Rabu, 8 Jun 2011

PUASA GANTI

Hari ni barulah terkial-kial nak puasa ganti. Punyalah banyak masa yang ada, hari ini baru nak mula. Itu pun sebab dah di desak-desak. Hehehe. Yelah dua minggu terakhir bulan ni dah ada program besar-besaran. So kalau tidak sekarang memang double le taun depan. Hahaha melampau.

Selasa, 7 Jun 2011

AKU JUTAWAN

Macam best saja tajuk tu! aku rasa orang-orang macam aku tidak menghargai sangat kebendaan ni. Sebab tulah aku nih tak berapa nak kaya. Hahaha. Sebenarnya semua orang nak kaya raya. Tapi pada akulah, kaya juga adalah satu ujian dari NYA. Sejauh mana kita menyalurkan kekayaan kita ni. Ke jalan yang benar atau sebaliknya.

Aku tak mahu jadi seorang jutawan, tapi kalau boleh aku nak lah jugak dalam akaun bank tu ada duit. Kalau tak sampai setengah juta pun, satu juta sudah memadai. Hehehe. Aku nak berenti kerja 24 jam, itu pun lepas aku lempar beberapa kertas cadangan dekat orang yang aku maksudkan sangat. Lepas tu aku nak cakap 'dah kaya melampau, jangan takbur melampau juga..'. Orang lain pun kaya juga, tapi dia senyap (itu sebenarnya nak cakap aku pun kaya) Hahaha merepek sikit-sikit sudah...aishh

BUAH HATI

Aku sudah menjual pun dia itu. Selalu sangat merungsingkan poket yang tidak berapa tebal nih. Aku jual dengan harga 8k. Upah Ajib RM 600, bagi mak belanja untuk seminggu 250, bagi upah Ika 50 sebab selalu jadi driver Mak & Abah, baki 100 aku belanja diri sendiri dan yang lain simpan. Mana tahu boleh beranak ke duit tu. Huhuhu. Buah hati baru belum ada lagi. Kabarnya ujung bulan June 2011. Tak kisahlah. Aku boleh menumpang kasih kereta Anun dan Arra juga.

Mak kutuk aku gila-gila sebab ambik kereta kecik. Adik-adik aku jugak. 'orang lain tukar kereta dari kecik ke besar, yang ko nih tukar dari besar ke kecik'. Aku diam jelah. Aku nih pakai kereta kecik sebab nak payung doranglah. Hutang-hutang bank Mak & Abah semua aku kena take over, tapi aku tak cakap apa-apa pun. Adik-adik aku tu, selalu jugak aku payungkan. 'nak pinjam $'... ehh bukan semalam baru gaji ker, dah tu nak bayar sikit punyalah liat. Sampai kena 'berkirim salam' baru perasan ada hutang tuh. Kalau aku bising nanti bukan dorang saja yang sentap, Mak & Abah pun sentap jugak, so baik aku diam jugak.

'anak jantan' kan. Semua no hal!. Yang sebenar jantan tu masih ditatang bagai minyak 1st grade. Layan jelah selagi mampu. Esok-esok kalau aku dah tak mampu, korang rasalah pulak. Terbaru motor lagenda mak yang berhutang dengan SINGER cina behrang tu nak kena take over. Alahai!!!!