Khamis, 24 Februari 2011

JUJUR

Definasinya bolehlah disama tarafkan dengan keterbukaan, lugu, polos, orang yang berterus terang dalam mengatakan sesuatu dengan spontan dan tidak terlindung atau dalam bahasa modenya lurus macam tiang lampulah, ha kan senang. Hahaha. Kalau ditanya rata-rata nak kawan yang jujur, nak pak we yang jujur, nak laki yang jujur. Tapi sejauh mana diri sendiri itu JUJUR. Korang tu jujur sangat ke? eleh paling tidak pun selalu 'bohong sunat' kan. Hmm dah agak dah.

JUJUR bukan lebel yang kita boleh lekat di dahi. 'AKU JUJUR'. Jujur adalah anugerah mulia, yang dihadirkan dari jiwa yang bersih. Berkatalah dengan jujur tentang perasaan kamu, tentang diri kamu. Dan bila orang lain tidak dapat menerima apa yang kamu katakan dengan jujur, bermakna orang itu 'tidak serasi'. So boleh lah mula cari orang lain.  Tapi korang jangan jujur dengan salah orang pulak. Nanti NAYA beb! Kadang-kadang JUJUR mengambil masa yang lama untuk diterima. JADI BERSABAR BANYAK-BANYAK ya. 'KEJUJURAN ITU PENTING, WALAUPUN ADAKALANYA AMAT MENYAKITKAN'

Selasa, 15 Februari 2011

BUKIT BERUNTUNG YANG KOSONG

Hari ini sempat berada di sini untuk beberapa ketika. Sekejap amat. Sempat juga beristirehat melepas lelah setelah bertahun-tahun meninggalkan tilam empuk. Banyak pula kenangan yang hinggap diingatan. Hmm sesetengah darinya memang dengan sengaja ingin dilupakan dan masih berkerja keras untuk melupakan. Selepas hari ini entah berapa tahun lagi sampai di sini semula. Hahaha, semakin banyaklah cek yang luput tarikh di dalam peti surat tu. Hampeh betul, tak ada rezekilah tu.

Selamat bercuti semua.  

Isnin, 14 Februari 2011

BANGSAKU

DAYA SAING ORANG MELAYU JATUH MERUNDUM HINGGA KE TAPAK KAKI. Jangan berkecil hati dengan statement aku kali ini. Tetapi memang itu adanya. Bangsa asing kalau berniaga walau kedainya hanya bersebelahan meja, meniaga pula benda yang sama masih boleh hidup aman sejahtera dan boleh jadi kawan baik pula. Bangsa aku ini jangankan sebelah meja. Seberang kedai pun kalau boleh nak berbunuh-bunuhan. Walaupun kedai orang tu jual benda yang lain dari yang dijualnya. Kalau jual benda yang sama, ada pulak yang kena SANTAU nanti tu. Itu belum masuk bab yang ampu-mengampu. Ishh MELAMPAU TAHAP BABUN SUNGGUH.


KESIANKAN. Bangsa yang HEBOH MENCANAGKAN kononnya BANGSA BERDAULAT begini pula laluan hidupnya. Kerana TAMAK dan terlalu mengejar DUNIA sanggup mengadai JATI DIRI. Tak perlu aku cerita disini dan aku amat yakin kalian tahu apa sebenarnya yang aku maksudkan. Cehh sebab itulah meniaga tak lama bungkus.

VAN HIJAU
Hari ini aku jadi makanik dia. Sempat menukar jantung dia dengan yang baru (bateri) Yelah memang dah perlu sangat menukarnya pun. Bateri dia RM140. Hmm boleh tahanlah harga dia tu. Bengkel yang aku selalu pergi tu tutup pulak tadi. Terkial-kial aku dibakar panas tadi. Jiran-jiran yang duduk dikiri dan kanan asyik memandang saja. Eleh macam pelik pulak kalau perempuan jadi makanik. Zaman sekarang apa ada halkan. Ituari masa aku memotong kayu untuk buat lantai dalam van ni pun dorang ushar tak hengat. Ehhh APA DA.... 

Sabtu, 12 Februari 2011

BELAJAR MENGHARGAI

Dalam jatuh bangun kita, di dalam mengejar duniawi ini, kita selalu terlupa. Sesuatu yang sangat berhubung kait dengan kehidupan kita. 'MENGHARGAI' orang lain, orang yang ada disekeliling kita. Tak kiralah apa bahasa dan bunyinya asal sahaja membawa maksud yang sama. BERTERIMA KASIHLAH. Ucapkan terimakasih dengan sekuntum senyuman adalah jalan terbaik  untuk kita belajar menghargai orang lain. Tidak kiralah terimakasih itu untuk perkara-perkara yang sebesar zarah atau pun menara KLCC. Kadang-kadang yang tidak pasti, ungkapan itu besar maksudnya kepada sesetengah orang. Walaupun pada kita kecil amat.

HARGAI SESUATU YANG KITA MILIKI HARI INI, kerana mungkin esok yang tinggal pada kita hanya MENYESAL.

Jumaat, 11 Februari 2011

AIR SIRAP RUMAH KENDURI

Kenapa ya, air SIRAP RUMAH KENDURI adalah merupakan air paling best dari dulu kini dan selamanya. Dari aku kecik (walaupun saiz tak berapa kecik) sampailah sekarang, kalau dapat sah-sah bergelen-gelen aku telan. Nak pulak masa tengah terik matahari. Perghh lagi banyaklah yang aku hirup. Lepas tu tanggunglah, SAKIT TEKAK & BATUK. Huhu

Atuk aku, (Wak Taiga) selalu dapat tander bancuh air sirap kalau ada kenduri-kendara (tukang buat airlah). Dan akulah yang rajin sesangat tuang air tu untuk diminum sendiri. Hahaha kalau korang nak tahu, biasanya air yang digunakan untuk buat air sirap ini pun air paip saja. Kadang-kadang tu aku ada nampak juga dorang-dorang ni ambik air di pili. Lagi sadis pakai getah paip terus masuk dalam tempayan sirap tu saja. Ouchh huh patutlah sedap ya, campur klorin rupanya. 

Buat air sirap pun atuk aku tak pakai bekas plastik macam sekarang ni. Apa barang. Dorang buat air berbekaskan tempayan besar melampau. Kalau aku nak berkubang dalam air sirap pun muat sesangat. Cuma aku ni saja masih mengekalkan kesopanan dan kesusilaan. Gila apa orang nak minum air tu, aku pulak nak berkubang dalam tu. Harus getah paip tu hinggap di badan. Aku tak perasan pulak atuk aku ni pakai gula ataupun air gula. Sebab biasanya bila aku datang sirapnya sudah siap gitu. Tinggal diminum saja. Kakak aku cakap, Embah gunakan air gula yang digodok (direbus) menggunakan dapur kayu. Owhh patutlah ada bau asap-asap sikit. Kalau nasib tak baik ada bau minyak tanah jugak. Hahaha tapi aku tak kisahlah pakai apa pun. Asalkan airnya merah, cukup rasanya dan sejuknya, aku telan.

Oh ya, lagi satu. Aisnya tak mainlah yang kiub ataupun yang bulat-bulat tu. Siap ada cina hantar ais naik lori dari pekan Behrang tau. Aisnya empat segi sama besar-besar pulak tu. Kalau dorang nak letak ais tu, kena potong dengan gergaji dulu. Masa aku kecik-kecik dulu mana lah ada peti ais yang besar bagak untuk memuatkan ais-ais tersebut. Korang tahu tak atuk aku letak ais dimana. Dalam timbunan pasir ataupun habuk kayu. Wahh klasik gila kan. Itu pengalaman aku sendiri. Tengok atuk aku buat sirap di rumah kenduri kawen di kampung dulu-dulu. Setiap kali aku minum sirap di kedai, aku selalu ingat air sirap atuk aku tu. Sungguh mengusik jiwa. Ish-ish.

Khamis, 10 Februari 2011

TEKNIK BERHEMAH

Macam mana agaknya CARA BERHEMAH untuk mengatakan kata-kata yang seangkatan dengan 'AKU BORING MAKSIMA KELUAR NGAN KO LAH MANGKUK'. Hahaha, dalam BERKAWAN dalam BERCINTA kadang-kadang kita AMATLAH TIDAK JUJUR pada diri sendiri. Bukan bermakna kita ini tak suka dengan DIA, MENJAGA HATILAH KONONNYA. Hentikan KEBAIKAN plastik korang tu. Manalah tahu yang keluar dengan korang tu betul-betul MANGKUK sah-sah dia tak perasan. Jom CEKIKDAUD.

TEKNIK JURUS SOALAN
Kalau korang berjalan ke shopping kompleks, kunjungi setiap kedai yang ada. Bermakna dari tingkat paling bawah, hingga yang paling atas. Termasuklah kedai buat kunci hinggalah ke kedai repair telefon bimbit. Lagi bagus kalau setiap kedai yang korang singgah tu korang boleh tanya macam-macam. Sekurang-kurangnya korang dapat juga pengetahuan bergunakan, disamping dapat menghabiskan masa yang berjam-jam dalam boring tu.

TEKNIK JURUS KELENJAR PIPI
Baca sms yang ada dalam telefon bimbit. Setiapkali selesai membaca 1 sms tu, korang kena buat 3 jenis gelak. Jenis gelak kuat yang boleh guling-guling adalah yang terbaik. Gelak yang seakan-akan bunyi puntianak mengilai pun ok juga. Selain itu boleh juga buatlah gelak ala-ala Hj Bakhil tu. Tapi perlu diingat, jangan sesekali gelak yang mengoda tahap meleleh air liur, apalagi yang MENGHAIRAHKAN. Takut nanti lagi lama dia nak berkepit dengan korang.

TEKNIK JURUS MENGUAP BABUN
Hahahah teknik ini paling simple dan korang boleh buat tanpa ragu-ragu. Kalau dia ajak keluar, korang keluar juga. JAGA HATI DIA KAN. Tapi bermula dari dalam kereta korang buat-buatlah mengantuk melampau. Tapi korang jangan TIDUR pulak, itu amat membahayakan kesihatan tubuh korang. Mana tahu kena raba atau yang sewaktu dengannya. Memadai dengan menguap dan mengaru-garu kepala, berlakon macam korang tidak tidur seminggu. Bila dia tengok korang macam tu, hilanglah semangat dia nak berlama-lamaan dengan korang. Secara tak langsung niat suci murnia dia untuk romen-romen  korang pun terbantut. Ha kan dah selamat dah. Selamat dari dosa dan noda gitu. Hihihi

TEKNIK JURUS BUNYIAN SEKSA
Kalau dia ajak ke tempat makan, mesti dia pilih tempat yang suram-suramkan. Niat dia tu cuma satu, sambil makan-makan tu dia nak coba-coba makan korang jugak. Ishh jauhkan. Korang kena pilih tempat yang terang benderang. Lagi ramai orang lalu lalang lagi bagus. Kalau dapat meja yang paling dekat dengan dapur ataupun meja tempat tukang masak makan lagi cun. Selain masa makan korang bersoundtrekkan bunyi-bunyian periuk belanga korang juga boleh meminta nasi ataupun lauk tambah dengan senangnya. Jangankan nak raba-raba korang, nak jeling-jeling manja pun dia tak selesa punyalah. Mesti cepat saja dia ajak balik. Ha sekali lagi korang terselamat kan.


TEKNIK JURUS MATA UJI RASHID
Bila keluar dengan dia habiskan masa dengan termenung dan senyum kambing. Bukan hanya gelak yang berjenis-jenis ni tau. Senyum pun ada yang berjenis-jenis. Cuma korang kena bijak memilih jenis senyuman apa yang sesuai dengan keadaan dan bisa menyelamatkan korang. Kalau korang memang dah jenis senyum gatal dan mengoda, kena tukarlah kepada yang lebih hampeh. Tapi kalau tak boleh juga, teknik ini bukan yang sesuai dengan koranglah. Setiap kali dia bercakap dengan korang, korang bolehlah tenung dia lama-lama. Kalau perlu bulatkan mata, digalakkan sangat-sangat. Tenung dia sampai dia gelisah. Hahaha sah-sah dia cuak-cuakkan. Ishhh kesian. Hahaha

Hahaha sesekali merepek, merepeknya amat tak masuk akal betul.

Rabu, 9 Februari 2011

SIHAT

SIHAT boleh sahaja dimengertikan sebagai: "Keadaan sempurna fizikal, mental, dan sosial, dan tidak hanya ketika ketiadaan sakit" Bagi mana-mana organisma, kesihatan ialah satu bentuk homeostasis. Ini merupakan satu imbangan di mana tenaga dan jisim masuk dan keluar (input and output) di dalam seimbang (membolehkan pertumbuhan). Kesihatan juga membawa erti kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek positif. Bagi manusia, dengan kemampuan untuk menganalisa dan menjangka, kesihatan adalah lebih daripada itu. Maknanya bukan sahaja semuanya perlu tepat pada masa yang tepat, tetapi pemahaman subjektif penting bagi meneruskan pengimbangan yang sihat. Untuk merasai sihat, seseorang itu perlu merasakan dirinya sihat dan tiada risiko dalaman atau luaran yang boleh menggangu kesihatannya.

Tapi kadang-kadang yang nampak sihat sebenarnyalah yang paling TAK SIHAT. Hahaha

Selasa, 8 Februari 2011

DIAM

HIDUP, amat mudah dan hilang ertinya kalau apa yang kita angan dan inginkan boleh dapat begitu saja. Hahaha dalam perjalanan menuju hasrat, kita dihiasi dengan sekalung tabah dan sabar. Sejauh mana kekuatan kita untuk itu, adalah terserah kepada diri sendiri. Aku, kadang-kadang amatlah tak sabar. Tapi kadang-kadang yang lain aku lebih penyabar daripada orang lain. Huhuhu memang itu adanya aku ini. BERANGIN.

Hari ini banyak perkara yang aku inginkan tidak kesampaian. Melemaskan dan menyesakkan juga. Untuk itu, aku perlu DIAM untuk beberapa ketika. DIAM YANG TOTAL. Tidak melakukan apa-apa, dan tidak juga mengatakan apa-apa. Kadang-kadang, adalah lebih baik diam dari berbicara, ada ketikanya kata-kata disalah ertikan.


Ahad, 6 Februari 2011

PASAR MALAM

Hari ni meniaga di pasar, penat melampau. Wak yang jual air mata kucing tu, tidak meniagalah pulak. Kempunan dan bertambah letih aku ni. Kena tunggu minggu depanlah. Ya lah sudah lama sangat bercuti. Si van pula buat hal. Tak boleh start. Kene buat 'jumper start'. Di rumah bolehlah buat 'jumper-jumper' tu, kat pasar. Pening jugak memikir. Alhamdulillah, kawan-kawan kat pasar tolong tadi. Baru boleh balik. Hahaha sudah tiba masanya menukar bateri si van tu. Hari ni, kawan-kawan meniaga tak ramai yang turun. Cuma beberapa orang, majoriti semua habis cepat. Ha itu paling best. Malam ini harus tidur awal. Aku penat. Esak di pejabat, tak tahulah apa lagi cerita. Hmmm MONDAY BLUES.

Sabtu, 5 Februari 2011

FIRST JOB IN 2011

Sebelum jam 10 pagi tadi aku sudah sampai di depan rumah orang bertunang tu. Hahaha aku bukan pernah ambik gambar orang bertunang pun. Redah sajalah kan. Kita ni selagi tidak mencuba kita tak akan belajar tentang sesuatu. Emm aku tidak meletakkan harga tinggi pun untuk hari ini. Pertama sebab kakak dia kawan aku. Aku berada situ pun dari jam 10 pagi hingga jam 1.00 petang. Lepas tu aku ke rumah Paman pulak. Anak dia bertunang juga. Aku diminta ambil gambar juga tetapi bukan dengan bayaranlah. Sedekah amal jariah. Itupun sebab bibik-bibik aku bising. Mata duitan katanya. Hahaha, bukan mata duitan... 'duitlistik'.

Hari ini saja ada 3 rumah kenduri. Pertama rumah Wak (kakak abah). Kenduri akikah. Kedua, rumah Paman (adik Mak) Kenduri bertunang. Ketiga rumah Liana (kawan aku) adik dia bertunang. Hmm dari tadi asyik minum air sirap. (sirap rumah kenduri best ooo) Makan nasinya tidak juga. Sampai rumah Mak baru makan nasi. Huhuhu. Sempat menghantar Kak Ida ke Tg. Malim. Dia harus pulang ke Rawang hari ini juga. Aku menawarkan diri untuk hantar dia sampai depan pintu rumah, dia tak mahu pula. 'Ko balik lambat sangat, kesian anak-anak aku yang tinggal kat umah tu'. Huhuhu yelah dia ada anak yang harus dijaga makan pakainya. Bukan bujang macam aku. Balik jam 2 pagi pun ok. Ha sampailah angin gila ni. Nak balik jam 2 pagi.

Jumaat, 4 Februari 2011

AKU DAN PANGKIN

Pagi-pagi tadi aku dah mulakan kerja-kerja rutin. Kemas belakang rumah. Bawah pokok-pokok yang ada kat belakang tu. Tengahari sikit aku memerah kederat memotong kayu dan papan untuk dibuat pangkin. Mak aii kayu masak ni punyalah keras nak dipotong. Berjaya juga buat pangkin tempat duduk-duduk dikala panas tengahari akhirnya. Itu memang port aku bila balik kampung. Selalunya aku lepak berdua je dengan Mak. Duduk atas akar-akar pokok cempedak sambil bergossip. Bermula hari ini, aku dah boleh bawak tikar bantal untuk golek-golek dengan Mak. Hahaha lagi banyak gossip yang keluar tu nanti.

Masa memaku papan tadi ter'martol' (tertukul) ibu jari. Ouchh inilah antara pengorbanan kecil yang aku kena bayar untuk berlazat-lazat kemudian hari. Dahlah kaki kena kaca, jari pulak terketuk mujur juga tak kritikal. Hahaha. Cuti ini banyak memerap di rumah. Punyalah malas untuk kemana-mana. Saya sayang rumah saya. Hehehe

AKTIVITI CUTI CNY


Pagi-pagi lagi dah bagun dan menolong mak memasukkan tanah bakar ke dalam pasu untuk projek cilinya. Ingatkan sebijik dua saja pasu yang perlu diisi. Sekali banyak lah pulak. So aku berenti sekejap untuk sarapan pagi sampai jam ini. Mak cakap dia nak buat porch di bahagian belakang rumah tu. Hmm dia ada anak 'jantan' yang macho gila, tapi kat anak jantan yang tak berapa macho ni jugak lah dia mengadu. Ciss harus si emi ni kena lempang ngan aku jugak. Kejanya makan tido makan tido jelah. 

Nampaknya kena buat jugak tu, setakat yang mampu dengan kederat aku jelah. Kayu-kayu bekas runtuh rumah tempohari harus dialihkan dahulu. Ni aku tengah kumpul tenaga lah ni. Semalam masa menyapu dan membakar sampah di bawah pokok cempedak tua tu kaki aku terpijak serpihan kaca. Ni tengah merana menahan sakitlah ni. Si Nurul dah keluarka kaca tu tapi tetaplah sakit. Haha itu baru sikit ek. Mengada-ngada je lebihnya ni.

