Khamis, 28 Julai 2011

PUASA GANTI TERAKHIR

Hari ini aku berpuasa ganti yang terakhir. Harap-harap sempat sampai ke waktu berbuka. Pagi-pagi lagi si Lagenda dan meragam. Terpaksa menolaknya ke bengkel. Plug dah out. Aishh cobaan....

Hari ini 'tak ada mood'. Hari ni bengang. 

Selasa, 19 Julai 2011

MY BOSS

Hajat hati nak sambung berpuasa hari ini. Tapi niat murni itu DIBATALKAN sebab godaan demi godaan yang menanti telah dikenalpasti. Hahaha. Dahlah jalannya memakan masa berjam-jam. Oh ya aku akan ke FELDA Hutan Percha, Melaka hari ini. Bermesyuarat disana. Aishhh dah dekat nak puasa baru kalang-kelibut untuk berprogram. Hampehh. Banyak program akan di jalankan serentak sebelum ketibaan Al-Mubarak ini. Hmmm no komenlah. BOSS ALWAYS RIGHT.............. 

Jumaat, 15 Julai 2011

JULAI YANG BASAH

Sudah 2 hari berturut-turut hujan di kala aku merempit ke tempat kerja. Buah hati baru memang aku tak bawak balik rumah. Basuh bersih-bersih parking di pejabat sahaja. Aku tak sanggup tengok calar-calar halus yang ala-ala mural kuno mencacatkan dia. Cikgu depan rumah tu bela kucing lagi ramai daripada anak-anak dia sendiri. Kalau hasil buangan belaannya tu jangan cakaplah, merata-rata. Hingga mewujudkan aroma haruman yang menyakitkan hati. Kesukaan belaan cikgu tu lepak-lepak atas kereta kami, cakar-cakar dan tidak ketinggalan kencing sana sini. Aishh patutlah tayar kami tak tahan lama.

Hari ini motor legenda mak tu buat hal. 2 kali aku terberhenti di tempat-tempat yang agak berisiko besar untuk digilis. Aishh. Spark plug masuk air. Masa bawak nouvo dulu, aku tak perlu fikir spark plug basah kena air, sebab plug si nouvo tu berada di dalam. Hahaha. Dah terbiasa, memang macam tu.

Pagi ini dapat hadiah sepotong kek secret recipe daripada 'kembarku awal sehari'. Hahah dah tua sangat aku ni rupanya ya. Patutlah semua dah out. Tak lama lagi betul-betul out lah nih. Harus ada yang suka dan bertepuk tangan. Hmmm

Rumah Peneroka FELDA dulu-dulu vs rumah generasi FELDA sekarang. Kalau yang dulu boleh hidup, kenapa yang sekarang TAK BERAPA BOLEH NAK HIDUP!


  

Khamis, 14 Julai 2011

BUAH HATIKU

Buah hati baru telah tersergam depan mata dengan no pendaftaran WVM 7963. Kecil sahaja tapi tak kisahlah asal ada. Masa ambil dia pada hari jumaat lalu, ada kekesalan dalam hati. Harap-harap kekesalan ini tidak lama. Huhuhu rindu pada Encik WIRA sedikit demi sedikit terhapus. Huhuhu


Selasa, 12 Julai 2011

DOA HARI INI

Hari ini aku membaca memo dari boss aku yang dato tu. Hanya 4 muka surat penuh. Lepas baca rasa nak kirim penumbuk aku ini di angin lalu untuk disampaikan kepada dia. 'BUKAN SEMUA BOSS TU BIJAK' rupanya. Ada rasa nak berenti kerja jam ini jugak pun ada. Tapi klau difikirkan balik, buat apa aku nak menyusahkan diri aku sendiri. Aku nak tengok dia miskin mengalahkan kucing kurap satu hari nanti.

Tengok gambar-gambar seperti ini banyak-banyak, ingat ALLAH selalu, insyallah DIA peliharakan hati.





Isnin, 11 Julai 2011

PERCAYA vs TAK PERCAYA

Mempercayai seseorang bukanlah mudah sebenarnya. Lebih-lebih lagi kalau usia hubungan kamu tu baru nak mencecah setahun jagung. Hahaha masa inilah baru nak mengenalinya. Masa inilah juga perasaan dihantui dengan 1001 perasaan yang bukan-bukan. Curiga, sangsi, sayang, rindu silih berganti. Ditambah pula dengan 'pernah mengantoikan dia' beberapa kali. Ada juga yang sudah lama mengenali tapi masih juga belum mempercayai antara satu sama lain. Jangankan yang bercinta, yang dah menikah pun masih huru-hara bila dalam situasi begini.

Dalam satu perhubungan, tidak wajar sekiranya kamu masih tidak ada kepercayaan terhadap si dia. Walaupun mungkin kamu tidak akan mempercayai si dia seratus peratus, tapi tak salah kalau kamu meletakkan anggaran dibawah 70 peratus keyakinan kamu terhadapnya. Tapi mudahkah kamu melakarkan kepercayaan terhadap si dia?

Hahaha cakap senanglah. Cuba buat, nak tengok. Ini mungkin boleh membantu. Ini adalah antara faktor-faktor yang boleh menimbulkan kepercayaan tersebut. Jom kongsi bersama. 1 - Konsisten.
2 - Boleh dikawal
3 - Komitmen
4 - Kejujuran
5 - Terima seada-adanya
6 - Perlu dimengertikan
7 - Simpati
8 - Diyakini
9 - Perbezaan pendapat
10 - Elakkan dendam
11 - Berfikiran terbuka
12 - Tulus dan jujur
13 - Tak selalu didampingi
14 - Jauh di mata dekat di hati
15 - Persamaan
16 - Tak saling menyalahkan
17 - Hormat-menghormati
18 - Penghargaan
19 - Bukan materialistik
20 - Perancangan bersama

Kalau korang lepas yang 20 diatas tu, insyallah semuanya selamat. Checklah sendiri ya! hahaha

Gambar-gambar yang aku rakamkan masa aku bercuti di Kuching, Sarawak. Holala




Jumaat, 8 Julai 2011

MOTIVASI PAGI

Aku masuk pejabat jam 8.45 pagi. Awal-awal lagi dia dah ada dalam bilik dengan muka ala-ala tapai basi. Bukak saja pintu dah nampak ke'suwey' an untuk seharian ini. Hilang mood pagi aku yang terindah ini. Aishhhh

Syukur kepada ALLAH aku bukan dari golongan yang kaya dan lupa diri. Aku hanya dari golongan yang tak berapa kaya tapi senang hati. Hehehe. Pagi-pagi sarapan cik PA adalah marahan dan bebelan mengantikan nasi lemak dan kopi o. Boleh bertahan sampai bila lah agaknya si PA tu ya.Hmmmm yang mendengar di pojokan ini pun sudah tak larat. Hanya doa dapat dititipkan, mudah-mudahan semua orang dapat bertahan. Kita sebagai manusia ni selalu sangat mengimpikan yang sempurna, tapi diri sendiri?? sempurna kah?

Semalam sudah menyiapkan 2 laporan program. Laporan setebal 268 mukasurat sudah siap dan harap-harap tiada yang nak edit lagi. Laporan yang lagi satu tu ala kadar saja hanya 116 mukasurat. Hmmm bacalah korang dengan hati yang terbuka ya. 
Hmm aku letak kan gambar makanan yang aku rasa sendiri masa aku ke Kuching, Sarawak tempohari. Aku masih memerlukan khidmat cik dapur kalau nak kemana-mana lokasi percutian yang selera aku tak berapa boleh terima. Aku ni kalau bab makan memang lah cerewet sangat-sangat.

Ini mi kolok - kalau kita kat sini mi sup, cuma mi dia nih direndam kicap

mi belacan - kat sini memang tak ada. Yang hitam jernih tu telur rebus. Aishh tak bleh belah

laksa sarawak - macam mi kari pun ada. hmmmmm ko

Nasi dengan ikan bakar - masih tak boleh belah, Tempe yang 3 ketul tu saja yang best

Nasi Ayam Penyet Raja - hahaha tempe masih lagi no 1 ok

Khamis, 7 Julai 2011

LEPAS MULUT NAGA MASUK MULUT BUAYA

Hmm cuba hayati tajuk tu. Mana-mana pergi sama saja kan. Itulah bezanya kerja sendiri dengan makan gaji. Kalau dulu 'mental' terganggu. Kali ni bukan hanya 'mental' semua yang hidup terganggu. Dia marah orang lain yang sipi-sipi dengar nih pun kena jugak. Hmmm dia BOSS, nak senangkan hati BOSS ni bukan satu kerja yang mudah. Perlukan ketabahan maksima. Apa yang aku tak pernah kena??? hahaha. Tak apa hari ini hari dia. Esok belum tentu lagi. Jangan ingat yang tasbih selalu di tangan tu doanya MUSTAJAP. Yang buruk macam aku nih doanya tak terangkat. Hahaha

PASUKAN KU YANG HILANG

30 hb sehari sebelum puasa, hajatnya nak main FUTSAL. Hahaha setelah sekian lama kan. Entah ada lagi ker pasuka aku yang GAGAH tu. Yang tak pernah kalah, Yang tak pernah takut...tapi itu satu ketika dululah...Hahaha. Sesekali mengukur kemampuan diri, joging pun dah tak se gah, lutut out gila babas... Hahaha