Ahad, 28 November 2010

KAWIN PAKSA?

ESOK aku dan 6 lagi kawan akan berangkat ke KEDAH. FELDA Lubuk Merbau. Pening jugak kepala mengenangkan nasib diri. Selang seminggu saja, hidup aku dihantui HURU HARA. Sudahlah kerja banyak, BOSS aku yang hitam kelat tu BIADAP tahap melampau. Aku rela berkerja 24 jam sehari, kalau perangai BOSS aku tu 5 bintang darjatnya. Ni dia beriya-iya nak ke KEDAH. Eleh macamlah aku tak tahu, dia nak melepasi sempadan, kat situkan banyak 'ayam'. Memang itu jelah standard dia. 'Ayam-ayam sakit' sebagai hidangan untuk kesundalan dia tu. Mudah-mudahan sakit ayam-ayam tu kena kat dia jugak. Huhuh. Tadi mak aku telefon bagitahu. Adik aku si FARA ni nak dipaksanya tunang minggu depan.

Wahh, aku nih dalam telefon malas nak cakap banyak. Tunggulah aku balik nanti. Aku pernah tanya Fara dia cakap dia tak nak ngan budak tu. Aikk mana boleh paksa-paksa bab perasaan dan hati ni kan. Tak serik-serik lagi mak aku ni rupanya. Dulu masa kakak aku kawin pun dia punya urusan le tu. Asal dia mengandung je, abis laki dia kena halau keluar umah. Ha tak susah hati mak bapak aku tu. Mak mertua kakak aku tu makcik jauh aku. Banyak sangat story. Ha tangunglah korang. Aku yang duduk dengan pasangan yang tak seperti 'laki bini' ni pun kenalah tempiasnya.

Kalau aku ada rajin kang aku cuma nak tanya 'Mak tak serik ke?'. Malas nak marah-marah dengan orang tua ni. Tak berkat puak hidup aku nanti. Pada akulah, kawin nih sampai mati kalau boleh. Biarlah dia cari sendiri. Akupun suka kalau dia betul-betul nak kawin. Tapi kalau nak paksa-paksa ni, bukan akulah orangnya. Tak sampai hati aku kalau orang yang tengok dia sanding punyalah gembira, tapi yang atas pelamin menangis seksa. Fuhhh semua orang berhak untuk hidup dalam gembira. Jadi aku orang yang 'sedar' ni kenalah bersuarakan.   

Jumaat, 26 November 2010

KEDAH YANG BASAH

Hari ni aku balik agak awal juga. PENAT. Pagi tadi baru sampai Shah Alam semula jam 4 pagi dari FELDA Lubuk Merbau, KEDAH. Bermesyuarat di sana dengan ketua-ketua masyarakat FELDA. Hujan sepanjang jalan. Pemanduan aku pun jadi lembab, selembab Lebuh Raya PLUS tu. Sampai di rumah BOSAN MELAMPAU. Golek-golek atas tilam pun tak dapat nak lelap.

Aku sudah rindukan WIRA aku tu. Bilalah boleh memandu kereta sendiri ni. Sejak dia dimasukkan ke ICU, kereta kawan aku tulah jadi mangsa. Huhu. Tapi kereta orang tetaplah kereta orang kan, mana sama dengan kereta sendiri. Lagi-lagi kalau drive dia ada kat sebelah. Terlanggar lobang pun kena jeling kat dia tengok air muka dia. Bengang ke tak. Hahaha. Pejabat aku makin ramai orang, ada gadis-gadis dan mak orang juga. Tapi semua tidak mendatangkan NAFSU BERAHI. Yang lelaki pulak, hmmm tidak seperti apa yang aku bayangkan. Hensome dan 'gebu'. Yang datang tak berapa hensome dan tak gebu langsung.

28 November ini, sekali lagi melewati kebun-kebun getah utara tanahair untuk mengadakan program syarikat. Harap-harap semua berjalan lancar. Habis sahaja di sana, kami akan diutus ke Pulau Pinang pula pada 4-5 Dec. Program Pengutusan Resolusi. Huhuhu. Bila boleh cuti ni. Letihlah encik boss. 


Ahad, 21 November 2010

TAHNIAH & TERIMA KASIH

Sabtu dan Ahad baru-baru ini aku dan kawan-kawan berkampung di Hotel The Grand Bluewave, Shah Alam. PENAT MELAMPAU. Programnya taklah GAH manapun tapi bila BOSS aku tu kalut ribut sampai hilang tatatertib bercakakap letihnya hanya TUHAN sahaja yang tahu. Kadang-kadang bila dia bercakap macam 'hanjing' tu rasa nak baling dengan kerusi pun ada jugak. Biar dia tahu AKU TAK SUKA dengar bahasa-bahas RANJANG dia tu.

DIBODOHKAN DAN MEMBODOHKAN macam sudah biasa dari bahasanya. Dia tak perasan kot yang kami ni bahasa BIADAPNYA lagi tinggi darjatnya. Ituari dia tidak sihat sampai doktor sendiri tak tahu apa sakitnya. Seminggu juga dia merana. PADAN MUKA KENA SUMPAH SERANAH HARI-HARI.

Semua kawan-kawan hilang mood sudah. Apalah nak jadi nih. Tapi disebabkan KERJA semua orang kena bertabah. Luaran sahaja nampak senyum manis dalaman, hanya DIA sahaja yang mengerti. YA ALLAH BANTULAH KAMI.

Orang luar yang jumpa  kami sesekali boleh faham perasaan kami, tapi yang hari-hari mengadap kami ni jangankan nak faham nak berfikir sedikit untuk kami pun SUSAH. Mudah-mudahan ALLAH swt berilah mereka ini semua sedikit HATI. Tak perlu banyak, cuma sedikit agar dia mengerti setiap LELAH kami, bukan untuk menagih TAHNIAH cuma TERIMA KASIH.


LETIH DAN BENGANG, jam 2.00 pagi aku masih cuba melangkah dengan gagah mencari kekuatan yang telah bertebaran disetiap pelusuk konkrit hotel. Aku baru kena BASUH dengan BOSS sebab reben di HILUX yang nak dirasmikan esok itu CENONET SANGAT. Memanglah bukan aku yang diamatkan untuk itu, tapi untuk kawan-kawan biarlah aku yang tanggung. 'Ada kedai bukak lagi tak' HAHAHAHA satu lagi doa aku... 'YA ALLAH kurniakanlah dia ini AKAL WARAS SELALU'. 

Sabtu, 20 November 2010

JEMPUTLAH DATANG

Aku baru saja balik dari pejabat. Jam sudah 2.11 pagi. Huh. Lencun macam tikus yang terjunam dalam air. Aku dan beberapa orang rakan sedang sebok menyiapkan beberapa persiapan akhir untuk Program Pelancaran Biro Aduan GWGF Sabtu & Ahad ini. Esok pagi sebelum jam 2 petang aku akan menyudahkan mana-mana yang belum siap lagi. Hahaha. Part aku sikit saja. Menyelenggara pameran dan bahan-bahannya serta jurugambar dimajlis itu. Huhuhu menanglah kerja yang sangat aku suka tu.

Buah hati aku si WIRA tu masih di ICU. Bilalah nak sembuh aku pun tak tahu. Berkorban juga aku untuk beberapa minggu lagi. Inilah antara PENGORBANAN YANG AKU MAKSUDKAN di RAYA KORBAN tahun ini. Harap-harap janganlah hujan selalu sangat. Boleh demam aku dibuatnya. Kepada rakan-rakan yang berasal dari FELDA dengan hormatnya dijemput ke Hotel Bluewave Shah Alam pada 21 Nov 2010 (AHAD) jam 9.00 pagi untuk sama-sama meramaikan majlis dan menyokong usaha pertubuhan ini untuk menyatukan generasi FELDA disetiap peringkat sekali gus mengurangkan bilangan 'doktor sendiri' di kawasan panas seperti FELDA.

Jumaat, 19 November 2010

KORBAN 2010

Hari ini adalah hari terakhir umat Islam seluruh dunia melakukan ibadah korban untuk tahun 2010. Pengertian korban tahun ini lebih menjadikan aku insan yang bersyukur dan redha. Tahun 2010 yang sarat dengan pelbagai cerita. Korban masa yang banyak memaksa aku bersengkang mata demi memenuhi kehendak BOSS. Korban sahabat yang gelak tawa dan guraunya cukup seksa untuk dilupakan. Korban ego untuk memohon maaf pada janji yang sering 'terlupa' untuk ditunaikan.

Aku harap pada yang berkenaan terutama yang aku sering tidak tertunai janji. Seribu maaf diminta. Mudah-mudahan tahun 2011, tiada lagi janji yang ternoda dan aku akan lebih berhati-hati untuk itu. Selamat Hari Raya Korban kepada SEMUA pembaca setia, mudah-mudahan aku diberinya tinta bahasa supaya dapat terus melakarnya di sini. 

Sabtu, 13 November 2010

BOWLING TERTUTUP SYARIKAT

Rabu 10 November 2010 tempohari Jabatan aku telah menganjurkan PERTANDINGAN BOWLING TERTUTUP kakitangan di Ole-ole, Shah Alam. Setelah sekian lama tidak membuat lontaran-lontaran padu, agak terkial-kial jugak aku. Tapi alhamdulillah tidak mengecewakan le result. Dan kerana aku seri dengan en BOSS, aku terselamat dari disembelih selama sebulan. Maut tu, sapa kalah kena belanja dia makan breakfast, lunch n tea time. Nasi lemak, bihun sup dan nasi briani. 

Kepada kekawan yang tidak berjaya menjatuhkan pin sebanyak dia dan lebih dari dia, kena sembelihlah. Hahaha. Skill melontar maut sudah hilang pulak. Terpaksa mengadakan sesi training semula. Lepas nih aku akan mempelawa kawan-kawan di Ibupejabat untuk buat lagi pertandingan seumpama ini. Lepas tu baru offer kepada anak-anak syarikat yang lain. Itu pun lepas aku dah dapat semula skill. Huhuhu

Jadi kepada kawan-kawan yang membaca blog ini di Ibupejabat WR, mulalah membuat lontaran dari sekarang ya. Akan ada sesi melontar bersama selepas ini. Kemudian FUTSAL. Masih adakah team FUTSAL aku yang dulu tu. Wahh rindunya aku pada padang FUTSAL. 

Aku sedang merencana untuk menyertai team badminton Ibupejabat semula. Perut sudah mula 'mencomelkan diri' sungguh tak MACHO. Pakai baju pun perut sudah kelihatan dari segala sudut. Huhu nak berjoging bila pulak masanya. Tak kan nak joging lepas jam 8.00 malam kan. Nanti ada 'benda' joging lagi laju dari aku pulak. Harus kecut perut yg comel tu. Hahaha

Rabu, 10 November 2010

KAWAN-KAWAN JABATAN AKU

Hari ni aku cukup tak ada mood dan bermalas-malas saja memandang kerja. Yelah semalam aku kena 'down' ngan BOSS. Hilang mood kerja aku. Hmmm hari ni aku ada BOWLING di ole-ole sec 18. Mengambil kesempatan ini aku kenalkan kawan-kawan aku yang menguatkan semangat yang kian pudar ni.

