Isnin, 9 Mei 2011

SAYA SAYANG MAK SAYA

Siapa pun dia yang kita panggil, MAK, IBU, MAMA, UMMI, MUMMY dan apa saja asalkan menjurus kepada dia. SELAMAT HARI IBU DIUCAPKAN. Kepada kawan-kawan yang sudah menjadi IBU, lebih-lebih lagi aku mengucapkan SELAMAT HARI IBU. Tapi kalau IBU AYAM dan yang seangkatan dengannya tak masuk dalam listlah ya. Itu IBU 'low class' hahaha. Kak Ila menganjurkan hari ibu untuk MAK semalam. Semua orang dipaksanya balik rumah. Hmm alhamdulillah, ingat juga dia kat mak aku yang lebih banyak dah jadi 'IBU' kepada anak-anak dia. Hehehe. Aku tak balik semalam. Pada aku sambutan tu tak perlu bertarikh. Hari-hari adalah hari IBU. Lebih-lebih lagi kalau aku balik time semua orang tak ada dirumah. Hahaha. Akulah 'anak emas dia' hahaha.

Apapun selamat hari Ibu, MAK HANYA SATU DI DUNIA dan saya sayang MAK saya sangat-sangat. Walau pun dia tiada title Datin or Datin Paduka & tak kaya. Mati 2 kali dan hidup 2 kali, aku akan tetap memilih dia untuk jadi MAK aku. Huhuhu


Tiada ulasan: