Selasa, 5 April 2011

SANTAI BERSAMA

Berkesempatan berlama-lama di rumah Embah Sekinchan. Selalu kalau raya hanya sejam saja. Hahaha NENEK TIRILAH katakan. Kalau bapak aku tahu aku cakap macam ni, mesti dia marah. Seronok juga bila semua orang melapangkan masa begitu. Tak banyak pun aktiviti yang dapat dibuat selain memancing dan bergambar di tepi laut. Aku ajak mengutip kerang dan siput jam 8 pagi, dorang sampai dah agak lewat pun. Janji bermalam seperti 'kencing besar paip'. Sengaja tak mahu tidur di rumah Embah. Hahaha masa rumah sawah semua orang kecik-kecik lagi. Tapi masa rumah Embah tepi sawah tu memang klasik gile. Kalau lah aku dapat laluinya sekali lagi, alangkah indahnya. Sekarang tapak rumah sawah pun dah jadi sawah. Hmm tak ada peluang lah tu.

Ini suasana pagi di Laut Parit 4 Sekinchan, Selangor. Aku suka ambil gambar permandangan. Pokok bakau, laut dan lagit. Kombinasi semulajadi yang hebat oleh SANG PENCIPTA. Lebih HEBAT kalau dapat menikmati permandangan seperti itu bersama 'yang tersayang'. Tak perlu kata-kata yang indah. Cuma duduk santai menikmati detik-detik itu. Sekurang-kurangnya ada sesuatu untuk dikenang bila esok semuanya berlalu. Huhuhu 

Aku bersama Umairah yang suka sangat berkepit dengan aku sejak kebelakangan ini. Hmmm anak buah. Kalau dia tak berkepit dengan Acik dia yang seorang ni, dengan siapa pula yang dia nak berkepit kan. Acik dia yang lain-lain tu agak garang. Hahaha aku nih tak berapa garanglah kot.

Harapan besar Kak Ida dan aku pada si kecil ini. Harap-harap dia jadi orang yang berguna, baik dan hormat orang tuanya. Setakat ini, dia yang terajin di rumah. Bangun pagi terus berkemas-kemas dan menyapu lantai. Kalau si Ebi, huhu agak kagum aku kalau nampak dia menyampu lantai. Hahaha si Ebi manjanya melampau. Manja kat Mak Mok dia, Manja kat Acik Ara dia. Itu pasal tak reti nak buat apa-apa. Hmm macam mana mentor, macam itulah mantee dia. Hahaha
Buah hati pengarang jantung. Selalu buat aku huru hara kalau dia buat hal. Moody. Kalau dia mintak apa-apa, selagi tak dapat. Moncong boleh sangkut payung. Menyampah melampau. Tapi tak apalah untuk dia seorang saja. Dia banyak tengok-tengokkan mak kalau aku tiada. Selalu kalau tak ada duit, mak nak itu & ini, mak jatuh bilik air, abah gaduh ngan mak dan lain-lain dialah reporternya. 'Abah marah adik sebab tegur dia drive laju' hahaha.

Model-model yang selalunya jadi sasaran lensa aku ini. Hahaha GEDIK AMAT.

Tiada ulasan: