Isnin, 31 Januari 2011

HUJAN & NAGA

Shah Alam masih lagi diselimuti kedinginan. Hujan dari malam Sabtu. Hmm aku sudah merindui CIK MATAHARI. Mana taknya, aku dah mendobi penat-penat. Tapi tak dapat nak menyidainya diampaian. Sungguh frust. Tadi si Anun balik kerja pun dia dah mula mendobi baju-bajan juga. Harus juga berebut ampaian aku ni nanti. Dalam kepala dah terifikir nak hantar ke dobi saja minta dikeringkan. Dah satu kerja pulak aku kena bawak kain-kain yang basah tu ke kedai dobi esok. Hahaha

Masa aku kecik-kecik dulu, Mak selalu bercerita kalau hujan tak reda selama 7 hari 7 malam berturut-turut ada ular besar yang nak jadi naga. Eh ya ke. Ular besar tu dari atas bukit/gunung. Dia mesti turun untuk ke laut dengan melalui sungai. Kebetulan masa dia cerita tu ada beberapa jambatan yang runtuh. Dari FELDA Sg Tengi hinggalah ke Tg Malim. Bermakna ular tu melalui sungai bernam untuk ke laut yang berada di sebelah Sg Besar dan Sekinchan. Macam-macamlah cerita mak aku nih.

Eleh entah-entah dia nak bagi amaran kat aku supaya aku tidak bermain hujan setiap kali hujan turun. Dia penat basuh kain, masa tu mana ada mesin basuh. Semua kena berus pakai tangan. Dahlah kain tak nak kering-kering. Tak ke menyusahkan dia tu. Ye tak? Mak aku ni kalau bab-bab 'kencing aku' dia memanglah JUARA. Sebab tu aku boleh dapat ilmu kencing-mencing dia skit. Tapi sikit je tau, tak sempat khatam dan insaf. Hahaha

Tiada ulasan: