Rabu, 29 Disember 2010

KERJA MASIH LAGI MENDUDUKI CARTA PERTAMA

Hmmm kerja dan kesibukan berganda. Bosan tahap siot jer. 4 - 10 Januari 2011aku akan ke FELDA Sahabat, Lahad Datu, Sabah dengan tanggungjawab baru. Aku lebih senang memegang kamera ke sana sini memetik shutter pada mana-mana senario yang HARUS dikenang dan diingat sampai bila-bila. AKU TAK SUKA TUGAS BARU AKU SEKARANG. Memeningkan dan buat darah aku tinggi rendah tak menentu. 12 - 15 Januari 2011 aku akan ke FELDA Chiku, Gua Musang, Kelantan pula. Hmm tak sempat mendobi aku rupanya ya. So standby baju banyak-banyak. Arghhh penat-penat. 19 - 24 Januari 2011 pula... jeng-jeng. cuti-cuti Malaysia. Hahaha duit tak cukup banyak pun ada hati lagi nak bercuti jauh-jauh. Hmm kadang-kadang tak perlu merancang banyak-banyak. Rasa nak, buat saja. Dan tunggu hasilnya.

Mana aku nak pergi korang tunggu le aku upload dalam ni nanti. Hahahaha. Kepada yang terasa irihati dan nk tarik blik cuti aku tu, silalah berbuat demikian. Dan jangan lupa standby kan saja duit nak ganti balik duit tiket dan hotel aku. Kalau aku dah bayar 2k dia kena pulangkan kat aku 6k. Huhuhu MATA DUITAN...MOTTO itu harus dikekalkan TANPA JEMU. Kihkihkih

Ahad, 26 Disember 2010

AKU KE PANGGUNG

CUTI pada hari SABTU CHRISTMAS semalam aku habiskan dengan kerja-kerja yang berfaedah untuk diri sendiri dan semua kenderaan bermotor kecuali si van pencari rezeki. Hahaha minyak hitam dan filter talah ditukar dengan yang baru. barulah rasa lega sikit walaupun poket tidaklah berapa lega. Semakin kurang tebal lah pulak. Malam pulak aku pergi berlibur dengan teman pejabat. Apalagi tengok wayang lah. Mujur juga dia ada, kalau tidak haruslah aku hanya bergolek-golek saja di katil bujang ini.

Aku dengan dia tengok cerita 'gullivers travel'. Memanglah terhibur sangat aku. Dari awal asyik tergelak-gelak saja. Kepada kawan-kawan yang nak bawak anak-anak menonton, boleh lah tengok cerita ni. Taklah berat sangat. Dan yang penting tiada aksi lucah. Cium-cium sikit tu adalah, itu pun dihujung-hujung cerita. Lagi pun tidak mendatangkan ghairah pun ciuman sebegitu. Huhuhu JANGAN risau cerita ini dilabelkan dengan 'U' sign. Hahaha

Sabtu, 25 Disember 2010

SELAMAT BERISTIREHAT

Selamat bercuti CHRISTMAS kepada semua kawan-kawan. Hari ni banyak jugak perkara yang akan dikerjakan. Hmm adalah lebih baik daripada makan tidur makan tidur kan. Nak iron baju kerja, nak tukar minyak enjin kereta, sambung kemas bilik, lipat kain baju, masak kari, Kalau sempat nak susun kasut-kasut bebudak nih yang pada aku ' mak aii sorang pakai sekali 40 pasang daaa, cam ulat gonggok je'. Kat TV mesti ada cerita pasal HARI NATAL ni kan. JINGER BELL JINGER BELL. Hahaha layan je sudah.

Rabu, 22 Disember 2010

COBAAN

Entah apalah muslihat, semua boses sikit-sikit Anita, Anita dan Anita. Nak muntah sudah. Semua kerja-kerja Manager aku tu dilepaskan diatas kepala aku. PENING lah. Kalau nak naik kan pangkat aku tu, jangan lupa naik kan gaji aku jugak. Naik pangkat apa, markah pun 69 saja. Lainlah kalau 96 huh. Seharian aku mengerjakan laporan yang akan diserahkan kepada Tan Sri berkenaan Gedangsa. 'Awak orang Gedangsa saya mahu awak serius dan personaly buat paper nih'. Nah semua aku kena buat. Aktiviti setahun 2011 aku kena fikirkan. Kalau hampeh, akulah orang pertama kena dulu. Aduihh

Selasa, 21 Disember 2010

HARI YANG KOSONG

Tiba-tiba aku jadi KOSONG dan TIDAK GHAIRAH. Tak tahu mana satu KERJA NAK DIBUAT dulu. Bertimpa-timpalah pulak. Aduihh MAK. Aku rasa hari yang indah seperti hari ini adalah sesuai untuk aku mendamaikan diri dengan duduk bermalas-malas di tepi tasik ataupun mana-mana lokasi yang sesuai dan yang banyak pokok. Lagi banyak pokok berbunga lagi bagus. Aku perlu melarikan diri seketika dari pejabat dan kawan-kawan.

Aku PENAT sudah. Boss aku yang si Hitam Pekat tu entah ke manalah perginya. Kejap ada kejap tiada. Dah macam biskut je lah pulak. Hari ini, memo kami bertukar tangan banyak pula pantang larang yang diwujudkan disini. Lama-lama aku pun naik MENYAMPAH. Huh

I LOVE HYUNDAI SONATA

Aku sebenarnya tengah dilanda MASALAH BESAR. Biasalah aku, kalau ada masalah besar mesti aku nak share ngan korang. Tolonglah aku ya. Aku sudah JATUH CINTA dengan menda ni. Dari ituari aku MENJERUK RASA. Mentang-mentang si WIRA DAH NAK HABIS BAYAR dah. Mulalah mengatal MELAMPAU. Tapi untuk pengertahuan korang aku memang minat kat model nih dari dulu lagi. Asal dia lalu jer conform sampai nak juling-juling mata MENJELING. Siapalah yang bawak model nih. Tapi kali ini aku memang dah tak terkawal. Rasanya kalau setakat bawah 50k tu terkedu-kedu aku hayun jugak. Tapi model ni 2.4 lah pulak. Telan minyak comform lah macam minum air sirap jer ni. Tapi hati dah terpaut sangat. Ishh HASUTAN SYAITAN KOT. Design luar, design dalam, seat, enjin bla, bla, bla.. semua cukup MENGODA AKU. I love this white HYUNDAI SONATA. This car only.

IKUT KEMAMPUAN LAH ITA oiii. Aduihhh tolong....TOLONG....

Isnin, 20 Disember 2010

TIDUR DALAM TAKUT

Hari ini MAK dan Nurul sudah balik kampung dengan Anun. Si Ebi, Ayahnya ambil semalam lagi lepas acara makan-makan. Fara dan Ika kerja MALAM pulak. Aku tingal sorang-sorang kat umah. Aduihh suspen jugak rupanya. Maklum sajalah muka aku nih jer yang ganas tahap-tahap RIMAU. Tapi DALAM HATI ADA TAMAN. Nak buat cam ner. Nampaknya lepas solat Isya jer kena tarik selimutlah aku ni. Hehehe TAKOT.

TV memang aku tak berani buka kalau sorang-sorang cam nih. Selalunya time sorang-soranglah yang ada cerita pelik-pelik. Ishh TV ni, macam tahu-tahu saja. Aku selalu cakap dalam hati, 'aku tak takut, aku tak takut' tapi aku takut gedik-gedik sebenarnya. Hahaha

BENGONG MELAMPAU

Ahad, 19 Disember 2010

MY REST DAY

Hari ini aku tidak ke PASAR MALAM. Sebok mengemas segala. Dan terbang juga beberapa ratus untuk aku mengindahkan bilik serta membeli iron. Huhuhu. Janji aku puas hati. Mak datang dan sedang beradu barangkali. Aku masih melayan sisa-sisa mengemas itu. Tinggal nak cari karpet kecil untuk sudut solat. 

Aku sempat membawa mak ke restoran Di sudut hati. Siap berpakej lagi. Ayah dan Mamanya si Ebi pun ada sekali. Si Nurul makan bukan main banyak tadi. Huhuhu. Makanlah selagi boleh, dan ketika aku berduit untuk membelanja kalian. Mana tahu esok-esok aku tak berduit jangan pulak buat tak tahu saja. 2 ekor siakap stim limau tak cukup barang kali. Aku suruh tambah order tak mahu pulak. Hahaha selamat poket aku. Tapi betullah biar makan berebut-rebut jangan membazir. Tak baik woo.

WESTERN DIGITAL tempat dorang bekerja tu, telah mengumumkan bonus tahunan. Dan dijangka masuk akaun 22hb nanti. Hahaha ada yang berjanji nak membelanja aku pula nanti. Alhamdulillah aku tunggu ni.


* sumber gambar INTERNET. Gambar lelaki separuh bogel tu John Abraham, Pelakon HINDI & Model. Huhuhu selamat cuci mata. Kalau bosan tengok selalu gambar ni agak MENYEMARAKAN semula SEMANGAT YANG KIAN PUDAR. Hahahaha

Sabtu, 18 Disember 2010

SAHABATKU

UNTUK SAHABATKU TERATAI.

SAHABAT. Apa sebenarnya maksud. Kalau diterjemahkan dari bahasanya. Seorang kawan. HANYA KAWAN. Tetapi kalau diterjemahkan pengertiannya cukup besar dan sukar pula dinyatakan. Terlalu bombastik pula penghayatannya. Itu adalah pandangan peribadi aku. Sememangnya aku kalau menilai sesuatu itu terlalu berlebih-lebih pula. Itulah nilai seorang sahabat pada aku. Terlalu tinggi darjatnya. Sukar mencari 2 dan 3 selainnya. Setiap seorang didatangkan dengan pelbagai rupa dan tingkah. Ya, yang mana semuanya ada nilai tersendiri. Pernah ke kalian membeli seorang sahabat di pasar raya atau pun gedung-gedung mewah. Kalau barang CAP SAHABAT itu mungkin juga. Hahaha

Seorang sahabat, sedang melalui detik-detik sukar. Yang mana aku hanya mampu berdoa untuknya. Aku ingin sekali membantu sedaya upaya selagi aku bernafas, namun keterbatasan kederat mengekang niat. Cuma aku berharap sahabat aku yang seorang itu bertabah selalu. Mudah-mudahan ALLAH menitipkan rahmat buatnya disetiap langkah dan usaha. Hari ini seorang sahabat ini bergenang air mata, satu ketika nanti dia akan bergenang air mata tetapi yang bahagia. INSYALLAH. Kalau dia membaca upload aku kali ini akau berharap dia mengerti.  Aku ingin dia menjadi seorang yang kuat dan bersemangat seperti tsunami, tetapi dalam hatinya biarlah dingin dan mendamaikan. Jauhilah sifat SOMBONG DAN ANGKUH hendaknya. AMIN... 

*sumber gambar Ted Adnan & Bazuki Mohammad(Internet)

Jumaat, 17 Disember 2010

AKU BEREMOSI LAH PULAK

Hari ini keadaan emosi masih tidak stabil. Manager aku tetiba mengambil cuti separuh hari masa aku keluar ke Ibu Pejabat. Balik saja pejabat, itu dia amanat dan peninggalannya. Yelah aku kan pemangku tegar. Hampeh. Si Hitam Kelat mulalah memetik aku itu dan ini. Siot betul. Duduklah aku macam tunggul kayu di kerusi empuk dan panas ini.

Dari tadi sengaja memerajukkan diri. Sebenarnya tak ada apa-apa kes pun. Cuma sengaja buat-buat macam merajuk. Hahaha gelak golek-golek dalam hati. Mujur tiada siapa yang melayan karenah mengada-ngada aku nih. Hahaha buang karen jer.

Esok aku akan masuk pejabat. Kali ini kena berpakaian agak sopan sebab kena ambil gambar The Boses yang bermesyuarat. Itu pun nak bergambar. Layan sajalah. Aku sedang mula berjinak-jinak dengan videocam. Hehehe pendidikan baru tu. Aku suka sangat.

ORANG PANDAI VS ORANG TAK PANDAI

Kalau aku diberi Nya peluang meminta. Ingin sekali aku meminta kepandaian membaca isi hati dan perkara-perkara yang ada dalam fikiran orang lain. PELIK AMAT. Seorang demi seorang rakan sejawat menarik diri dari pertubuhan separa syarikat ini. JIWA TAK CUKUP KUAT. Agaknya kalau sekali kena marah aku hantar surat letak jawatan, rasanya dah lebih 20 kali aku hantar surat tu kot. 

Kes 1, Eksekutif Sukan. Kena marah dengan Encik Manager sebab terlalu berlazat-lazat tidur sedangkan kami semua masih menyusun kerusi meja di dalam dewan dikala dinihari. Tup-tup terus hilang malam itu. Dari Kedah boleh suruh kawan hantar sampai Sg. Behrang. RESIGN TANPA NOTIS. Hahahaha. Baru keluar Universiti starting gaji sudah 3k, perangai macam tu lah pulak. Aduihhh

Kes 2, Eksekutif Sukan Bermotor. Pun lebih kurang begitu. Kena MARAH terus letak surat resign. Hmmm nak cakap apa kan. Kita tiada hak untuk menahan mereka dari terus memajukan diri di luar dengan cara yang dia senangi. Sekarang yang tinggal Aku & Eddy. Yang menyedihkan kedua-duanya ORANG PANDAI itu brand Universiti Malaya.

Aku tiada brand mana-mana U dalam Malaysia pun, tapi aku ada apa yang dorang tak ada. 'SEMANGAT'. Benda yang tidak boleh dipindah milik, yang tak dapat dibeli dimana-mana pasaraya dan tak boleh di discount walaupun 1%.  

Aku sempat keluar makan berdua dengan Eddy baru-baru ini. Aku tanya dia, ko pun nak resign jugak? dia geleng kepala. 'Aku dah malas nak interview' mudah jawapan dia. Samalah dengan aku. Aku malas nak interview. Kalau aku resign pun, akan ku hayun van hijau tu kemana-mana saja mencari rezeki sendiri. Makan gaji, MUNGKIN TIDAK. Selagi kita rajin, insyallah DIA permudahkan urusan kita. PEGANG KATA-KATA AKU INI. Dengan syarat, kalau dapat sikit jangan merunggut kalau banyak pula jangan sombong.

Sabtu, 11 Disember 2010

HAPPY BIRTHDAY TUANKU

Seisi SELANGOR bercuti hari ini sebagai menghormati KEPUTERAAN BAGINDA SULTAN. Tetapi hamba ALLAH yang kerdil ini masih bersemangat membuat kerja mengikut deadline yang telah ditetapkan. Itu bukan bererti tidak menghormati ya. Selamat ulang tahun TUANKU!. Teringin sangat aku mengetahui macam mana agaknya suasana SULTAN dulu-dulu bila sambut Birthday. Rasanya seluruh rakyat jelata akan dijamu dengan hidangan ISTANA. Wahh tentu seronok kan.

AKU, DIA & KERJA

Hari ini aku ke pejabat hanya dengan bermuda dan t-shirt. Sudah berjanji dengan kawan-kawan lain jam 11 dipejabat. Hampehh saja. Tiada orang pulak yang ingin membuka pintu pejabat. Aku mengambil masa ini untuk makan sarapan pagi dan tegahari sekali gus. Jam 1 aku kembali ke pintu pejabat. Sudah terbuka tetapi di dalamnya masih gelap. Masa aku nak masuk tu, berselilisih pula dengan Dato' MHI. Hahaha. Alamak kantoi. Dia pandang aku dari atas ke bawah. Hahaha. Maluh ahh. Buat muka dol saja, senyum ala kadar menyapanya dan terus masuk. Apalagi bertungkus lumus sampai jam ini.

Aku harus menyiapkan list peralatan dan semua peralatan yang perlu dibawa naik kapal laut sebelum 19 Dis 2010. Dari Motor berkuasa Tinggi, Motorcross hinggalah ke barang-barang cetak. Macam nak GILA pula aku ini. Wah kakitangan yang lain boleh pula berlazat-lazat bercuti segala. List kakitangan yang akan pergi, surat-surat jemputan, keperluan lain, semua diatas BATU JEMALA PATIK. Hampehh betul. Isnin aku akan mewakili Manager aku untuk masuk di dalam mesyuarat PENGURUSAN. BENCI MAKSIMA. Bermesyuarat 2 -3 jam hanya membuang masa. Kalau aku gunakan 2 - 3 jam itu untuk menyiapkan benda lain adalah lebih BERBALOI. BOSS AKU TAK PERASAN KE??

Ohh ya, rakan sejawat aku telah diBONGOK kan oleh BOSS. Aku yang memangku Manager ni secara tidak langsung terkena tempiasnya. Hmm tulah degil sangat, kalau aku suruh buat sesuatu tu buatlah dengan skala LAJU, ini lembab ngalahkan kura-kura. Memang aku nak terajang meja saja rasanya masa tu, tapi aku perlu cool. Keluar saja bilik BOSS siap ko. HAMPEHH BETUL. Pandai pula MEMINTA MAAF..

Khamis, 9 Disember 2010

PERANG BELUM TAMAT

Januari ini, dikala orang sedang menanam azam tahun baru, aku dan kawan-kawan akan diutus ke Negeri di bawah bayu pula. FELDA SAHABAT, Sabah. Takala kepala sedang sarat memikir MAK yang tidak berapa sihat aku terpaksa berjauhan pula. Mudah-mudahan MAK tak apa-apa sepanjang peninggalan aku itu nanti. RISAU MAKSIMA. Aku bukanlah anak manja MAK pun, tapi biasanya aku antara yang terawal diupdate kalau sesuatu terjadi di Kampung tu. Termasuklah jiran jauh yang aku tak berapa kenal pun  meninggal dunia.

Kebiasaannya ABAH yang akan update aku. Ishh INTERNET BERGERAK betul BAPAK aku ni. Paling risau kalau dapat call seawal jam 4 pagi. Kalau jantung aku ni tak cukup kuat, harus melorot sama dengan selimut yang jatuh ke kaki dek kerana terkejut melampau. Ishh itu membawa erti handphone ABAH baru ditopup. Aduihhh.

Untuk program SABAH ini, aku diberikan tugasan baru FLOOR MANAGER. Harus mati berdiri jugak aku ni. ARAHAN TERBARU mulai hari ini, aku yang akan diberi tanggungjawap itu didalam apa juga majlis syarikat. ' eleh dah 9 tahun kerja tak kan TAK BOLEH' Dato' MHI menyindir aku tadi. Dengan semput-semput aku menjawap 'INSYALLAH'.  

Rabu, 8 Disember 2010

SELAMAT TAHUN BARU

Selamat TAHUN BARU kepada semua sahabat. Mudah-mudahan tahun ini adalah tahun yang lebih baik  dari tahun-tahun sebelum ini. Mulakan lembaran buku baru dengan semangat baru. Jangan mengalah dengan dugaan yang mendatang. Setiap sesuatu yang terjadi akan ada kebaikan untuk kita. DIA merancang sesuatu adalah bersesuaian dengan kemampuan kita. 

Teringat aku akan satu cerita....... ada seorang nenek tua, yang kerjanya menjual tempe di pasar setiap pagi. Satu hari tempenya tidak masak. Dengan berat hati dia ke pasar juga dengan hati yang berat kerana itu sahaja sumber rezeki nenek itu. Sehingga tengahari satu tempe pun tak laku. Setiap sejam sekali dia akan membuka bungkusan tempe itu sambil berdoa tempenya masak. TAPI HAMPA. Sampaikan orang dah nak balik tempenya masih mentah...hinggalah datang seorang hamba ALLAH yang mencari tempe belum masak untuk dikirim kepada anaknya yang berada diseberang laut. Habis diborongnya tempe nenek itu tadi. ALLAH merancang sesuatu itu dengan caranya sendiri yang kita tidak pernah terfikir pun.

CUTI TAHUN BARU & MAK

Aku sempat menziarah MAK di Hospital Slim River. Aku sampai lebih kurang jam 10 pagi. Waktu bersalaman dan mencium tangan MAK baru aku terasa tangan mak dah mula nampak tuanya, berkedut menyimpan LELAH. Cukup SEBAK. Si Nurul menemani MAK sepanjang waktu. Malam dia pun ikut berbaring bersama MAK di katil Hospital. Pagi tadi sempat juga aku menghantar Nurul mandi dan menukar baju di Kampung. Bukan itu saja, sempat juga aku membebel dengan orang-orang yang berada di rumah termasuk ABAH. 'MAK tu dah penat sangat... tak boleh ke tolong-tolong kerja MAK mana yang patut?' Si Emi, Mak Mok semua macam orang BISU. Mujur juga dia faham perangai aku. Hah kalau menjawap lagi panjang aku baca kitab. Silap gayanya ada yang terpaku di dinding juga. Lebih kurang jam 6 petang aku bergerak balik ke Shah Alam.

Sungguh sarat isi kepala ini. Aku pernah berjanji untuk bawak MAK tinggal di sini. Tetapi, tulah MAK aku ni berpekej. Pakej dengan cucu. Aku belum dapat rumah yang sempurna untuk didiami oleh keluarga. Subang Permai tu, MAHAL SANGAT. Rumah yang ada sekarang ni dia tak berkenan pulak. RUMAH NI PANAS DAN TERKEPUNG.