan yang tersemat dihati. Cuma ingin sekali aku mengingatkan. Kiranya hari ini kalian mampu menghadiahkan hatimu kepada orang lain, jangan sesekali mengharapkan hatinya sebagai balasan. Kerana sekiranya TIDAK, ia amat menyakitkan.

 







Isnin, 8 Ogos 2011

PUASA KE LAPAN 2011

Pejam celik pejam celik sudah masuk hari yang ke lapan umat islam di negara ini berpuasa. Lagu-lagu raya masih lagi jauh daripada konti-konti radio. Hahaha kalau sekarang berkumandang pun, rasanya belum cukup terkesan. Belum cukup membuat org ramai huru-hara, ehh langsir baru belum beli, baju belum beli, itu belum, ini belum dan bla-bla.... Hahaha

Aku macam tahun-tahun yang lalu, tetaplah sempoi. Elehhh yang nak sangat raya sakan tu ngapa. Perabih duit jer pun. Cuma tahun ini perasaan tu agak berbeza, ramai daripada saudara-saudara rapat yang dulunya dipagi raya ada tapi tahun ini tak ada. Tahun ini akan bercuti raya agak lama. Harus bermalas-malas saja ya. Masih lagi tidak kemana-mana. Paling jauh pun ke Parit 4, Sekinchan. Itulah rutin di Hari Raya Pertama.

Jumaat, 5 Ogos 2011

BLOG DALAM BLACKBERRY

Baru belajar menggunakan blackberry untuk kerja-kerja update blog. Harap-harap lepas ini akan sentiasa mempunyai masa untuk menulis. Mengambil kesempatan ini, aku mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua. Mudah-mudahan puasa tahun ini bisa menjadikan kita manusia yang 'champion' dalam bidang dan impian masing-masing. Aku 'champion'??? Champion kah???