Jumaat, 8 Julai 2011

MOTIVASI PAGI

Aku masuk pejabat jam 8.45 pagi. Awal-awal lagi dia dah ada dalam bilik dengan muka ala-ala tapai basi. Bukak saja pintu dah nampak ke'suwey' an untuk seharian ini. Hilang mood pagi aku yang terindah ini. Aishhhh

Syukur kepada ALLAH aku bukan dari golongan yang kaya dan lupa diri. Aku hanya dari golongan yang tak berapa kaya tapi senang hati. Hehehe. Pagi-pagi sarapan cik PA adalah marahan dan bebelan mengantikan nasi lemak dan kopi o. Boleh bertahan sampai bila lah agaknya si PA tu ya.Hmmmm yang mendengar di pojokan ini pun sudah tak larat. Hanya doa dapat dititipkan, mudah-mudahan semua orang dapat bertahan. Kita sebagai manusia ni selalu sangat mengimpikan yang sempurna, tapi diri sendiri?? sempurna kah?

Semalam sudah menyiapkan 2 laporan program. Laporan setebal 268 mukasurat sudah siap dan harap-harap tiada yang nak edit lagi. Laporan yang lagi satu tu ala kadar saja hanya 116 mukasurat. Hmmm bacalah korang dengan hati yang terbuka ya. 
Hmm aku letak kan gambar makanan yang aku rasa sendiri masa aku ke Kuching, Sarawak tempohari. Aku masih memerlukan khidmat cik dapur kalau nak kemana-mana lokasi percutian yang selera aku tak berapa boleh terima. Aku ni kalau bab makan memang lah cerewet sangat-sangat.

Ini mi kolok - kalau kita kat sini mi sup, cuma mi dia nih direndam kicap

mi belacan - kat sini memang tak ada. Yang hitam jernih tu telur rebus. Aishh tak bleh belah

laksa sarawak - macam mi kari pun ada. hmmmmm ko

Nasi dengan ikan bakar - masih tak boleh belah, Tempe yang 3 ketul tu saja yang best

Nasi Ayam Penyet Raja - hahaha tempe masih lagi no 1 ok

Tiada ulasan: