Isnin, 31 Januari 2011

HUJAN & NAGA

Shah Alam masih lagi diselimuti kedinginan. Hujan dari malam Sabtu. Hmm aku sudah merindui CIK MATAHARI. Mana taknya, aku dah mendobi penat-penat. Tapi tak dapat nak menyidainya diampaian. Sungguh frust. Tadi si Anun balik kerja pun dia dah mula mendobi baju-bajan juga. Harus juga berebut ampaian aku ni nanti. Dalam kepala dah terifikir nak hantar ke dobi saja minta dikeringkan. Dah satu kerja pulak aku kena bawak kain-kain yang basah tu ke kedai dobi esok. Hahaha

Masa aku kecik-kecik dulu, Mak selalu bercerita kalau hujan tak reda selama 7 hari 7 malam berturut-turut ada ular besar yang nak jadi naga. Eh ya ke. Ular besar tu dari atas bukit/gunung. Dia mesti turun untuk ke laut dengan melalui sungai. Kebetulan masa dia cerita tu ada beberapa jambatan yang runtuh. Dari FELDA Sg Tengi hinggalah ke Tg Malim. Bermakna ular tu melalui sungai bernam untuk ke laut yang berada di sebelah Sg Besar dan Sekinchan. Macam-macamlah cerita mak aku nih.

Eleh entah-entah dia nak bagi amaran kat aku supaya aku tidak bermain hujan setiap kali hujan turun. Dia penat basuh kain, masa tu mana ada mesin basuh. Semua kena berus pakai tangan. Dahlah kain tak nak kering-kering. Tak ke menyusahkan dia tu. Ye tak? Mak aku ni kalau bab-bab 'kencing aku' dia memanglah JUARA. Sebab tu aku boleh dapat ilmu kencing-mencing dia skit. Tapi sikit je tau, tak sempat khatam dan insaf. Hahaha

Ahad, 30 Januari 2011

CUTI NIAGA LAGI

Hari ini seluruh Shah Alam di mana-mana ceruk pun masih dirangkul kedinginan melampau. Hujan mencurah- curah dari malam tadi. Kejap lebat kejap renyai. Adik aku si FARA sidai selimut di luar dah masuk 2 hari tak kering-kering. Hahaha.

Hari ni aku tak jadi niaga. Nak ajak partner keluar. Isnin - Sabtu dah sebok dengan kerja. Ahad kerja lagi untuk kepuasan diri dan cari duit kopi. Sesekali nak juga berehat bersama dihari AHAD. Wahh mesti gempak. Hahaha paling best pun aku ajak dia teman aku beli raket dan kasut. Aku dah kena start bersukan. Permulaan main badminton le. Perut dan 'moncit' dan lutut pun dah out gila babas. Hmm tulah kalau dah lama sangat tak besukan kan. Cepat pancit.  Sungguh tak MACHO.

Sabtu, 29 Januari 2011

SABTU & BUKIT BERUNTUNG

Bekerja hari sabtu sungguh menguji kekuatan MENTAL. Hari ini bawak si WIRA ke pejabat. Jam 8.05 min baru keluar rumah. Hehehe jalan kan clear, kalau main dam aji kat tengah jalan pun tak apa kot. Orang lain kan tak berkerja hari SABTU cuma sesetengah company yang PERASAN BAGUS jer yang mewartakan kerja di hari Sabtu. Hampehh

Memandangkan hari pun mendung semacam jer baiklah aku batalkan sahaja niat suci murni tanpa was-was tu untuk balik ke BUKIT BERUNTUNG. Hehehe lagi pun aku berseorangan nih. Manalah tahu kalau-kalau ada yang buat sergahan MAUT nanti harus masuk Hospital jugak ni. Kalau tak yang menyergah masuk hospital haruslah yang disergah. Hahaha 

THE FASTER

Berkesempatan menonton wayang di Jusco Bukit Raja tadi. 'FASTER'. Hmm cerita kali ni tak kelakar tapi penuh dengan aksi-aksi ganas. Tak sesuailah dengan orang-orang yang DALAM HATI ADA TAMAN. Tapi aku suka juga sesekali menganaskan diri begitu. Masa mula-mula nampak hero ni, dalam hati tertanya-tanya. 'berapa peratuslah badan dia ni berlemak agaknya. Rasanya semua otot-otot jer.' Hahaha. Cerita ini berkisar tentang nilai kasih sayang seorang abang kepada adiknya yang mati disembelih didepan mata sendiri. Macam mana seorang abang yang terpaksa bertindak kejam terhadap orang-orang yang bersubahat dengan komplot itu.

Ada lagi ke orang-orang macam ni di atas bumi ALLAH ini. Bukan ke ...........'kasihnya SAUDARA MASA BERADA....'. Hmm no komenlah kan. Dalam kehidupan ini macam-macam boleh jadi. Semuanya tak boleh dijangkakan oleh akal.

Rindunya nak balik menjengah rumah di Bukit Beruntung. Apalah kabar dia. Sudah bertahun-tahun aku tinggalkan dia sepi begitu. Mak & Abah dan kak ila ada jugalah datang menjengah. Tapi aku ni saja yang tak sampai-sampai. Macam rumah orang lain ajalah pulak.




Khamis, 27 Januari 2011

OLE-OLE BALI

Oh ya masa di BALI tempohari aku ada membeli sebuah helmet dan sepasang glove. Sebelum ini tak pernah pulak teringin nak membeli menda-menda tu, sampai di sana saja aura bertukar pulak. Hmm orang-orang di seberang panggil HELM. SOP selera aku, sah-sah lah warna putih. Nasib baik jugak kan, kalau aku nak kat orang tak perlu pulak ikut SOP aku tu. Kalau tak susah jugak ek. Manalah aku nak cari yang macho tapi putih melepak. Hahaha

Dari semalam berkali-kali aku menelefon Mak di kampung. Susah nak dapat pulak. Ala-ala PM pulak Mak aku tu. Ishhh....2 orang sahabat baik SEBAHULU MAK meninggal dunia baru-baru ini WAK PIAH & WAK JENAH. Al-Fatihah untuk kedua-duanya. Aduihh. Aku risau tak menentu, nak bawak mak lari ke Shah Alam saja rasanya. Tapi mengenangkan ramai pulak yang HARUS dibawa lari bersama tu... agak keberatan jugak. TAK MAKAN pulak anak orang nanti.

SUKAN 2011  

Boss aku yang Dato' tu sudah mengeluarkan arahan setiap 2 minggu sekali akan diadakan latihan badminton. Bulan 2 nanti akan diadakan BOWLING pula. Sejak dah dekat dengan KUBUR ni barulah masing-masing sebok nak mencairkan himpunan lemak-lemak tepu dalam badan masing-masing. Hmm banyak jugak aku kena peruntukan bajet untuk beli kasut sukan baru (yang lama dah mereput) reket baru(yang warna biru dan merah dah aku jual masa mula-mula aku kena tukar ke SYABAS) t-shirt round neck kena banyak-banyak sikit. Bla-bla... Arghh pokailah kalau macam ni selalu.

Aku dah kena menyimpan untuk percutian ke BANDUNG dan SEMPORNA nanti. Hahahaha.. dalam sengkek mengkek jalan tetap terus ek. Macam mana aku cuba dipisahkan dengan kamera pun, aku akan berusaha untuk memetik shutter dalam apa juga keadaan. Tak kiralah gambar apa dan siapa. Yang penting ada gambar ek.

CUTI-CUTI MALAYSIA

19 - 23 Jan 2011. Aku berkesempatan MELANCONG ke Negara jiran sekali lagi. Hehehe BALI. Terima kasihlah kepada pengajak yang setia tu. Tempat memanglah cun melampau. Tapi makanan haduhh out gila babas. Lain kali aku kena mencari apartment yang ada dapur sekali. Aku tak boleh berlazat-lazat sangat dengan makan di sana. Tapi tetaplah tak kurus juga. Hmm entahlah. YANG BOROI tu kan COMEL BANGET. Hehehe

Banyak tempat menarik yang berkesempaan untuk dijengah. Sampaikan aku sendiri lupa apa namanya. Hmmm layan sajalah. Cuma time makan tu amatlah siksa sedikit. 'Ya makanannya HALAL pak...' 'tiada pork tiada arak' tapi sembelihan macam mana ek. So nak selamat bawak bekalan dari Malaysia sudah. Hahaha

SAHABAT YANG MERAJUK
Aku ni sudah terbiasa bergurau GANAS dengan dia. Aku biasa kutuk dia, aku biasa sindir dia. Semuanya yang ganas-ganas belakalah. Tetiba hari ini dia 'sensitif terlampau'. Aikk.... owhh bendera merah sudah. Aku sungguh-sungguh tak bermaksud nak kecik an hatia dia. 

Memanglah salah aku, tapi sungguh aku tidak bermaksud untuk menyakitkan hati dia. 1001 MAAF ya  geng. Kalau nak marah tu marahlah betul-betul. Ini senyum sinis dan menyindir, AMAT MENYAKITKAN.
















Khamis, 6 Januari 2011

DAY ONE & TWO AT NEGERI DIBAWAH BAYU

Baru berkesempatan untuk update di sini. Masa mula-mula sampai sini dapat 3G. Tapi masa tu aku busy melampau. Hari ni line tak cun pun. Tapi hati dah gedik-gedik nak update juga. Layan lah ek.

Perjalanan dari Shah Alam ke FELDA Sahabat cukup menjengkelkan. Jauh dan memenatkan sendi-mendi otot. Janganlah sesiapa pun berkahwin dengan orang sini. Nak hantar pengantin nanti harus menitis air mata. Aku pernah ke sini pada tahun 2008. Masa tu rombongan kami agak kecil. Cuma beberapa orang insan terpilih sahaja. Tapi masa tu aku naik kapal terbang tentera 'charlie' Lebih seronok sebab aku boleh jalan-jalan dalam tu. Pergerakan dan makanan disini agak menyeksakan. Berjalan kaki dari FELDA Resident ke FELDA Sahabat. Makanan pula, aduihh banyaknya dorang letak PAK AJI. Mujur hanya 3 - 4 hari di situ.

Kali ini aku menumpang dirumah guru PDK kenalan kami dulu. Hmm makanannya simple tapi aku suka. Kenalah dengan selera aku ni. Alhamdulillah. Dan yang paling best, aku boleh mendobi setiap hari. Terima Kasih Mak Angkat. Kejap-kejap lagi aku nak keluar mencari ikan dan sayur untuk mak angkat aku masak. Nak cari si ketam sebab anak dia teringin nak makan. Aku menumpanglah, apa lagi kan.. 

Selasa, 4 Januari 2011

AKU DAH KE SABAH

Hari ini aku bersengkang mata dari petang tadi sebab takut terlajak. Flight aku ke TAWAU jam 7.15 pagi. Bergerak dari perkarangan Wisma Sunway Mas ini jam 4.00 - 4.30 pagi. Hmm tak apalah berkorban sikitlah aku ni. Dari terbabas terus kan. Kena maki memang dah conform dah kot betul-betul terjadi.

Aku berada di FELDA SAHABAT 3 lebih kurang 6 hari. Duduk menumpang kasih dengan keluarga angkat. Mintak-mintak tiada apa yang tak best berlaku. First time aku jadi floor manager. Memang lah aku tak suka sangat kerja itu, yelah aku kan lebih suka ambil gambar untuk detik-detik mencemaskan. Harap-harap kesihatan Mak Abah, adik-adik dan semua orang dipelihara NYA selalu. Jauh tu kalau aku nak buat larian pecut dari sana. Sempat kurus dan hilang BOROI.

p/s: kalau sempat aku memetik shutter si NIKON ni, aku upload di sini ya! Take care my friend.