Selasa, 29 Mac 2011

PENYAKIT BARU

Sejak akhir-akhir ini, rasanya hidup amat huru-hara. Tidur malam pun hilang nikmatnya. Jam 2.00 pagi masih lagi merajinkan diri dengan mendobi baju. Kadang-kadang sengaja selongkar almari tengok baju yang tak pernah pakai agak-agak comot aku masuk mesin sekali. Tengah malam-malam buta kadang-kadang dengan selamba aku vacuum bilik. Hahaha semua orang tahu aku tak dapat lelap. Aku belum kena sound dengan budak-budak yang ada di rumah lagi. Esok-esok kena jugak aku ni. Aishhh.

Kadang-kadang aku amat mencemburui orang yang asal letak kepala saja hanyut tak kira tempat. Eishh sawan bantal kelas atasan betul ek. Hmm baru perasan, penyakit aku ni sama saja dengan penyakit Mak aku. Kira aku ok juga lepas jam dua baru lelap. Mak masuk bilik jam 9 malam lelap, lepas tu jam 3 pagi terus bangun dah tak tidur-tidur. Tak lama lagi aku pulak tukar jadual dengan mak ni. Ish-ish, anak mak lah kata kan. Nampaknya aku kena rancang sesuatu supaya dapat memenatkan diri di siang hari dan malam aku boleh tidur dengan jayanya. Fokus pada kerja pun kian berkurangan, agak malas, banyak fikir benda bukan-bukan, selalu sakit kepala dan BP pun rasanya dah huru hara dah nih cuma malas nak check di klinik. Hahahaha BENGONG AR......

 

Isnin, 28 Mac 2011

TIADA KATA SECANTIK BAHASA

Tiada kata secantik bahasa untuk ku puji adinda tiada gambar secantik lukisan nak ku tunjuk perasaan Oh... dinda puspa gemala mengharum jiwa hmm... oh... dinda puspa gemala mustika kanda... walau musim berubah suasana bertukar tapi ikatan mesra sikit pun takkan longgar tiada kata secantik bahasa untuk ku puji adinda....


Lirik lagu : Tiada Kata secantik Bahasa

Abang kepada Abah atau lebih tepat BAPAK Abah telah kembali kepada Nya, selang sehari lepas itu, Mak Mertua Kak Ila ataupun lebih tepat Wak aku pula. Semua orang-orang yang rapat dengan keluarga aku. Tiada air mata tiada tangis, tapi aku cukup terdera sebab Mak aku agak pendiam sejak beberapa hari ini. Agak-agaknya bila sampai masa aku nanti macam manalah situasinya ya. Dulu aku selalu berdoa, kalau aku diberinya hayat cukuplah sampai umur aku 40 tahun saja. Kenapa aku berdoa macam tu, biarlah aku simpan dalam hati. Aku harap orang-orang yang aku kasihi yang pernah hadir dalam hidup aku dan memberi kesan, akan bahagia selamanya. Hmmm entahlah......  



Rabu, 23 Mac 2011

TERINDAH

Kadang-kadang sesuatu yang INDAH itu tidak semstinya dapat dinyatakan dengan apa-apa pun. Tiada bahasa yang boleh diungkapkan mewakilinya. Cuma renung dengan mata dan biarkan hati terus berbicara.





Isnin, 21 Mac 2011

BAHASA

Bahasa adalah KOD yang merupakan gabungan FONEM yang membentuk KALIMAT yang mana mempunyai maksud tertentu. Ia bertindak sebagai hubungan untuk disampaikan kepada pemikiran dan difahami oleh orang lain. Apa pun, BAHASA/KATA ini jangan dipandang remeh. Memiliki kekuatan yang tidak disangka. BAHASA PERTUTURAN BAHASA PENULISAN, BAHASA SMS DAN BAHASA TUBUH. Selagi ia bisa menyampaikan maksud berhati-hatilah ya. Sebab aku sering terperangkap dan kecundang dengannya.

Semalam, si Umairah duduk meneku diberanda seorang diri. Memeluk lutut dengan muka tersembam. 'Ni kenapa duduk sorang-sorang? Ingat kat aruah Abah? Ingat ka Mak?' mula-mula dia diam tiada bahasa. Bila aku memegang kepalanya terus dia mernangis teresak-esak. Wahh ada air mata yang mula bergantungan di mata sendiri. Sedih amat bila  tengok tubuh kecil itu bergerak-gerak menahan runtuhan kesedihan begitu. Aku menelefon mamanya Umairah minta dia memujuk si Umairah. Wahh aku kehilangan BAHASA. Selalu akulah yang pakar memujuk. Ishh