Jumaat, 30 Disember 2011

TERIMA KASIH TUHAN

Bangun saja tidur aku dah mula terfikir-fikir. Kalau aku ada kat tempat dia, kene berenti kerja 24 jam. Mana aku nak pergi ya. Buntu seketika. Balik kampung tanam jagung@cili?? hutang-hutang aku?tanggungan aku?kalau setakat nak makan dan tempat tinggal insyallah. Aishh menyesal aku berhutang, tapi kalau aku nk tunggu cash baru beli harta memang sampai sekarang aku tak berharta.
Kejadian seumpama ini bila-bila masa boleh berlaku pada kita, bila-bila boleh berlaku pada orang yang kita sayangi. Aku terkejut. Orang yang selalu bibirnya sentiasa zikirkan ALLAH s.w.t tapi sikapnya amat memalukan. Tidak dapat mengawal diri bila di dalam keadaan marah. Aishhh. teringat aku pada sebaris ayat yang entah di mana aku membacanya. 'orang yang paling kuat adalah orang yang dapat mengawal amarahnya'..

Masa ini baru terasa, oh betapa bagusnya aku ini. Bab harta sah-sah aku kalah, tapi kalau bab lain aku menang. Aku masa ada rasa hormat dan belas kepada orang lain. Bab agama.... yalah aku buat juga yang 5 waktu tu walaupun ada juga yang tertinggal heeee, tapi tidaklah sentiasa berzikir, tak reti nak bercakap hal-hal agama. Tapi alhamdulillah aku dipeliharanya. TERIMA KASIH TUHAN.

Rabu, 14 Disember 2011

MUSIM LURUH INI

GILA, BENGONG dan SASAU. Itu situasi aku sejak kebelakangan ini. Mungkin aku perlu menyepikan diri buat seketika supaya aku boleh fokus. Ambil cuti beberapa hari duduk sorang-sorang dan off kan telefon. Hahaha komform balik cuti, TEMPAT ANDA TELAH DIGANTI. Hohooooo

TAPI AKU MEMANG MAKSUDKANNYA. SERBA SERBI TAK BOLEH BELAHH

Arghhhhhhhhhhhhhhhhh

Khamis, 8 Disember 2011

AIR ASIA PROMOSI GEMPAK

Kepada kawan-kawan jalan aku yang 3 orang tu (Rosmawati Ismail, Fadzila Mustaffa & Norliza Ramli), kalau dia ada membaca entry aku nih, bukak-bukak lah website air asia. PROMOSI GILA GEMPAK. Bila lagi nak bercuti santai bersama semula oiiii. Tempat tak perlu gempak. Yang penting harga dan kita nih yang gempak-gempak. Hohohooooooo

Isnin, 5 Disember 2011

AKU TIADA PERASAAN?

Woooo agak lama tidak menulis disini. Terpaksa bekerja keras membersihkan sawang-sawang yang ada masa nak masuk di laman blog peribadi ini. Hehehehe. Hari ini agak malas untuk bekerja. Setiap hari Isnin memanglah begini. Patut pun seantero menggelarnya 'monday blues'. Ahakkk

Hmm cuti sekolah ini, adik yul ada di rumah subang. Dia memang begitu, sentiasa pandai ambil kesempatan. Main pow sana sini jer dia tu. Tapi aku suka juga ada orang di rumah. Ada orang kemas rumah, kemas dapur, angkat kain di jemuran. Tapi yang tak tahan anak buah aku si wanie tu pun ada jugak. Aishh nakal dan ligat orangnya. Selalu kena jegil mata. Lama-lama mata yang nak menjegil nih pun dah tak larat dah.

Entah kenapa sejak kebelakangan ini, aku tidak dianugerahkan perasaan. Tak ada rasa apa-apa. Dan kadang-kadang aku tak tahu nak beriaksi macam mana. Kalau ada mana-mana hati yang terasa dengan sikap aku ini, aku mintak maaf banyak-banyak. Aku tak bermaksud nak menyakitkan hati sesiapa.

Jumaat, 4 November 2011

JUAL KAIN LAH PULAK


Hmmm gambar kat atas tu antara
KAIN COTTON SWISS @ RM 55 sepasang. Baru cuba nak run biz ini secara kecil-kecilan. Komen sket pren. Kalau berminat kabo ler. Aku bleh anta kat korang jugak. Heeee. Kot nak siap jahit pun boleh. Bagi size or contoh baju. Comform settle. Tapi rege tak pasti lagi lah yer. Huhuhu

Selasa, 25 Oktober 2011

AKU DAH JATUH CINTA

D7000
Aku tengah GILAKAN model ini. Harga lebih kurang RM5k. Aishhhhh kene kerja keras untuk mendapatkannya.

Rabu, 19 Oktober 2011

THE PHOTOGRAPHER

Aku masih tidak boleh terima yang aku ni BUKAN JURUGAMBAR. Rasa nak berenti kerja dan jadi jurugambar sepenuh masa dan sepenuh hati pun ada juga. Buat permulaan, ikat perut untuk dapatkan DSLR sendiri. Huuuuuu


























Khamis, 6 Oktober 2011

ORANG LAMA DI TEMPAT BARU

Masih lagi dalam proses belajar ditempat baru. Hmmm banyak benda yang dorang nih tak bereskan rupanya. Dah setahun pun. Baru perasan, mesin binding yg baru beli setahun lepas tidak pernah digunapakai. Masih dara gitu. Hahahah kini sudah kembali ke pangkuan nampaknya. Dan aku kena mencari jalan penyelesaian segera. Tunggu...........

Hmm bila boleh kerja dengan santai-santai ya............

Rabu, 5 Oktober 2011

AKU, DIA DAN JABATAN BARU

Aku memulakan tugas-tugas sebagai 'orang gaji' di sini dengan rasminya hari ini. Banyak perkara yang memerlukan aku menelaah semula. Percubaan pertama untuk mendapatkan 'petty cash' tambahan GAGAL. Aishh mati hidup balik aku tak hingin nak dulukan duit aku. Aku memerlukan sokongan kawan-kawan. Sudahlah aku tidak pernah menginginkan untuk berada di Jabatan ini, 'work station' pula sungguh dekat dengan dia. Aishh menjatuhkan motivasi kerja aku setiap hari. Aku sangat memerlukan kekuatan luar dan dalam di waktu-waktu begini. 'support me please, honey' 

Isnin, 3 Oktober 2011

MY BLACKBERRY

Handphone aku rosak. Sakit hati MELAMPAU. Tengah berfikir nak beli set blackberry baru. Aishhhh

Ahad, 2 Oktober 2011

SEMALAM & HARI INI

Semalam aku adalah 'somebody kepadanya dan hari ini aku adalah 'nobody'. Hulawehhh macam hanjing kurapan jer aku ini rasanya. Haishhh

Khamis, 29 September 2011

ADA HIKMAH KOT

1 Oktober 2011, tarikh keramat tu. Dengan RASMI nya aku ditukarkan daripada Bahagian Program ke Bahagian Perkhidmatan Korporat (Admin). Hulawehh. Bagus juga sebab karisma diantara aku dengan boss aku yang ala-ala tu agak pudar kebelakangan ini. Dan maksimanya minggu-minggu akhir ini aku amat tidak boleh belah dengan perangai dia yang pada akulah AGAK MENYERLAHKAN KEGAMPANGAN TAHAP KRONIK. Nasib baik dia sedang sebok ke hulu dan hilir menempel muka dengan Encik Taukeh dalam majlis kawin anak Taukeh. Hahaha tah apa-apa tah. Yelah dia kan perasan dia tu orang kanan Encik Taukeh. Hahaha, aku ni kalaulah boleh aku tak nak berselisih dengan Encik Taukeh pun. Bukan apa, kalau selalu sangat nampak nih tidak menjamin masa depan wooo. Salahnya tetap ada cuma cepat atau lambat sahaja. Betul tak?

Selasa, 27 September 2011

KENAPA AKU MASIH BUJANG

Hmm kalau nak dikira dengan jari tangan umur aku nih dah kena guna 4 pasang tangan dah nih. Aku baru jer saja nak cecah 3 siries ke 4 siries, itupun dah ramai yang dok pakat panggil aku ‘andartu’. Holawehhh aku nih andartu kelas atasan tau. Slogan aku tahun ini, biar ANDARTU asal ADA SESUATU. Hehehe

Mak aku dan makcik-makcik aku selalu tanya…..bila aku nak kawen? Hmm no komen lah ek. Tapi hari ini aku agak berminat untuk KOMEN kenapa aku TIDAK. Hmm bukan sengaja melambatkan hal-hal KAWIN tu, sebabnya AKU MEMANG TAK NAK KAWIN.
Dua sebab SAHAJA kenapa aku TAK NAK KAWIN.

1.   Simpanan masih TIDAK MENCUKUPI
Macam mana yang korang kenal aku, aku nih kan ‘duitlistik’. Duit, wang, RM, $ dan apa sahaja yang berkaitan dan seangkatan dengannya adalah no 1. Haa nilah sebab utama aku..simpanan tidak cukup lagi. Bukan simpan untuk kawin, tapi……
a)   Aku belum dapat menyimpan 100,000.00 as fix deposit
b)   Aku belum dapat membeli rumah idaman di Subang Permai
c)    Aku belum dapat membeli saham DIGI dan mana-mana saham yang segah dengannya sebanyak 5,000 lot setahun
d)   Aku belum dapat maintain simpan paling hampeh 5,000.00 sebulan


2.    LELAKI sekarang NO CLASS
Aku ini amat mementingkan kualiti. Penting, sebab aku nak tengok hari-harikan mestilah rupa, keduanya sikap. Hmmm kalau rupa jer macho tapi perangai hancor pun tak boleh belah. Dan yang teramat PENTING, mestilah asset yang dia ada. Duit aku, adalah duit aku. Duit dia ADALAH DUIT BERSAMA. Aku taklah melampau sangat macam sesetengah orang lain tu, duit aku, duit aku. Duit dia, duit aku jugak. Ohhh MUNGKIN TIDAK. Aku agak berperikemanusiaan jugalah kan. Setakat hari ini aku belum berjumpa. LELAKI sekarang tak ada cirri-ciri tersebut. Kalau muka macho, badan perkasa, pakai baju pun saiz ‘S’ untuk tunjukkan ketulan otot-otot tapi sayang auwww lah pulak, contohnya banyak kan. So tak perlu aku sebut satu-satu, sebab manusia jenis ini kelas sentapnya tahap DEWA. Kang ada yang terkecik hati. Tak tahan MAK dengan mulut dorang paten macam ni, hahaha macam cilaka. Hehehe   
Ada jugak yang ada rupa tapi poket tak berapa ada, hmmm suruh belanja minum pun dia punya gabra mengalahkan nak belanja makan kat hotel 5 bintang. Hahaha tak macho langsung.
Itulah antara sebab kenapa aku memilih untuk solo hingga ke hari ini. SENANG CERITA AKU TAK NAK MENYUSAHKAN DIRI DAN ORANG LAIN JUGA.

Jumaat, 23 September 2011

TIPS MENYEMBUHKAN HATI

Patah hati boleh sahaja dikategorikan sebagai masalah jiwa. Sehingga ada yang berpendapat cara untuk merawatnya memerlukan terapi dan kaunseling.
 
Patah hati boleh sahaja terjadi kepada sesiapa dan bila-bila masa tetapi yang penting harus disedari bahwa perjalanan hidup kita tidak berhenti sampai disitu, ada yang lain menunggu anda. Kualiti anda sebagai manusia dilihat dari bagaimana anda bersikap terhadap satu masalah. Justeru itu aku cadangkan bagaimana menyembuhkan diri dari patah hati dan mengganti hari-hari yang muram dengan semangat baru.

Bukan sahaja untuk kalian, ini adalah persiapan untuk diri sendiri juga. Manalah tahukan, hari ini kita disenangi esok belum tentu …. Hehehe


1.BERSAHABATLAH

Bersendirian ketika sedang bersedih bukan cara yang terbaik, luahkan kepada seorang sahabat yang anda percayai. Memang betul, masa sedih inilah anda suka menyendiri dan mengasingkan diri. Lebih tepat tidak mahu diganggu. Memang perlu waktu-waktu ini tetapi jangan terlalu lama sehingga ia bisa menghilangkan diri anda di dalam kesedihan itu. Tapi untuk mengembalikan keceriaan dan semangat, anda harus selalu bersama orang lain seperti sahabat atau keluarga. Bukan untuk dinasihati tapi untuk mengeluarkan tenaga negatif dari tubuh. Maksudnya daripada anda menghabiskan tenaga dengan menangis dan meratap seorang diri akan lebih bagus jika anda jalan-jalan bersama sahabat menghibur diri.

2. MEMBACA

Membaca buku, majalah atau tips motivasi di internet secara tidak langsung dijangka dapat membantu kita menyelesaikan masalah. Buku yang bagus akan memancing imaginasi dan membuat anda asyik sendiri dan melupakan sementara waktu kesedihan anda. Ingat patah hati tidak punya ubat yang khusus  selain waktu, jadi dengan menghabiskan waktu secara positif sedikit demi sedikit kesedihan anda akan terhapus.

3. JANGAN GOPOH CARI PENGGANTI
 
Ketika sedang sedih kadang kita mudah jatuh cinta dengan orang lain. Sabar dahulu, jangan tumpahkan masalah anda kepada orang lain. Terjebak dengan orang baru akan membuat hidup anda menjadi lebih huru-hara. Alangkah baiknya jika anda merenung seketika dan mengenang ‘bekas anda’ dari sisi positif. Dan dikemudian hari ketika bersama dengan yang lain, anda tidak akan mengulang kesalahan yang sama.


4. TEGAS

Jika memang sangat sulit melupakan ‘bekas’, bersikap tegaslah pada diri anda sendiri. Hapus segala yang berhubungan dengan dia mulai dari facebook, twitter, nomor telepon, gambar-gambar dan segala sesuatu yang mungkin mengingatkan anda kepada ‘bekas’.

5. BERSUKAN

Ketika bersukan, tubuh akan mengeluarkan zat-zat beracun yang dihasilkan ketika stres. Jadi bersukan membantu tubuh lebih rileks dan suasana hati anda akan lebih aman damai. Bersukan akan membuat anda lebih percaya kepada diri sendiri dan bermental positif.

6. MENULIS

Menzahirkan kata-kata melalui tulisan atau luahan kepada teman adalah salah satu pelepasan tenaga negatif tubuh. Setelah kata-kata dalam hati terluah, biasanya badan jadi lebih rileks, pikiran jadi tenang dan ingatan kepada ‘bekas’ tiada membawa erti apa-apa lagi. Sambil menulis anda juga akan terfikir bahwa ‘bekas’ anda itu memang bukan yang terbaik untuk anda. Dan bila sampai satu tahap nanti, anda akan terfikir, dia layak mendapatkan yang lebih baik dari anda dan segala marah, dendam akan terhapus. Hmmm BETUL ke?
 

