Jumaat, 11 Februari 2011

AIR SIRAP RUMAH KENDURI

Kenapa ya, air SIRAP RUMAH KENDURI adalah merupakan air paling best dari dulu kini dan selamanya. Dari aku kecik (walaupun saiz tak berapa kecik) sampailah sekarang, kalau dapat sah-sah bergelen-gelen aku telan. Nak pulak masa tengah terik matahari. Perghh lagi banyaklah yang aku hirup. Lepas tu tanggunglah, SAKIT TEKAK & BATUK. Huhu

Atuk aku, (Wak Taiga) selalu dapat tander bancuh air sirap kalau ada kenduri-kendara (tukang buat airlah). Dan akulah yang rajin sesangat tuang air tu untuk diminum sendiri. Hahaha kalau korang nak tahu, biasanya air yang digunakan untuk buat air sirap ini pun air paip saja. Kadang-kadang tu aku ada nampak juga dorang-dorang ni ambik air di pili. Lagi sadis pakai getah paip terus masuk dalam tempayan sirap tu saja. Ouchh huh patutlah sedap ya, campur klorin rupanya. 

Buat air sirap pun atuk aku tak pakai bekas plastik macam sekarang ni. Apa barang. Dorang buat air berbekaskan tempayan besar melampau. Kalau aku nak berkubang dalam air sirap pun muat sesangat. Cuma aku ni saja masih mengekalkan kesopanan dan kesusilaan. Gila apa orang nak minum air tu, aku pulak nak berkubang dalam tu. Harus getah paip tu hinggap di badan. Aku tak perasan pulak atuk aku ni pakai gula ataupun air gula. Sebab biasanya bila aku datang sirapnya sudah siap gitu. Tinggal diminum saja. Kakak aku cakap, Embah gunakan air gula yang digodok (direbus) menggunakan dapur kayu. Owhh patutlah ada bau asap-asap sikit. Kalau nasib tak baik ada bau minyak tanah jugak. Hahaha tapi aku tak kisahlah pakai apa pun. Asalkan airnya merah, cukup rasanya dan sejuknya, aku telan.

Oh ya, lagi satu. Aisnya tak mainlah yang kiub ataupun yang bulat-bulat tu. Siap ada cina hantar ais naik lori dari pekan Behrang tau. Aisnya empat segi sama besar-besar pulak tu. Kalau dorang nak letak ais tu, kena potong dengan gergaji dulu. Masa aku kecik-kecik dulu mana lah ada peti ais yang besar bagak untuk memuatkan ais-ais tersebut. Korang tahu tak atuk aku letak ais dimana. Dalam timbunan pasir ataupun habuk kayu. Wahh klasik gila kan. Itu pengalaman aku sendiri. Tengok atuk aku buat sirap di rumah kenduri kawen di kampung dulu-dulu. Setiap kali aku minum sirap di kedai, aku selalu ingat air sirap atuk aku tu. Sungguh mengusik jiwa. Ish-ish.

Tiada ulasan: