Khamis, 26 Mei 2011

BOSAN KELAS ATASAN

Majlis bertimpa-timpa, Eksekutif Program cuma seorang inilah. Pening tahap babun. Boss yang Dato' tu merajuk-rajuk dan mencekadak lah pulak. Boss yang kecik nih telurnya pun kecik jugak. Meluat nak MAMPUS. Tak hingin aku nak layan. Apa nak jadi pun jadilah.

Hmmm rasa nak cuti sebulan, balik kampung motong gotah lagi baik. Tapi pokok getah dah lama kena tebanglah pulak.


Isnin, 16 Mei 2011

JOM MERIAHKAN GEDANGSA



Program Juara Sukan FELDA Gugusan Sg. Dusun akan diadakan di FELDA Gedangsa bersempena dengan sambutan 50 tahun Jubli Emas FELDA Gedangsa. Huhuhu  dah 50 tahun FELDA Gedangsa tu ya. 1961 - 2011. Wahhh aku semakin tua.

Kepada semua kawan-kawan yang membaca blog Jurugambar Jalanan ni, dijemput hadir sama. Walaupun korang bukan generasi FELDA Gugusan Sg. Dusun. Elehh cakap jer 'skandal' dengan orang Gedangsa sudah. Huhuhu



Sabtu, 14 Mei 2011

PATRI

Andai hati ini sang kecapi
perasaan jadi talinya
engkau memetik jari jemari
berlagu irama duka dan lara

Andai tubuh ini boneka
nalurinya benang sutera
engkau dalang mengawalnya
ketimur keutara kemana jua
aku hanya menuruti
mengikut apa saja hukuman

Andai diri ini taman tasik
sang kirana pula jiwa raganya
engkau menjaring dengan senyuman
dan mengurungkannya dari segala
namun diri ini insani
pasti ada kemahuannya

Kerna aku terpanah arjuna
sedikitpun tidakku menyesali
aku rela ditawanan
aku rela terpatri cinta suci
aku rela ditawanan
aku rela terpatri cinta suci

Patri - Jinbara

Lirik lagu yang menyentuh hati. Mudah-mudahan dia mengerti...

Rabu, 11 Mei 2011

BUAH HATI

Ishh bilalah bank nak call aku ni. Hmm nampaknya aku sempat habiskan bayaran si WIRA ni. Hahaha. Tapi tak apalah lagi lambat lagi bagus. No plat yang aku nantikan pun jauh lagi. Buah hati, harapan yang disandarkan padanya amat tinggi. Janganlah hendaknya ada apa-apa yang tidak diingini berlaku. Kalau tak dapat nampaknya aku kena skodeng buah hati yang lain. Ambil masa sikit dan sempat aku mencuba mana yang lebih terpaut dihati. Hahaha.


Selasa, 10 Mei 2011

PANAS MELAMPAU

Sekarang ni tidur malam pun satu penyeksaan. Dalam mimpi pun boleh lagi lap-lap peluh. Hahaha mana-mana pasangan yang dah plan nak menikah dalam musim-musim panas nih elok lah ditangguhkan seketika. Tunggu musim ini berlalu. Tidur malam rapat-rapat tak selesa... hehehe apa lagi nak tut.... tak selera siut. Hahaha

Hari nih aku tak ada mood sebenarnya. Bangun pagi pun malas-malas. Hmmm nak balik kampung lah.


Isnin, 9 Mei 2011

SAYA SAYANG MAK SAYA

Siapa pun dia yang kita panggil, MAK, IBU, MAMA, UMMI, MUMMY dan apa saja asalkan menjurus kepada dia. SELAMAT HARI IBU DIUCAPKAN. Kepada kawan-kawan yang sudah menjadi IBU, lebih-lebih lagi aku mengucapkan SELAMAT HARI IBU. Tapi kalau IBU AYAM dan yang seangkatan dengannya tak masuk dalam listlah ya. Itu IBU 'low class' hahaha. Kak Ila menganjurkan hari ibu untuk MAK semalam. Semua orang dipaksanya balik rumah. Hmm alhamdulillah, ingat juga dia kat mak aku yang lebih banyak dah jadi 'IBU' kepada anak-anak dia. Hehehe. Aku tak balik semalam. Pada aku sambutan tu tak perlu bertarikh. Hari-hari adalah hari IBU. Lebih-lebih lagi kalau aku balik time semua orang tak ada dirumah. Hahaha. Akulah 'anak emas dia' hahaha.

Apapun selamat hari Ibu, MAK HANYA SATU DI DUNIA dan saya sayang MAK saya sangat-sangat. Walau pun dia tiada title Datin or Datin Paduka & tak kaya. Mati 2 kali dan hidup 2 kali, aku akan tetap memilih dia untuk jadi MAK aku. Huhuhu


Rabu, 4 Mei 2011

BERAKHIRNYA SEBUAH PENANTIAN

Mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada rakan-rakan yang telah dihargai oleh Syarikat akhirnya. Yelah setelah sekian lama kan. Dah mencecah puluhan malah belasan tahun, baru syarikat ini menghargai kakitangannya. Untuk yang lain-lain TAHNIAH juga sebab dapat BONUS TAHUNAN. Walaupun tidaklah banyak mana tapi ALHAMDULILLAH. Penantian yang dalam debaran akhirnya terjawap juga kan. Kepada yang tidak dapat tu, bersabar banyak-banyak. Pedih bila tak BERBONUS dikala kawan-kawan lain yang lagi hampeh senyum lebar dapat BONUS masih terasa. Semua orang yang rata-rata naik pangkat tu pernah juga rasa. Tapi tulah dia,  BRAVO MY FRIENDS...