Isnin, 19 September 2011

SEPARUH NYAWAKU PERGI

Sesuatu yang bukan milik kita, akan TETAP BUKAN MILIK KITA walau jaga tahap nak gila. Hahahaha untuk statement itu bye-bye NIKON D90 opis. Dan secara rasminya aku bukan lagi jurugambar. Tetapi aku tetap lah JURUGAMBAR untuk diri sendiri. Biarlah kalau ada yang cakap gambar yang aku ambil tu TAK CANTIK. Tak jadi apa pun. Tak ada siapa pun yang boleh rampas apa yang ada dalam otak aku nih. Hmmm itupun nasib baik 'dia' tak boleh format balik otak aku nih biar kosong ek. Kalaulah boleh...................... hmmm harus aku sendiri pun dah beberapa kali format balik kot. Hahaha. BENGONG lah.
Ada sesiapa yang bermurah hati nak hadiahkan kat aku sebiji NIKON??? owhh TAK ADA ek. Hahahaha







Sabtu, 10 September 2011

SEPI

Laut, Pantai, Hutan Bakau, Matahari tua masih lagi bertakhta dihati dengan hebat. Antara sesuatu yang sering membuat aku berdiri dialam nyata. Terpaku dan membisu........ kiranya inilah antara barisan peneman sepi dikala ditinggalkan keseorang nanti ya.


PESANAN BUAT YANG SUKA MENGHISAP PAYUDARA ISTERI

UNTUK 18 SX SAHAJA
Cemas dengan tajuk entry kali ini??? Tak perlu cemas sangatlah ya. Rata-rata yang membaca entry aku ini pun semuanya sudah lepas level 18 tahun ke atas. Aku mengambilnya di dalam artikel masa aku mencari info lain tadi. Buka saja internet, macam-macam pasal SEX yang keluar. Aishh internet zaman sekarang nih. Tapi aku baca juga lah untuk menambahkan informasi otak sebelah kanan sekali. Hahaha.  Ini bukanlah bererti korang boleh ugut pasangan korang untuk berenti merokok tau. Suruh dia jaga kebersihan mulut saja sudah.

Radang payudara, walaupun tidak merbahaya berbanding kanser payudara, wajib juga mewaspadainya. Apalagi bila suami anda seorang perokok atau seorang yang tidak peduli dengan kesihatan mulut. Berikut merupakan ingatan kepada si suami yang suka menghisap payudara isteri. Meskipun kurang popular dengan kanser payudara, mastitis payudara juga wajib dikenali untuk usaha pencegahan kerana jika sudah diperingkat akut, boleh mengakibatkan kesan mudarat kepada payudara.

Istilah mastitis payudara bererti radang pada payudara. Gejalanya bermacam termasuk adanya benjolan di payudara. Banyak hal yang menyebabkan terjadinya radang ini termasuk kewujudan kuman.

Bila diumpamakan, payudara itu bagaikan pohon yang mempunyai batang, dahan, dan ranting. Bayangkan saja betapa rumit rangkaian pengikat, saluran, dan kelenjar penyusunannya. Oleh sebab itu baik lelaki atau pun perempuan wanita wajib menjaga bahagian tubuh yang satu ini dengan baik untuk mengelakkan kemungkinan berlakunya mastitis.

Bukan sekadar hanya anda sebagai isteri, perempuan, wanita, gadis pemilik payudara yang harus menjaga kebersihan, pasangan anda juga mesti menjaga kesihatan mulut, jika ia sudah terbiasa menghisap puting payudara anda saat berhubungan seks. HAHAHAHA

Rabu, 31 Ogos 2011

SALAM MERDEKA RAYA

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1432H kepada semua sahabat-sahabat yang membaca entry aku ini. Tiada kata, tiada bahasa. Ini adalah antara hasil gambar-gambar yang aku ambil bersempena dengan Hari Lebaran ini. Silalah menjamu mata ya.












Isnin, 22 Ogos 2011

RAMADHAN YANG KE 22

Aku masih berpuasa hingga ke hari ini. Insyallah. Masuk hari ini dah 22 hari kita berpuasa ya. Hmm alhamdulillah.

Aku banyak kerja pulak disaat-saat akhir (24 - 28 Ogos 2011 - masih bekerja). Hmm adatlah. Aku selalu kena bekerja keras dikala nafas dah sampai hujung nyawa. Harap-harap bila sampai janji aku nanti, aku tak nak lah kalut ribut dihujung nyawa jugak. Hahaha

SELAMAT HARI RAYA 2011

Mengambil kesempatan entry yang ini, ingin sekali aku titipkan ucap selamat buat kalian. Bimbang aku tidak berkesempatan nanti. Buat semua kawan-kawan pesara kerajaan (sebab dapat duit raya RM500 sama rege dengan pencen jer) yang sudi melawat 'pages JJ' ini, aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mudah-mudahan Aidilfitri kali ini adalah Aidilfitri terindah buat kalian semua. Hargai setiap sesuatu dan apa sahaja yang masih berada disisi kita hari ini. Supaya suatu hari nanti kita tak terdera dengan kenangan.

Juga jangan dipersia-siakan ramadhan ini, dan minggu ini adalah minggu yang terakhir (terutama kehausan sebab shopping sakan). Tak pasti, kita ni akan dapat berjumpa dengan ramadhan ditahun-tahun akan datang. 

Ada 'sesuatu' yang amat merungsingkan hati. Dan aku berusaha untuk abaikan semua. Bukan nak riak, bukan nak angkuh..... 'Firasat aku selalunya tepat, percayalah'

Isnin, 15 Ogos 2011

RAMADHAN YANG KE 15

Hmmm alhamdulillah kalau sempat habis puasa hari nih dah 15 hari aku berpuasa tanpa kepayahan dan kesusahan pun. Hahaha yelah walaupun dah 2 kali tidak terbangun sahur. Sedar-sedar saja dah jam 6.50 pagi. Ehhhh sempat lagi minum kotttt. Hahaha bengong.

Konti-konti radio tempatan tengah gila pasang lagu-lagu raya. Yelah baru tamat 'edah' sah-sahlah menggilanya lain macam. Hahaha aku mendengarnya melalui telefon bimbit saja. Itupun dikala 'line clear'.

Hari ini BOSS AKU MENGHANJING... sebab dia dapat surat tunjuk sebab, tak pasal-pasal aku disalahkan. Dengan muka ala-apa 'bapok chow kit' dia melempar surat tunjuk sebab tersebut dalam 'in tray'. Aishhhh betul lah orang puasa nih cepat marah. Aku pulak rasa nak lempar penumbuk aku nih kat dia. Nama aku tidak ditulis untuk mewakilinya menghadiri apa-apa mesyuarat sepanjang dia bercuti, tiba-tiba aku nak dipersalahkan. Rasanya hari nih aku kurang pahala puasa.......tapi sebab geram aku nam mencarut jugak. 'LAN&AU betul!!!' ".....kan saya dah cakap dengan awak untuk ganti saya masuk mesyuarat ni." entah bila masa dia bercakap dengan aku, aku pun tak tahu. Dan bebudak lain yang ada disini pun remark benda yang sama. 'bila pulak dia suruh????' arghhh aku bengang.

Hari ni aku tidak berhati perut, tiada belas ehsan. Tapi bila dah dengar lagu raya nih, aku sedikit 'cool down'. Hehehehe  

Jumaat, 12 Ogos 2011

SELAMAT HARI LAHIR MAK...

Semalam adalah merupakan hari lahir Mak aku. Si Ika yang sms suruh aku call dan cakap selamat hari lahir Mak. Hmmm teruk betul aku ni rupanya ya. Itu pun aku boleh tak ambil pot. Masa bercakap dengan mak tadi. "alahai itu cuma tarikh yang tiada membawa apa-apa maksud pun" selamba saja mak bersuara. Aishh dalam maksudnya tu.