BOSS AKU, Manager jer tapi kerjanya dah macam COO saja semua dia kena buat. Kalau buat salah sikit memang dia kena yang paling SADIS. Sungguh tak ADIL, sebab tempiasnya kena kat kami juga. Bulan PUASA dia mc seminggu DENGGI masuk wad. Aku dan EDDY kena cover program gotong royong perdana. Hampir-hampir hilang pahala puasa dan hampir masuk wad GILA pun. Tak apalah dia pun bakal-bakal dinobatkan sebagai COO satu hari nanti, itu janji BOSS BESAR. Hahaha dan kalau dia lupa kami memanglah nak kena SUMPAH.

NORHAFIZ ni Eksekutif Sukan. Aku tak berapa bekenan sebab perangainya banyak yang tidak MACHO di mata aku. Aku lagi MACHO dari dia. Huhuhu paling-paling aku tak suka, mamat nih kedekut melampau.

EDDY, Eksekutif Sosial. Nama saja sosial tapi dia tak sosial langsung. Baik dan diam sangat. Kalau ada masalah pun dia dim jer. Susah jugak cam nih kan? Tapi tak apa. Dia tak kedekut wooo

HILA (Lala), Kerani Jabatan Program. Budak baru, budak kampung aku. Apa yang aku boleh cakap, dia lagi hensem dan MACHO dari jantan-jantan yang ada di sini. Semua macam kureng suka dengan dia jer sebab kelebihan dia tu. Hahaha BENGONG.

Lagi sorang tu namanya HANIF yang handle bahagian MOTOR SPORT. Aku tak ada simpan gambar dia, sebeb heheheh..... hanya orang-orang tertentu jer yang tahu.

Selasa, 9 November 2010

HARI YANG MALAP

Hari-hari makin aku hilang tumpuan. Orang semakin hari semakin ramai di sini. Sayang aku pada pertubuhan ini semakin kurang. Sayang aku pada kawan-kawan di sini pun dah mula kurang jugak. Aku dah mula tak faham hala tuju. Ada orang-orang besar yang nampaknya sudah mula tunjuk taring demi kepentingkan peribadi. Sungguh tak bermoral. Orang kecik macam aku jalannya lebih lurus dan telus. Orang besar yang makin dekat dengan THE BIG but SMALL BOSS kian jauh menyimpangnya. 

Hari-hari aku dan kawan-kawan rapat kena 'brainwash' dah macam banduan pulak. Huhh. Kalau pertubuhan ini melingkup aku akan ke mana ya??   

Khamis, 4 November 2010

OKTOBER YANG SEKSA

Telah berlalu pun hari-hari yang amat menyeksakan di dalam bulan OKTOBER. Tapi standard lah kesan-kesannya akan berlarutan hingga hujung nyawa. OKTOBER yang banyak membawa erti tentang PERSAHABATAN, KESEDIHAN, EGO DAN TAWAKAL.

Kesebokan kerja masih ditahap melampau walaupun aku dianugerahkan dengan pencapaian prestasi hanya '69'. Hmmm kalau salah perhitungan, aku bakal-bakal memasuki carta kakitangan paling HAMPEH menjelang tahun 2011. BONUS TAHUNAN dan KENAIKAN GAJI untuk tahun ini sudah boleh dipadamkan dari impian. Hahaha sungguh mengecewakan. Aku masih tidak menjalankan tugasan dalam skala yang diharapkan oleh BOSS.

Banyak masa sudah aku korbankan dan rasanya sudah tak larat pula. Tak akan pulak aku nak KORBANKAN DIRI sendiri untuk Pertubuhan ini yang mana kemudian hari kena 'kick out' jugak. JANGAN HARAPLAH. Oh ya, aku sedang merencana aktiviti-aktiviti untuk kakitangan dengan tajuk 'JOM TANGANI STRESS'. Kertas kerja aku ini akan dihidangkan kepada Encik Boses dalam waktu yang terdekat. 'Kalau dia berhati perut dia akan pandang serius program kecil aku ini. Tapi kalau dia memang tidak pernah dikurniakan hati tapi berperut, cadangan ini hanya aka ditongsampahkan sahaja'. Huh