KUIH KOCI LABU DENGAN INTI DURIAN
Dari semalam mak cakap nak buat kuih koci tu. Pagi ini baru dapat buat. Sempat jugak aku menolong membungkus kuih tu. Aku bungkus tak sekemas Mak lah. Bungkusan aku besar-besar dan pendek. Si Nurul dan Ika gelakkan aku. 'Eheh sama pulak kuih koci ni dengan kak ita, gemuk pendek' Wahhh gurau melampau tol. Aku tinggalkan dapur dan kuih koci tu. Baiklah aku buat benda yang aku tahu saja. Apalagi ambik kamera dan snap sana-sinilah.

SELAMAT BERCUTI CNY 2011

Satu Malaysia bercuti hari ini bersempena dengan cuti Raya China. Cuti panjang tu, sampai Ahad. Aku jam 10.30 dah sampai rumah Mak. PLUS Hiway merupakan hiway paling lembab di musim-musim perayaan seperti ini. Semua kereta jalan macam siput. Kejap jalan lepas tu berenti, lama pulak tu. Dari Bukit Beruntung ke Bukit Tagar pun sampai sejam. Melampau.

Hajat dihati nak mengecat rumah mak tadi tak kesampaian. Semua kedai cat pakat-pakat tutup. Cina Behrang tu yang selalunya tak pernah tutup kedai, tutuplah pulak. Aku meneruskan aktiviti biasa saja. Menyapu sampah dan membakarnya. Siap dengan pagar  reban ayam Cik Berahim  yang duduk belakang rumah Mak tu aku bakar sekali. Hehehe kalau dia tahu sah-sah  kena marah aku nih. Hehehe opss sorry, tak perasanlah Cik Berahim.

BUAH HATI
Dia dah ditukarkan dengan gearbox lain dengan kos RM330. Kalau dikumpul-kumpul duit maintanance dia sejak akhir-akhir ini, dah boleh beli beberapa jongkong emas dah ni. Tadi mengujinya di hiway Bukit Tagar ke FELDA Sg Tengi. Ok lah. Cuma gear satu tu susah sikit nak masuk. Aku dah pasang niat yang WIRA ini akan diserahkan kepada Mak Mok lepas bulan Jun nanti. Kita tunggu ya lepas Jun tu, jadi tak aku bagi dia. Standardlah aku nih. Buah hati sendiri tu BRO. Sayangnya lain macam. Hahaha. 

Selasa, 1 Februari 2011

HARI YANG BEST

Yang dirindui sejak beberapa hari lalu akhirnya memunculkan diri. Cik Matahari. Pagi tadi sebelum aku menyidai selimut diluar sempat juga aku mendongak ke langit. Wahh bersih amat. Ditambah dengan kebiru-biruan dan tompokan awan yang mulus dimana-mana. Harap-harap panas hingga ke petanglah. Kalau nak hujan pun biarlah malam. Masa aku dah sampai di rumah. Hari ini si Wira akan dihantar ke bengkel untuk menukar 'gearbox' yang lain. Nampaknya petang nanti aku harus menahan teksi untuk balik ke rumah. Sesekali patah kaki ya. Mesti rasa pelik-pelik. Si Anun dengan sengaja menelefon aku untuk 'bakar darah'. 'Orang kat Gopeng, Perak ni.... MANCING'. Hampehh, punyalah jauh dia pergi memancing. Sungguh TAK PUAS HATI.

NIKON D200
Aku baru saja mengorat seorang teman untuk D200nya. Hehehe. Dia nak jual body kamera itu dengan RM3k, hahaha bayar ansuran RM500/month. Ok lah kan.. Aku diperinya peluang memakai dalam seminggu ini. Gambar 'dia' tu aku snap mengunakan kamera D200 dan lens tele 70 - 300mm. Asyik berangin je dia tu. Nak tegur pun rasa cuak-cuak jer. Oh ya, aku dapat 'JOB' ambik gambar orang bertunang di FELDA Sg. Tengi. Hari Sabtu masa cuti CNY tu. Hahaha alhamdulillah. Rasanya aku tidak bermasalah. Dekat saja pun dengan rumah Mak. Boring-boring boleh balik rumah paman-paman yang ada disitu.