Ituari aku MC, tekanan darah aku ni dah mula tak menentu. Kejap turun kejap nanti naik balik. Aku rasa macam aku nih sihat sangat hari ni, tapi kadang-kadang aku boleh nampak bintang-bintang setiap kali pejam mata. Hmm tah apa-apa tah. Semalam lepas buka aku klinik yang terletak di Pekan Kampung Baru Subang, tekanan darah dah berkurangan. Itu sajalah klinik panel yang aku tahu selepas Darul Ehsan Medical Centre (DEMC). Yang lain-lain aku tak pernah ambil tahu pun.

Penyakit lama, susah nak lelap sudah kembali. Aku selalu terjaga tengah malam merenung siling dengan mata terkedip-kedip. Golek kiri-golek kanan, lepas tu tak tau nak tergolek sebelah mana lagi. Termenung, berfikir dan termanggu sendiri..

KERJA
Aku telah ditugaskan untuk mengumpul laporan-laporan sambutan HARI PENEROKA yang telah dianjurkan diseluruh negara. Aku perlu membaca dan banyak bahagian perlu diedit. Hahaha part yang paling aku menyampah sebenarnya. Aku sudah menerima laporan-laporan yang aku perlukan tu bermula hari Isnin yang lalu. Cuma beberapa orang yang masih tidak menyerahkannya termasuk 'boss aku'. Lepas tu boleh sound-sound aku lagi 'jangan le letak nama aku belum bagi laporan lagi'. Hahahahahaha..........aku nih boleh kompromi sangat ker. M A N G K U K melampau!!!!!!!!!!!!    


Selasa, 9 Ogos 2011

HATI YANG TIADA HARGA

"Ingin kupergi jauh darimu agar kukenal erti rindu ini
Ingin aku menyelami jiwamu agar kukenal dirimu kasih
Ingin aku membenci dirimu tapi kebencian tiada padaku
Walau apa yang kau sangkakan aku tetap cinta padamu"
Alleycats-seribu bintang

Berkali-kali mendengar lagu ini, barisan liriknya semakin didengar semakin itu ia terkesan dihati.  Hal-hal hati adalah sesuatu yang sangat subjektif. Terpulang pada individu untuk mentafsir sendiri. Setiap 'kita' dihadirkan dengan pelbagai perasaan yang tersemat dihati. Cuma ingin sekali aku mengingatkan. Kiranya hari ini kalian mampu menghadiahkan hatimu kepada orang lain, jangan sesekali mengharapkan hatinya sebagai balasan. Kerana sekiranya TIDAK, ia amat menyakitkan.

 







Isnin, 8 Ogos 2011

PUASA KE LAPAN 2011

Pejam celik pejam celik sudah masuk hari yang ke lapan umat islam di negara ini berpuasa. Lagu-lagu raya masih lagi jauh daripada konti-konti radio. Hahaha kalau sekarang berkumandang pun, rasanya belum cukup terkesan. Belum cukup membuat org ramai huru-hara, ehh langsir baru belum beli, baju belum beli, itu belum, ini belum dan bla-bla.... Hahaha

Aku macam tahun-tahun yang lalu, tetaplah sempoi. Elehhh yang nak sangat raya sakan tu ngapa. Perabih duit jer pun. Cuma tahun ini perasaan tu agak berbeza, ramai daripada saudara-saudara rapat yang dulunya dipagi raya ada tapi tahun ini tak ada. Tahun ini akan bercuti raya agak lama. Harus bermalas-malas saja ya. Masih lagi tidak kemana-mana. Paling jauh pun ke Parit 4, Sekinchan. Itulah rutin di Hari Raya Pertama.

Jumaat, 5 Ogos 2011

BLOG DALAM BLACKBERRY

Baru belajar menggunakan blackberry untuk kerja-kerja update blog. Harap-harap lepas ini akan sentiasa mempunyai masa untuk menulis. Mengambil kesempatan ini, aku mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua. Mudah-mudahan puasa tahun ini bisa menjadikan kita manusia yang 'champion' dalam bidang dan impian masing-masing. Aku 'champion'??? Champion kah???

Khamis, 28 Julai 2011

PUASA GANTI TERAKHIR

Hari ini aku berpuasa ganti yang terakhir. Harap-harap sempat sampai ke waktu berbuka. Pagi-pagi lagi si Lagenda dan meragam. Terpaksa menolaknya ke bengkel. Plug dah out. Aishh cobaan....

Hari ini 'tak ada mood'. Hari ni bengang. 

Selasa, 19 Julai 2011

MY BOSS

Hajat hati nak sambung berpuasa hari ini. Tapi niat murni itu DIBATALKAN sebab godaan demi godaan yang menanti telah dikenalpasti. Hahaha. Dahlah jalannya memakan masa berjam-jam. Oh ya aku akan ke FELDA Hutan Percha, Melaka hari ini. Bermesyuarat disana. Aishhh dah dekat nak puasa baru kalang-kelibut untuk berprogram. Hampehh. Banyak program akan di jalankan serentak sebelum ketibaan Al-Mubarak ini. Hmmm no komenlah. BOSS ALWAYS RIGHT.............. 

Jumaat, 15 Julai 2011

JULAI YANG BASAH

Sudah 2 hari berturut-turut hujan di kala aku merempit ke tempat kerja. Buah hati baru memang aku tak bawak balik rumah. Basuh bersih-bersih parking di pejabat sahaja. Aku tak sanggup tengok calar-calar halus yang ala-ala mural kuno mencacatkan dia. Cikgu depan rumah tu bela kucing lagi ramai daripada anak-anak dia sendiri. Kalau hasil buangan belaannya tu jangan cakaplah, merata-rata. Hingga mewujudkan aroma haruman yang menyakitkan hati. Kesukaan belaan cikgu tu lepak-lepak atas kereta kami, cakar-cakar dan tidak ketinggalan kencing sana sini. Aishh patutlah tayar kami tak tahan lama.

Hari ini motor legenda mak tu buat hal. 2 kali aku terberhenti di tempat-tempat yang agak berisiko besar untuk digilis. Aishh. Spark plug masuk air. Masa bawak nouvo dulu, aku tak perlu fikir spark plug basah kena air, sebab plug si nouvo tu berada di dalam. Hahaha. Dah terbiasa, memang macam tu.

Pagi ini dapat hadiah sepotong kek secret recipe daripada 'kembarku awal sehari'. Hahah dah tua sangat aku ni rupanya ya. Patutlah semua dah out. Tak lama lagi betul-betul out lah nih. Harus ada yang suka dan bertepuk tangan. Hmmm

Rumah Peneroka FELDA dulu-dulu vs rumah generasi FELDA sekarang. Kalau yang dulu boleh hidup, kenapa yang sekarang TAK BERAPA BOLEH NAK HIDUP!


  

Khamis, 14 Julai 2011

BUAH HATIKU

Buah hati baru telah tersergam depan mata dengan no pendaftaran WVM 7963. Kecil sahaja tapi tak kisahlah asal ada. Masa ambil dia pada hari jumaat lalu, ada kekesalan dalam hati. Harap-harap kekesalan ini tidak lama. Huhuhu rindu pada Encik WIRA sedikit demi sedikit terhapus. Huhuhu


Selasa, 12 Julai 2011

DOA HARI INI

Hari ini aku membaca memo dari boss aku yang dato tu. Hanya 4 muka surat penuh. Lepas baca rasa nak kirim penumbuk aku ini di angin lalu untuk disampaikan kepada dia. 'BUKAN SEMUA BOSS TU BIJAK' rupanya. Ada rasa nak berenti kerja jam ini jugak pun ada. Tapi klau difikirkan balik, buat apa aku nak menyusahkan diri aku sendiri. Aku nak tengok dia miskin mengalahkan kucing kurap satu hari nanti.

Tengok gambar-gambar seperti ini banyak-banyak, ingat ALLAH selalu, insyallah DIA peliharakan hati.